BAB 1

Romance Completed 3408

AKU masih ingat pada waktu itu kau kucup dahiku, kau berikan aku kasih sayang yang tidak terbatas. Segala memori indah aku abadikan di dalam hatiku. Setiap tutur katamu akan aku jadikan teladan dan segala yang buruk akan aku jadikan sempadan.

Hidupmu penuh dengan penderitaan, tidak sanggup lagi aku melihatnya. Aku mahu dirimu tersenyum bahagia. Hidup seperti insan-insan yang lain. Aku tidak akan pernah melupakan pengorbananmu itu. Tapi malangnya kau telah pergi dulu, kebahagiaan buat diriku seakan diragut.

Terlalu lama aku meratapi kesedihan itu. Apabila aku rindu padamu, aku selalu menatapi potretmu di bilik tidurku dan akan aku hadiahkan bacaan yasin buatmu. Aku mohon pada ILAHI mencucuri rahmatnya ke atas rohmu itu.

Aku terkenang lagi saat indah bersama mu itu yang membuai tidurku meskipun aku belum menerti apa-apa lagi. Suara merdumu melenakan lelapku. Kini hanya tinggal memori luka kerana kau pergi buat selamanya hingga mencalitkan sebuah rasa yang sangat berbisa di relung hatiku.

LANGKAH kakiku menapak perlahan di tepian pantai. Deruan sang ombak yang menghempas itu membuatkan pantai berubah namun hatiku masih kekal begini. Rinduku pada mu tidak pernah sedikit pun berubah.

Nescaya ku heretkan kata ini dalam setiap langkah kakiku bersama perasaan serba salahku ini walau ke mana pun aku pergi. Gemersik ucapan mu masih terngiang-ngiang ditelingaku bahawa kau mahukan aku berubah. Berubah menjadi seorang insan yang tidak seperti dulu.

Fikiranku kini diterbangkan sang angin saat punggungku berlabuh di pasir pantai. Mataku merenung jauh nun jauh di seberang lautan mengingatkan kisah silam.

“AKU hairan dengan kaulah Harith, mana kau dapat duit beli telefon mahal-mahal macam ni?” Danish menghujani benakku dengan pertanyaan yang tidak bisa aku jawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience