BAB 9

Family Completed 16920

Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Kami masing-masing semakin membesar.

Setelah selesai mengambil SPM, aku masih meneruskan membantu ibu membanting tulang di kebun pada waktu pagi. Sebelah petang hingga malamnya, aku akan berulang alik ke pecan bekerja sambilan sebagai tukang cuci di restoran KFC.

Ibu pernah juga menyatakan aku tak perlu bersusah payah sebegitu namun tidak sampai pula hati. Jika mengharap hasil kebun, berapa sangatlah yang kami sekeluarga boleh dapat dari jualan dengan Haji Zil.
Untuk itu, aku bertekad bekerja bersungguh-sungguh siang dan malam untuk mencari belanja lebih.

Alhamdulilllah, adik-adikku juga Hasnah dan Daud sudah boleh berganti baju sekolah yang baru dengan gajiku bekerja di pekan itu. DAud juga sudah semakin baik dan tenang jika Zali mengejeknya.

Berkali-kali aku berpesan agar sabar dengan hinaan yang dilemparkan. Ibu adalah wanita yang cukup baik untuk keluarga ini. Sejak ayah tiada, banyak tanggungjawab yang perlu ibu galas dan janganlah berkelakuan tak baik. Pasti ibu akan rasa sedih.

Aku juga memulakan simanan wang sendiri untuk masa depan. Semestinya cita-citaku untuk menjejakkan kaki ke Menara gading untuk terus mengubah nasib keluarga.

Petang itu, adalah petang yang cukup menggembirakan. Aku menerima surat tawaran sambung belajar. Ibu yang baru diberitahu mengalirkan air mata syukur.

Aku tidak mahu lagi orang kampung atau sesiapa sahaja menghina keluarga ini kerana nasib miskin yang menimpa.

“Syukurlah…Alhamdulillah,” Itulahkata-kata ibu.
Aku tahu ayah akan sentiasa merestui anak-anaknya. Perlahan-lahan ku pejamkan mata dan dari kejauhan kurasakan kehadiran ayah ketika itu.

Ayah! selagi Kakak ada selama itulah kakak akan janjikan kebahagiaan untuk keluarga kita! Dalam diam aku membenarkan kata-kata ayah pada aku ketika aku masih kecil dahulu,

“Kalau kakak kehilangan sesuatu pada hari ini… Percayalah yang Tuhan akan janjikan yang lebih baik untuk masa yang akan datang.”

‘Aku bersyukur Ya Allah…’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience