BAB 5

Family Completed 16920

Selepas selesai solat berjemaah ibu akan mengajar Daud dan Hasnah mengaji. Aku sewaktu berusia 12 tahun sudah khatam al-Quran.

Daud meletakkan jari telunjuk di bibir kecilnya, minta di rahsiakan. Dia tak mahu Hasnah menceitakan keburukkannya di sekolah. Hasnah menjuihkan mulut dan mencebikkan mukanya tanda tidak mahu bersekongkol. Aku sekadar tersenyum.

Ah Daud! Ada saja masalah yang kau akan timbulkan di sekolah. Budak kecil yang baru berusia sembilan tahun tetapi bijaknya seperti orang dewasa.

“Hasnah, cerita pada ibu, apa yang adik kamu buat di sekolah hari ni.” ibu sedikit keras, Hasnah mengalihkan pandanganya ke arah ibu.
Matanya yang besar di kecilkan sedikit untuk menunjukkan kesungguhanya bercerita.

“Tadi Daud bergaduh dengan Zali ibu.” Pendek jawapan dari Hasnah, tetapi cukup untuk menggentarkan hati ibu.
Aku yang sudah selesai membasuh pinggan di dapur bingkas ke depan. ‘Kenalah kau Daud!’

“Kenapa bergaduh dengan Zali?! Kan ibu dah pesan jangan bergaduh dengan siapa-siapa lagi. Ibu tak ajar anak-anak ibu jadi budak jahat!” ibu separuh menjerit, ada nada kesal di hujung nadanya.

Daud menundukkan kepalanya memandang tepat ke arah lantai. Sedikit pun dia tidak berani memandang panahan mata ibu. Pertanyaan ibu di biarkan sepi. Tiada sepatah bicara pun yang keluar dari mulut kecil Daud.

Ibu semakin berang, diambilnya rotan yang tersangkut di dinding. Setiap kali kami melakukan kesalahan, rotan itulah yang akan menjadi penawar bagi menebus kesalahan.

Jika dulu arwah ayahlah yang begitu tegar merotan tapak tangan anak-anaknya untuk mendidik, kini ibu yang mengambil alih. Daud sedikit gusar, hatinya kecut, mengigil-gigil dia menahan ketakutan, air matanya mengalir laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience