BAB 6

Romance Completed 3408

Aku menapak lemah menuju ke kafe tanpa Danish di sisi. Selalunya dia sentiasa teman aku walau ke mana sahaja. Aku dan dia seperti belangkas. Ya! Belangkas yang tidak bisa berenggang. Danish sering kali mempertahankan aku. Bila ada salahku dia marah aku, bila bukan salahku orang lain dimarahinya.

Rentung jelur kasih kerana tiada kepekaan, tiada ketulusan dan tiada keihlasan. Tapi aku ikhlas dengan Danish. Cuma Danish sahaja tidak tahu perasaan aku ini.

“Danish..!” aku memanggil dirinya yang sedang duduk minum bersama dengan rakan yang lain.

Sebaik melihat aku, lekas benar dia mengatur langkah menjauhi aku. Perasaanku di saat itu bagaikan terdampar di persisiran pantai setelah dilambung dengan gulungan ombak besar di tengah lautan yang sungguh menyiksakan naluriku.

Fikiranku cepat diterbangkan angin hanyut dibawa pergi bersama sebuah luka. Danish tidak menghiraukan aku lagi. Kala ini entah kenapa aku terduduk dibangku yang terdapat di dalam kafe. Entah bila pula Elyna berada di depanku sedang mengunyah sesuatu. Mungkin gula-gula getah.

“Harith! Kenapa nampak muran saja? Kau ada masalah?” Elyna menyoalku.

Dengan pantas aku menggeleng menafikannya.

“Dari raut wajah kau itu tidak usahlah kau membohongi diriku, Harith. Katakan saja apa masalah kau itu, mungkin aku dapat membantu. Kalau kau kawan aku lebih baik kau ceritakan masalah kau padaku.” Elyna bersungguh mahu membantu namun dapatkah dia mengerti perasaanku ini?

Seharusnya aku perlu punya teman untuk mengadu. Mungkin Elyna adalah orangnya. Sebelum ini dia pernah mengadu halnya yang selalu putus cinta dengan kekasihnya. Elyna seorang tomboy dan aku yakin dia mampu menyelami hati dan perasaanku ini. Aku menarik nafas dalam-dalam dan bersedia untuk meluahkannya. Biarlah Elyna tahu siapa aku yang sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience