BAB 8

Romance Completed 3408

Ekor mataku tidak kalih dari terus melihat kelibatnya bersama Hafizan. Aku melihat keakraban itu. Dia boleh bergelak ketawa dengan Hafizan tatkala aku di sini sedang keluh dan kesah. Elyna menyapa aku untuk kembalikan perhatiaanku terhadap ucapan aku tadi.

Tiba-tiba tanganku berasa ringan sekali. Begitu deras sekali menumbuk meja lantas aku mengangkat punggungku meninggalkan kafe tersebut. Aku dapat rasakan bahawa Elyna membuntutiku.

Aku mahu alihkan pandanganku ini. Aku jadi meluat tengok Danish bersama Hafizan lama-lama! Geram sungguh rasanya. Aku meluru pantas tanpa menoleh kiri dan kanan lagi sambil tanganku digenggam kemas.

“Harith! Tunggu!” pekik Elyna.

Tiba-tiba bahuku direntap kuat oleh Elyna. Dia mengangkat keningnya dan membulatkan matanya sebesar-besar yang boleh.

“Sekarang baru aku faham kenapa jadi macam ini! Kau sebenarnya sukakan Danish?! Katakan kebenarannya pada aku sekarang juga. Aku mahu dengar dari mulut kau sendiri Harith. Kau jangan takut kerana aku sudah lama mengsyakinya. Yakinlah bahawa aku tidak akan membocorkanya pada sesiapapun. Aku tidak mahu kau memendamkannya. Aku tahu betapa sakitnya kalau kita memendam rasa. Jadi luahkanlah padaku Harith kalau kau menganggap aku sebagai kawan baik kau,” Elyna memohon padaku.

Aku membisu, lidahku mengejal kaku. Tiada lafaz yang dapat aku tuturkan. Hati dan perasaan aku remuk. Ya! Memang benar aku sukakan Danish! Sudah lama aku sukakan dia. Dia tidak akan pernah tahu. Sampai bila-bila pun dia tidak akan tahu. Aku cukup sedar siapa diriku ini.

“Harith! Jangan macam ini!” Elyna seakan memaksaku.

Aku masih menundukkan wajah. Malu untuk menyatakan kebenarannya. Saat ini hatiku yang remuk itu bersimpang siur. Terpanah rasa resah. Dibunuh kejam dengan rasa cemburu habis mati ucapanku. Kekoknya aku untuk memberitahu Elyna bahawa aku sayangkan Danish. Tapi aku tidak mahu hancurkan hati dan perasaannya apabila dia tahu hakikat diriku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience