BAB 1

Family Completed 16920

Aku mengalihkan badan ke kiri dan ke kanan, malangnya mataku masih belum mahu beradu, puas dipaksa. Adikku, Hasnah di sebelah sudah lama nyenyak tidur, perlahan-lahan aku menarik selimut, menyelimut Hasnah yang lena di ulit mimpi.

Aku mengalihkan pula pandangan ke arah adik lelakiku pula, Daud. Melihat wajahnya, hatiku tenang! Mungkin di usia sepertinya dia masih belum bisa mengerti erti sebenar kesusahan hidup.

Perlahan-lahan aku bangun dan membuka almari kayu di tepi pintu. Aku mencapai sebuah album lama berwarna biru. Setiap lembaran isi album itu ku buka perlahan-lahan. Ku lihat setiap inci gambar arwah ayahku. Hatiku benar-benar sedih dan pilu.

Ayah nampak kacak walaupun setiap usia dan kudrat mudanya di abadikan pada kebun tinggalan Atuk. Fikiranku terbang mengingatkan peristiwa setahun yang lalu.

Segalanya masih segar di dalam minda aku. Seperti baru sesaat aku tinggalkan. Plot dan setiap inci peristiwa itu masih tersimpan kemas didalam fikiranku.

“Rosnah, nanti tolong ibu petik sayur di kebun atas ya!” jerit ayah, matanya masih tekun meneliti cempedak di hadapannya.

Sekali-sekala ayah mengesat peluh yang mengalir didahinya. Aku menurut tanpa kata dan mengatur langkah menuju ke arah ibu.

Ku lemparkan senyuman pada ibu yang terbongkok-bongkok mengutip cili yang jatuh.

“Ibu nak kutip cili berapa kilo ni?” aku bertanya sekadar bergurau melihat kesungguhan ibu.

“Ayah kau kata, Haji Zil nak dalam 3 kilo, kau tahu lah kedai runcit Haji Zil kan dah makin maju,” ibu membalas.

Aku tersenyum. Jika begitu bertambahlah lagi rezeki keluarga aku.

‘Bolehlah aku, minta basikal baru!’

Aku sekadar bermonolog sendirian

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience