Bab 7

Romance Completed 11536

"Awak... Awak ... Berhenti la kejap." Anathony memberhentikan langkah. Fredella berdiri dihadapan Anathony.

"Awak tak dengar ke saya panggil?" Anathony melarikan matanya daripada melihat anak mata Fredella. Mujurlah Fredella rendah daripadanya.

"Kau nak apa ? Boleh tak kau jangan kacau aku?" Tegas suaranya memberitahu.Padahal jantungnya tak henti berdegup rasa macam nak keluar berlari.

"Awak marah saya pasal hari tu ke? Sorry la saya tak segaja ter..." belum sempat dia menghabiskan kata-kata mulutnya ditutup oleh Anathony, dibawa ke bangunan belakang. Mujur laa tiada siapa mendengar.

"Kau boleh tak kau jangan sebut pasal hari tu.Aku dah lupakan dah. Tolong jangan kacau aku." Anathony berjalan meninggalkan Fredella namun langkahnya diikuti.

"Childish.Apasal kau suka sangat ikut aku?" rimas dibuatnya.

"Sebab saya suka awak." Dah gila apa perempuan ni. Fredella memeluknya. Anathony kaku. "Saya dah lama sukakan awak. Macam-macam cara saya dah buat nak nampak saya betul ikhlas nak kenal awak lebih rapat tapi awak macam tak layan." Fredella melepaskan pelukkan. Wajah Anathony sudah merah. Tanpa sedar Valerie mendengar perbualan mereka.

Lena Anathony tergangu.Dia terasa wajahnya seperti dibelai.Senyuman terukir dibibir.Pasti mama.Dia membuka mata.Mahu terbeliak biji matanya.Dia melihat Fredella berada dekat pada wajahnya.

"Kau buat apa dalam bilik aku?" Anathony menarik selimutnya hingga ke paras dada.

"Saya kejutkan awak la. Saya ketuk pintu. Tapi tak menyahut jadi saya masuk la." Fredella semakin berani mendekati Anathony. Selimut Anathony ditarik.

"Aaaaa." Fredella menjerit.Dia berlari keluar apabila melihat Anathony hanya memakai seluar dalam.

"Fredella!" Kurang asam punya budak. Kau jatuhkan saham aku. Aku sudah dinodai.Aku lelaki bukan perempuan ahh peduli.Tak guna Fredella. Mujur dia pakai seluar dalam.Nanti kau Fredella.

Fredella hanya menundukkan wajah seolah sibuk membaca buku, apabila terlihat Anathony masuk ke bilik bacaan. Tadi kau kenakan aku. Sekejap lagi giliran kau pula. Hari kita main game je. Anathony duduk dihadapan Fredella. Wajah Fredella dipandang serius. Fredella sudah tak keruan berada disitu.

"Awak pandang saya macam tu kenapa?" Fredella memberanikan diri memandang Anathony.Kini mata mereka bertembung. Bagai ada satu perasaan mula hadir. Anathony merapatkan tubuhnya pada Fredella. Masing-masing seperti berkomunikasi melalui anak mata. Anathony mendekat bibir pada bibir Fredella, akhirnya bertaut. Anathony tersedar tentang perilakunya.

"Maaf aku tak sehingga." Anathony naik ke bilik. Fredella menggigit bibir.Dia mengetuk kepala. Kenapa kau tak tolak?

Anathony masuk ke tandas.Dia membasuh mulut.Dimenumbuk dinding. Apa kau dah buat Anathony. Sungguh dia tidak segaja.Anathony tak habis memaki dirinya. Tangan terasa kebas. Apa betul aku dah jatuh cinta dengan Fredella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience