Bab 4

Romance Completed 11536

Seramai lima puluh orang pelajar berkumpul ditanah lapang untuk diberikan taklimat oleh guru.Semua pelajar boleh menyertai kem ini.Hanya terhad kepada lima puluh orang saja.Anathony gemar dengan aktiviti sebegini,dia tak melepaskan peluang ini untuk mengikuti.Anathony membantu Valerie mengambil botol yang jatuh.Dari jauh mata Fredella asyik memandang mereka.Perasaan cemburu mula terbit.Dengan perempuan tu dia boleh layan baik-baik, tapi bila dengan aku macam singa lapar.Anathony berbisik sesuatu pada Valerie, membuat Valerie tersenyum.Makin panas hati Fredella.Dia menuju kearah meraka.

"Fredella kau nak kemana?"tegur temannya.Fredella tidak mengendahkan pertanyaan temannya.

"Sorry." Sengaja dia melanggar lengan Anathony.Dia berada ditengah antara Valerie dan Anathony.Segaja dia berbuat demikian.Dia buat-buat mendengar taklimat yang diberikan padahal dia ingin mengatahui apa yang Anathony bicarakan dengan Valverie.Anathony menggeleng kepala melihat sikap Fredella.

Mereka memanaskan diri dengan senaman ringan diketuai oleh Anathony.Mereka memulakan langkah untuk mendaki gunung, ditemani beberapa orang renjer hutan yang bertugas serta guru.

Fredella terasa lelah.Inhaler dikeluarkan daripada begnya.Disedut beberapa kali.Dia bernafasnya dengan lega.Teman-temannya sudah jauh dihadapan.

Dia meneruskan perjalanan.Fredella tidak perasaan ada lubang kecil mampu memuatkan kaki, dia tergelecek.Fredella terduduk memegang kaki.Terasa kakinya sakit.Anathony muncul dari belakang.

"Kau kenapa ni?" Anathony mendekati Fredella. Fredella menunjukkan kakinya tanpa bersuara.

"Dah tahu tak pandai hiking apasal gedik sangat nak ikut.Kau kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke?." Dia melihat kaki Fredella. Memang dia tak pernah pergi hiking.Dia paling tidak suka pajat memanjat nak pula dalam hutan yang dipenuhi nyamuk membuat lengan ada bekas gigitan nyamuk.Tapi bila mendapat tahu Anathony menyertai program ini segera dia mengisi borong.Walaupun dilarang keras oleh mummynya.

"Eh awak kalau tak nak tolong, pergi la.Tak payah nak bising-bising." marah Fredella. Anathony bangun meninggalkan Fredella. Fredella menangis seperti kanak-kanak.

"Mummy Fredella nak balik." Anathony merengus keras.Dia berpatah balik. Nasib perempuan kalau tidak memang aku tinggal betul-betul biar dimakan harimau.Anathony memapah Fredella menuju ke tempat perkemahan.

Pinggan berisi makanan serta air botol diberi kepada Fredella.Anathony duduk disebelah Fredella.

"Sakit lagi kaki ?" lembut suara Anathony bertanya seolah-olah risau akan gadis itu.Fredella sedikit terpana apabila mendengar Anathony berbicara tidak seperti selalu.Fredella sedar sikit sebab kaki kau sakit tu pasal dia buat-buat care dengan kau, bagai ada suara berbisik.

"Kurang sikit."Fredella menjamah makanan. Valerie menghampir mereka.

"Tony boleh tak saya nak cakap sikit?"Nasi yang ditelan terasa berpasir.Wajah Valerie dipandang seperti tidak puas hati.Valerie memberikan senyum kepada Fredella.Namun tidak berbalas.

"Kalau macam tu kita cakap disana."Anathony berlalu pergi.Mereka bersembang jauh sedikit dari orang lain.Fredella minun air dengan kasar.

Bermacam-macam aktiviti mereka lakukan pada malam itu.Kerana besok mereka akan bertolak pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience