BAB 7

Family Completed 16920

Hatiku bagai tersentap, ah Daud! Dugaan apakah yang sedang kau hadapi?

Aku lihat ada air mata sebak yang mengalir di pipi cengkung ibu. Mungkin kesal kerana merotan Daud tanpa soal selidik! Kekesalan itu tidak akan mampu memutarkan kembali saat ibu merotan Daud.

Ibu bergegas ke arah Daud dan memeluk erat-erat anak bongsunya. Aku hanya mampu melihat dengan mata kecilku ini.

Kesal! Daud merangkul kembali pelukan ibu. Teresak-esak dia menahan kesedihan yang bergelodak di jiwanya.

“Ibu Zali cakap ibu perempuan jahat, ibu suka pada Haji Zil sebab tu Haji Zil beri kita beras percuma. Ibu, nanti ibu jangan beli beras dari kedai Haji Zil lagi tau, Daud tak suka dia kutuk ibu.”

Sekali lagi mulut kecil Daud begitu lancang berkata-kata, aku tergamam.

Ah! Adakah kerana itu Daud bergaduh dengan Zali. Mulia sugguh hati kau Daud walaupun kau masih setahun jagung tetapi sudah berani mempertahankan keluargamu jika ada yang berani menggangu.

Aku kagum dengan sikap adik bongsuku itu. Ibu hanya menunduk, wajah ibu kelihatan sebak. Aku tahu kata-kata Daud membuatkan ibu sedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience