BAB 7

Romance Completed 3408

“Ely, kalau aku menceritakan kebenaranya diriku, adakah kau akan menghindari aku?” Aku takut-takut.

“Katakan sahaja kebenarannya kerana aku suka orang yang berterus terang. Aku benci orang yang hipokrit.”

“Aku memang hipokrit!” bentakku.

“Harith, jangan bersikap seperti budak kecil. Tolong rasional dan jangan cepat melenting,” nasihat Elyna.

“Maafkan aku Ely.” pintaku.

Mungkin ada benarnya kata Elyna. Aku perlu rasional dan patut bertenang. Kalau aku berterusan begini, masalah aku tidak akan dapat diselesaikan.

“Sekarang ceritakan padaku dan jangan kau risau apa-apa kerana rahsiamu rahsiaku juga,” pinta Elyna yang begitu meyakinkan aku.

Dari raut wajah Elyna yang bersungguh itu aku jadi yakin. Begitu berharap dia menjadi rahsia antara aku dan dia. Aku mahu meluahkannya juga kerana aku tidak mampu memendamkan rasa ini terlalu lama.

“Ely sebenarnya Danish telah membenci aku, dia sudah salah sangka terhadap diriku. Aku tidak tahu kenapa Danish tidak mempercayai kata-kataku lagi. Dia menuduh aku pencuri dan tidak berterus terang. Tapi aku yakin maksudnya lebih dari itu.” Ceritaku.

Elyna mengangkat keningnya.

“Aku tidak dapat memahaminya Harith. Cuba kau cerita dalam bentuk yang lain,” kata Elyna.

Sewaktu aku mahu menyambung bicara aku nampak Danish kembali lagi ke kafe tersebut. Dia bersama dengan seseorang. Entah kenapa timbu satu rasa yang aku sendiri tidak dapat mengertikannya. Rasa yang aku takutkan selama ini terbukti didepan mata. Aku tidak boleh melihat dia dengan orang lain. Aku jadi cemburu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience