BAB 13

Romance Completed 3408

SEMENJAK aku meluahkan pada Elyna, aku berasa sedikit lega namun dosaku tidak akan terhapus. Kadang-kadang aku terfikir juga, adakah wang yang aku dapat itu mendapat berkat? Tapi aku terpaksa. Kos pembedahan memerlukan jumlah wang yang banyak. Aku sayang ibu aku. Aku cinta ibu aku.

Sebaik saja selesai peperiksaan akhir maka ini bermakna tamatlah sudah pengajianku di kolej ini. Minggu depan pula ibuku akan menjalani pembedahan. Dato` Harman membantu membiayai kos pembedahan itu. Aku berterima kasih kerana Dato` Harman mengotakan janji-janjinya dan aku mengharapkan sebuah keajaiban akan berlaku.

Tiba hari pembedahan aku menanti dengan penuh debaran. Doktor berpesan bahawa pembedahan ini tiada jaminan, 50-50 sahaja.

Dunia ini terasa gelap! Selepas 8 jam ibuku bertarung nyawa ternyata pembedahan itu gagal. Aku seperti mahu pitam mendengar khabar itu. Aku teriak menangis tidak berlagu. Ibu aku pergi juga. Ibu!!!!!

Andainya kau kembali aku mahu memohon ampun padamu ibu! Ampunkan anakmu ibu! Anakmu ini berdosa!

Aku sungguh berdosa besar padaMu Ya Tuhan. Tatkala itu aku bersujud lemah kerana kebodohanku sendiri. Aku tersungkur daif, hampa dan pilu. Penyesalan yang tiada kesudahan. Tergamaknya aku memperjudikan harga diriku demi pencarian yang hitam. Allah Maha Agung, Dia penentu segala-galanya.

Semua ini telah berlalu. Aku bertaubat padaMu Ya Tuhan. Terimalah taubatku ini Ya ALLAH. Engkaulah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Aku bersyukur padaMu kerana telah membuka seluas-luasnya pintu hatiku untuk aku mendekatiMu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience