Completed
3408
“Aku tidak tahu Ely. Papa Danish itu yang mahukan aku! Papa Danishlah punca sebenarnya aku jadi begini. Dia yang telah rosakkan hidupku. Dato` Harman adalah orang yang meragut kesucian aku. Ely, setiap hari aku dihantui rasa serba salahku. Bila aku lihat wajah Danish, aku mula rasa tidak keruan. Aku bersalah Ely.” ucapku dengan penuh emosi.
Tanpa di duga, tubir mataku bergenang menanti waktu untuk menitis. Cepat-cepat aku menyekanya dari terus berguguran. Kemewahan yang aku dapat, duit yang banyak adalah pemberian dari Dato` Harman kerana aku dapat memuaskan nafsunya. Tiap kali dia mahukannya maka aku terpaksa mengorbankan diriku.
Aku melakukan kerja terkutuk itu demi satu tujuan. Ya ALLAH! Kenapa denganku? Kenapa aku memilih jalan ini?
“Ely, aku berdosa… aku berdosa pada Danish dan aku paling berdosa dengan Tuhan, sebenarnya aku lakukan semua ini adalah demi seseorang, demi ibuku Ely…” ucapku tanpa ragu lagi.
“Kenapa dengan ibu kau Harith?” Elyna menyoal.
Aku melihat Elyna menyeka sesuatu ditubir matanya. Aku menduga Elyna sudah mengalirkan air matanya. Mungkin dia dapat mengagaknya.
“Ibu aku perlu menjalani pembedahan bagi membuat ketumbuhan di dalam kepalanya secepat mungkin. Aku tidak tega membiarkan ibu aku menderita. Keluarga aku miskin Ely, aku sudah tidak ada ayah, aku hanya ada ibu dan adik-adik aku sahaja. Aku terpaksa buat kerja jijik ini. Aku terpaksa menggadaikan maruah aku demi meminta pertolongan Dato` Harman.” terangku tatkala air mataku ini mengalir deras tidak terseka lagi.
Elyna terdiam.
“Aku terpaksa merahsiakannya, Dato` Harman bersetuju menolong aku tanpa pengetahuan Danish. Dia juga mohon aku rahsiakan perkara ini. Kalau aku beritahu sesiapa tentang hubungan itu. Dia tidak akan membantu aku dan tidak akan teragak-agak menghapuskan aku. Aku jadi takut Ely,” ucapku dengan penuh sebak.
Aku mengharapkan Elyna memahami apa yang aku rasakan ini. Aku bersungguh.
Share this novel