Bab 10 (last bab)

Romance Completed 11536

Empat tahun berlalu.

Tak pernah sehari di terlupa menelifon lelaki itu.Namun tidak berjawab. Mesej juga tidak dibalas. Adakah lelaki itu sudah lupa terhadapnya.Rantai yang diberi oleh Anathony pada malam terakhir mereka berjumpa, ditatap. Perasaan rindu selalu menghantuinya.

Sepatutnya Anathony pulang pada tahun lepas akan tetapi ada urusan yang tak dapat di elak membuatkan Anathony tidak pulang. Bukan dia tidak mencari lelaki itu namun niat di tolak keras oleh keluarga agar jangan menganggu Anathony takut dia sibuk.Lambat laun dia akan pulang kerana keluarganya masih disini itu la kata mummy dan daddy.

Fredella keluar bersama teman-temannya. Hari ini merupakan hari minggu dia tidak berkerja jadi dia meluangkan masa dengan membeli beli belah.

Fredella keluar dari kedai selepas membeli pakaian. Dia terlihat ada seorang kanak-kanak perempuan menangis. Fredella tercari-cari kelibat mak atau ayah budak itu.Tapi tiada disisinya.

"Mak Ayah adik mana?" Kanak-kanak perempuan itu memandang Fredella.

"Tak tahu." Fredella mengaru kepala. Dia cuba memujuk kanak-kanak itu supaya diam.

"Bellvania anak mama." kanak-kanak perempuan itu ke berlari ke wanita itu.Cantik. Lelaki disebelah wanita itu dipandang.Senyuman Fredella mati.

"Awak?" Lelaki itu membuka kaca mata.

"Fredella." Fredella tersenyum sinis.

"Jadi awak dah kahwin? empat tahun saya tunggu awak. Empat tahun juga saya call,mesej, whatsapp,skype tak berjawab. Jadi selama empat tahun saya tunggu ini yang saya dapat? Terima kasih sebab bagi saya harapan. Semoga awak bahagia." Fredella berlari meninggal Anathony. Lelaki itu cuba mengajar tapi Fredella sudah hilang dari pandangan.

"Fredella pergi jumpa Anathony tu.Hujan lebat dekat luar tu.Sakit dia nanti.Mungkin ini salah faham." Mummy cuba memujuk.

"Salah faham mummy cakap? Dia dah tipu Fredella mummy. Dia bagi harapan palsu. Fredella benci dia." Fredella berlari naik ke bilik.
Mummy dan daddynya berpandangan.

Fredella menangis semahu-mahunya. Rantai yang diberi digengam erat. Dia tidak pasti kenapa tangan begitu berat untuk membuang rantai ini. Bunyi guruh berdetum membuatkan dia terkejut. Lampu sengaja ditutup berharap lelaki itu tahu yang dia sedang tidur.

Dia berdiri dibalik jendela. Anathony masih di situ bersandar dikereta sambil memeluk tubuh. Fredella mengigit bibir. Patutkah diturun. Perasan kasian mula terbit.

Pintu panggar utama dibuka. Fredella keluar membawa payung. Anathony tersenyum.

"Awak nak apa? Balik la.Kesian anak dan isteri awak dekat rumah." Wajah Anathony langsung tidak dipandang. Sungguh dia rindukan lelaki itu.

"Kau dah salah faham. Tu bukan anak dan isteri aku. Mereka..." Fredella memotong ayatnya.

"Jangan berdolak dalik. Dah balik la." Fredella ingin meninggalkan Anathony tapi dengan pantas tangan Fredella diraih. Anathony memegang payung.

"Kau bila aku cakap jangan potong boleh tak? Perempuan yang tengok tadi tu kakak ipar aku isteri Anfhony. Budak perempuan yang kau cakap anak aku tu anak diorang. Kita orang baru balik semalam. Pagi tadi kita orang pergi beli-belah, ingat petang nak datang rumah kau sekali jadi macam ni." Fredella terbungkam.

Fredella tak henti-henti ketawa apabila melihat Anathony memakai bajunya. Kesian pada lelaki itu kesejukkan dia memberi bajunya. Wajah Anathony sudah merah. Anathony merapati Fredella. Ketawa Fredella terhenti.Pinggang Fredella dipegang.

"Maaf sebab buat kau tertunggu. Aku tiada niat apa-apa. Aku cuma nak kita sama-sama berjaya. Tak mahu terus dibuai cinta." Bicara Anathony buat hatinya berdebar-debar.

"Tak apa saya maafkan. Saya pun nak minta maaaf sebab salah faham terhadap awak." Fredella memberikan diri membelai wajah Anathony. Sungguh dia rindukan wajah ini.Wajah buat dia gila bayang. Anathony tersenyum nakal. Anathony menutup lampu. Malam yang di nantikan telah tiba.

Tamat...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience