"Soalan punya senang.Apasal lembab sangat kau buat?" aunty Claretta mama kepada Fredella memintanya untuk mengajar Fredella dalam mata pelajaran matematik. Katanya Fredella selalu mendapat markah terendah dalam subjek itu.
"Dah berapa kali aku tujuk jalan kira pun tak boleh jawab lagi?Balik ni kau rebus semua soalan matematik ni lepas tu minum.Kertas-kertas yang kau rebus tu kau makan dengan nasi."
Anathony keluar dari bilik bacaan.
Anfhony masuk ke bilik bacaan.Anfhony merupakan abang sulung kepada Anathony.Dia sedang melanjutkan pelajaran diperingkat degree sambil bekerja. Jarang dia pulang ke rumah mamanya.Jika ada waktu terluang dia akan pulang.Anfhony melihat Fredella mengesat air mata.
"Fredella nak abang ajar?"Fredella tersenyum. Anfhony sudah mengenal Fredella dari kecik lagi ini kerana mamanya Fredella merupakan sahabat baik mamanya.Dia masak benar dengan perangai adiknya Anathony, dari kecil lagi dia tidak pernah menyukai Fredella.
"Sini abang ajar awak.Abang ajar jalan mudah nak dapat jawapan dan senang awak faham."Fredella mengangguk.Satu persatu Anfhony mengajar Fredella.Anathony baru hendak melangkah masuk sambil membawa air kotak bersama makan ringan buat Fredella.Namun melihat ada abangnya berada disitu dia berpatah balik naik ke bilik.
"Tony cuba layan Fredella elok-elok.Tak pernah sekali abang tengok Tony berlembut dengan dia." tegur abangnya.Fredella sudah lama pulang. Anathony ralit bermain game di tabnya.
"Biar dia kena layan macam tu.Abang tahu tak Tony rimas dengan dia.Mana Tony pergi dia ada." Anfhony duduk disebelah adiknya.
"Dia suka Tony agaknya." Anfhony menyiku pinggang adiknya.
"Abang ni kalau nak kenenkan cuba bagi yang elok sikit. Perangai dia macam budak-budak.Tak nak la." Mintak dijauhkan dia berpacar dengan childish tu lebih dia pilih Valerie.
"Tak nak konon.Muka tu dah merah apahal?" sakat abangnya.Anathony memandang wajah didalam cermin.Anfhony gelak jahat.Dia berlari naik ke bilik bila melihat adiknya mahu kejarnya.
Biadap kau abang.Kau main-main kan aku.
Anathony menyiapkan kerja sekolahnya.Dia sudah berjanji dengan teman-teman untuk menjalani latihan bola keranjang petang ini.Anathony mencapai tuala untuk mandi Telifonya dering.Nama Fredella tertera.Dia buat tidak tahu.Kalau dia angkat pasti Fredella mengajaknya pergi membelah-belah.Beberapa mesej masuk.Selesai mandi Anathony melihat handfonnya ada missed call serta mesej. Pasti Fredella detik hatinya. Dia bersiap untuk pergi membuat latihan bola keranjang.Handfonnya ditinggal dirumah.
"Morning ma pa." dia mencium pipi mama dan papanya itu lah rutin yang selalu buat dari kecil sampai sekarang.Papanya sedang membaca surat akhbar.
"Hmm awal anak mama bangun.Selalu kalau cuti sekolah bukan main liat lagi nak bangun."Anathony mencapai sandwich tuna.
"Terjaga awal. Mata tak nak lelap itu yang bangun. Mama cakap kakak nak balik hari ni?" Aabriella merupakan kakak keduanya.Sedang menyambung pelajaran ditahap diploma.
"Tak jadi.Kakak kamu cakap dia ada perbincangan ahli kumpulan hari ni."
"Pagi uncle Mario ada call papa.Dia cakap Fredella pengsan semalam, dia ditahan diwad."Setelah lama berdiam papanya Anathony bersuara. Anthony berhenti menguyah. Semalam Fredella call nak beritahu aku yang dia masuk hospital ke. Pelbagai persoalan bermain di mindanya.
"Tony nak ikut mama dengan papa tak melawat Fredella?"
"Tak kut, Tony dah janji dengan kawan nak buat ulang kaji.Tengok la pentang nanti macam mana."
"Ye la." otaknya berpusing memikirkan Fredella. Selepas pulang bermain bola keranjang dia membersihkan diri kemudian tertidur sehingga ke pagi.Telifon tak sempat nak tengok.Bila teringat akan telifon.Dia naik ke bilik.
Share this novel