BAB 4

Romance Completed 3408

Biarlah dia mahu menuduh aku yang bukan-bukan, nampak gayanya aku terpaksa akur jua. Aku harus harungi juga. Pahit untukku menelannya namun sungguh keterpaksaan aku menangunggnya sendiri setelah dia mengindari diriku. Sejujur mana pun kata-kata ku ini seperti mencurahkan air di daun keladi. Tidak langsung difikirkannya.

Hanya disebabkan sebuah telefon sahaja dia renggang denganku. Apakah jahilnya aku menumpahkan kesetiaan dalam persahabatan dalam keraguan dirinya menyami benih-benih kepercayaan yang terabadi sekian lama? Seketika sahaja dimusnahkan dengan pandangan mata yang jelek? Apa pula kata hati?

Mataku terpekur ke arah Danish yang buat tidak tahu saja. Tidak tahukah dia kenapa aku memiliki telefon? Untuk apa aku membeli telefon itu? Aku mahu sentiasa tahu khabarnya. Mahu berhubung dengannya tatkala dia sendirian atau di saat dia meninggalkan buat seketika tatkala aku tidak berteman.

Fahamkah dia tentang rasa yang terpendam dijiwa luka ini?

“Danish, boleh kau ceritakan padaku kenapa kau beranggapan aku sedemikian? Ada sesiapakah yang meracuni fikiran kau?” aku menyoalnya.

“Tidak Harith, sesuatu yang indah bukan tercipta dengan sebuah kebendaan. Kalau kau mahu tahu, sebenarnya aku mahu persahabatan yang suci. Persahabatan yang sejati adalah impianku. Berkawan denganmu sekali gus menjadikan kau sahabat baikku adalah amat aku kagumi kerana kebolehan kau dalam pelajaran menjadi pemangkin buatku. Akan tetapi aku tetap meragauinya,” ucap Danish padaku.

Kala ini aku tidak langsung memahami kata-katanya yang agak berbelit itu. Aku mahu dia berterus terang sahaja. Tapi mengapa dia berselindung di sebalik batu? Kata-katanya menjerat hatiku lantas terheret bersama sebuah persoalan yang tiada penghujungnya.

“Apa yang kau ragui tentang diriku ini Danish? Katakan padaku? Jika aku pernah salah maafkan aku. Bintang di langit tidak akan berubah kedudukkannya melainkan kedudukan hati kau padaku. Maksud aku kepercayaan k au padaku,” balasku sambil bermain dengan jari-jemariku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience