BAB 3

Family Completed 16920

Malam itu, ketika aku nyeyak tidur ibu mengejutkan aku. Aku lihat wajah sembab ibu, hatiku jadi tak tenang. Ada persoalan yang bermain di jiwa ketika itu.

Aku lihat ibu lengkap berselendang hitam. Kata ibu hendak ke hospital dengan Haji Zil. Aku dimintanya menjaga adik-adik di rumah.

Walaupun cahaya agak samar-samar tetapi aku dapat lihat dengan jelas ibu mengesat air matanya. Aku mematikan niatku untuk bertanya. Esok paginya ku lihat van jenazah berhenti di hadapan rumahku.

Segala persoalan terjawab. Ayah menghembuskan nafasnya selepas sebulan lamanya bertarung nyawa.
Penyakit kencing manis yang ayah hidapi bertambah buruk kesan patukan ular di kaki ayah.

Aku menitiskan air mata, hanya Tuhan yang mengerti perasaan ku ketika itu.

Perlahan-lahan aku menutup kembali album lama itu. Aku simpan semula di dalam almari. Seperti mana aku simpan kerinduan ku pada ayah.

“Aku mesti kuat!” Tekadku sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience