Completed
3408
Danish anak orang berada, berbeza sekali dengan diriku anak desa yang tidak punya apa-apa. Datang ke bandar untuk menuntut ilmu semampu yang boleh demi masa depanku dan masa depan keluargaku di kampung yang bergantung harap denganku. Aku anak sulung dan menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adikku.
Sekali lagi Danish mengalihkan pandangannya dan dia meluru ke arahku yang sengaja berundur. Dia memaut bahuku lagi.
“Maafkan aku kawan, aku tak berniat menuduh kau sebarangan tapi mustahil sungguh kau dapat paai telefon semahal ini, dari mana kau dapat duit? Selalunya aku nampak kau senang tidak ada telefon,” kata Danish.
“Sungguh Danish! Aku beli, aku bukan pencuri, kenapa kau tidak percayakan aku? Muka aku ini nampak seperti muka pencurikah?” Aku berusaha meyakinkan dirinya bahawa aku bukan kaki pencuri.
Danish mengerling matanya. Aku tahu dia meragui aku. Harus bagaimana lagi untuk aku berterus terang?
“Susah aku hendak percayakannya,” balas Danish.
“Kenapa? Orang miskin macam aku tidak mampu beli telefon ini,” balasku sambil menunjukkan telefon berkenaan.
Danish mengangguk pun tidak menggeleng pun tidak. Dia mengejal sahaja walhal dia patut tahu bahawa aku seorang yang suka berusaha. Kalau aku mahu dapat sesuatu aku akan bersusah payah untuk mendapatkannya juga.
Tolonglah percayakan aku Danish! Rayu hatiku.
Tiada tutur bicara darinya selepas itu. Dia kehilangan kata-kata. Puas aku memberitahunya hakikat itu tapi dia seperti mahu menolak kenyataan. Adakah aku patut beralah? Nanti telahannya akan disangka benar walaupun kenyataannya adalah tidak.
Danish sahabat baikku. Aku dan dia berada pada tahun akhir tapi kenapa dia seperti tidak membuka hatinya mahu mempercayai kata-kataku? Kenapa Danish kau begini?
Share this novel