Prolog

Romance Series 988

Sepanjang perjalanan mereka dari tanah perkuburan, sedikit pun dia tak mengangkat wajah. Mata setia merenung sekeping gambar lama. Ada dia, ibu dan adiknya. Pipi sudah kering dari air mata sejak pagi tadi.

Dia menarik nafas dalam sebelum dihela. Berat untuk dia terima bahawa ibu sudah pergi buat selama-lamanya. Mahu menangis berlebihan pun tidak berguna. Sepanjang tempoh dia menjaga ibu pun dah cukup lama dan boleh tahan juga setiap hari menangis melihat kesengsaraan ibunya.

"Mia."

Dia toleh dengan wajah tanpa riak. Daain di sebelah hulurkan sebungkus roti coklat.

"Makanlah sikit. Kau tu dari semalam tak makan apa."

Damia tenung lama bungkusan roti coklat itu. Lambat-lambat, dia terima jua pemberian adik lelakinya.

Keluhan kecil keluar dari mulu Daain apabila melihat bungkusan roti itu akhirnya hanya berada di ribaan Damia saja.

Akhirnya kereta yang dipandu itu berhenti di hadapan sebuah rumah kampung. Terteleng terus kepala Damia apabila tangannya tiba-tiba saja dipegang oleh Daain. Lelaki itu asyik memanjangkan leher sambil mengintai suasana di luar kereta.

"Kau kenapa?" Damia yang melihat tiba-tiba rasa tak sedap hati.

"Uncle Radhi kata apa tadi sebelum kita sampai sini?"

"Tempat ibu dengan dia selalu lepak. Yang kau berbisik-bisik ni kenapa?"

Daain terus sambungkan tautan mata mereka. Kepalanya menggeleng. "Ini bukan tempat yang ibu selalu cerita, Mia."

Terus sejuta kerutan terlukis di dahi Damia. Apabila pandangannya jatuh pada luar jendela, matanya disajikan dengan sebuah rumah usang yang terletak di sebuah pedalaman.

Kenapa dia tak sedar sepanjang perjalanan mereka ke sini?

Tanpa membuang masa lagi, Damia dan Daain keluar dari perut kereta tersebut.

"Mia, belakang kau!"

BUK!

Nasib menyebelahi Damia, dia sempat tunduk apabila belakangnya disapa dengan satu tumbukan yang akhirnya mengena pada kereta. Apabila Damia menoleh, satu lagi tumbukan ditahan dan sikunya laju menikam tulang pipi si penyerang.

Daain yang baru saja ingin dekati Damia, turut diserang oleh seorang lelaki berpakaian serba hitam. Habis bertelagah antara satu sama lain, akhirnya belakang Daain bersatu dengan belakang Damia.

"Mana Uncle?" Perlahan Damia bertanya.

Daain geleng. "Dia tak ada dalam kereta."

Kuat rahang Damia berlaga tatkala mereka dikelilingi 3 orang lelaki. Dalam keadaannya yang masih berbaju kurung begini menyukarkan Damia untuk bertarung. Kasut tumit tinggi pun boleh mengundang melecet di kaki.

Satu senyuman terbit di bibir Damia. "Aku dah agak."

Dari awal tempoh perkenalan ibu mereka dengan Uncle Radhi tak pernah nampak biasa di mata Damia. Masuk ke dalam keluarga mereka bersama gelaran dirinya sahabat lama ayah mereka. Tetapi tangan tak habis-habis keluarkan duit.

Pasti orang tua itu mahukan sesuatu daripada mereka.diri, lawannya masih lagi 2 orang lelaki yang sangat lincah geraknya.

"Kita kena keluar dari sini." Putus Damia.

Dan mereka semua pun mula bertelagah. Buku lima bertemu dengan buku lima. Meskipun Damia sendiri pemegang tali hitam taekwondo dan mahir dalam seni pertahankan

Elak yang kanan, kiri menjengah Damia.

Tak lain tak bukan ini sudah tentu kerja Uncle Radhi. Orang tua itu sudah lama memerhatikan keluarga mereka. Kalau tak orang tua tu takkan suruh 2 orang lelaki menyerang Damia manakala Daain pula hanya perlu berhadapan dengan seorang sahaja lelaki.

Geram kerana hentaman mereka asyik mengena pada Damia, sebelah kasut ditanggalkannya lalu dengan sekali ayunan, tumit tajam itu tertusuk ke dalam kulit lengan lelaki A.

Raungan lelaki itu mengundang senyuman puas Damia. Lantas sebelah lagi ditanggalkan. Belum sempat dia melempar kasut itu ke udara, lengannya terlebih dahulu ditarik lalu dibelit ke leher sendiri. Sesaat kasut itu jatuh ke tangan lelaki B, laju tumitnya dihunus ke leher Damia.

Kukuh tautan tangan itu pada Damia. Mengunci pergerakan Damia dari bergerak bebas. Kaki yang masih berdiri, laju belakang lutut Damia ditendang sehingga gadis itu jatuh melutut.

Berderau Damia rasa. Kalau bukan sebab dia berbaju kurung, dah lama kepala mereka ditebuk dengan kasut tumit Damia.

Sempat mata Damia mengerling ke arah kanannya. Daain sudah lama berada dalam posisi sama seperti Damia.

Tak lama selepas itu, mereka didatangi oleh sebuah kereta Audi Q8 e-tron putih. Keluar saja empunya kereta, tubuh Damia jadi menggeletar. Muka merah padam menahan amarah yang kian memuncak.

Gerangan yang berdiri di hadapan Damia tersenyum puas. Sempat matanya mengerling melihat keadaan sekeliling mereka sebelum tawa besarnya terburai.

"Macam mana, Damia? Uncle offer lagi sekali..." Damia yang sedang melutut itu, dia dekati. Dagu runcing itu laju ditolak supaya memandangnya tepat.

"Damia sudi langsaikan hutang ibu atau tidak?"

Saat ini, Damia sedar bahawa semua bergantung pada keputusannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience