BAB 8

Family Completed 16920

“Daud kamu pergi tidur dulu, esok sekolah” aku membalas. Aku tak mahu Daud terus berkata sesuatu yang boleh menyinggung hati ibu lagi.

“Hasnah pergi tengok Daud, suruh dia basuh kaki dulu sebelum tidur” aku menambah.

Hasnah menurut tanpa kata, dia menarik tangan Daud. Daud mencebikkan mukanya pada Hasnah. Dia dan Hasnah memang acap kali bergaduh seperti anjing dan kucing. Ada saja yang membuatkan kedua-duanya tidak berpuas hati.

Aku mengalihkan pandangan ke arah ibu, aku tahu ada kegusaran dan kesedihan yang menggunung di hati ibu ketika ini.

“Ibu,” aku mendekatkan diriku ke badan ibu. Aku cuba menyelami jiwanya yang terusik dengan kata-kata Daud sebentar tadi.

“Kamu pergilah tidur Rosnah, esok kamu kena bangun awal.” Ibu menyeka air matanya yang tumpah, dia tidak mahu anak sulungnya itu susah hati.

“Ibu pun tidurlah awal, jangan di fikirkan sangat pasal Daud, dia masih kecil, tak tahu apa-apa lagi.” Aku membalas panjang lebar.

Ibu sekadar tersenyum pahit. Lantas ku cium dahi ibu dan bingkas bangun meninggalkan ibu sendiriran, aku tahu ibunya tidak mahu di ganggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience