BAB 5

Romantic Comedy Series 25206

Azira tiba di pejabatnya setelah menghantar bahan bukti tadi ke makmal forensik.

"Azira, kitorang dah kenal pasti ayat ayat tu, and guess what. Rupanya kita cuma perlu baca secara terbalik untuk faham"Nazafee berkata sambil tersengih bangga kerana dia dapat menyelesaikan satu misteri. Riak betul...

"Ok good, you solve the mystery. Apa yang dia tulis ?"

"Surat yang pertama tertulis 'NUR SHAFIQA' and kitorang yakin yang tu nama mangsa. Yang kedua pulak tertulis 'DISUATU PAGI YANG INDAH,KELAS TINGKAT TIGA', haa yang ni kitorang tak berapa nak paham"jelas Nazafee.

"Azira! Keluarga mangsa dah sampai untuk buat pengesahan. Tolong ikut saya sekarang"Zafril menjerit padahal meja sebelah-sebelah je pun. Zafril segera berlari keluar diikuti Azira yang sedang risau.

Sepanjang perjalanan ke bilik mayat hinggalah tiba disana, Azira tak cakap satu patah perkataan pun. Dia tidak sampai hati melihat keluarga mangsa yang berasa sangat sedih dan pilu. Mangsa dikenal pasti sebagai Nur Shafiqa, 17 tahun. Ibunya yakin itu Shafiqa kerana dia baru sahaja mewarnakan rambutnya minggu lepas tanpa persetujuan ibunya. Ibunya yang marah menyebabkan dia keluar dari rumah dengan perasaan tidak puas hati. Hari itu lah, dimana dia hilang tanpa dikesan.

"Pika tu budak baik, tapi dia bergaul dengan budak budak jahat. Dia seorang yang cerdik dan dia berusaha bersungguh sungguh untuk ambil SPM tahun ni. Tapi manusia hanya boleh merancang, Allah yang menentukan. Dia tak sempat nak jawab"Puan Kasturi berkata sambil menahan sebak didada. Siapa tak sebak, anak kesayangannya sudah pergi meninggalkannya selama-lamanya.

"Sabar puan, kami janji kami akan tangkap pembunuh yang kejam ni. Siapa pun dia dan apa pun motif dia memang tak patut dia buat macam ni. Sangat tak bertanggung jawab"Azira kini tekad untuk menyelesaikan kes itu secepat mungkin dan menyumbat pembunuh gila tu ke dalam penjara.

Malam itu, Azira,Zafril,Mirza dan Nazafee makan malam bersama. "Zira, awak kata pembunuh tu hantar surat tu sehari sebelum mayat Shafiqa dijumpaikan?"soal Zafril. "Yaa, why?"

"Macam mana kalau awak dapat surat yang sama lagi? Tak takut ke, biarlah Mirza dok ngan awak sampai kita tangkap orang gila ni"Zafril risau tentang keselamatan Azira.

"Saya tak kisah, terima kasih sebab risaukan saya"Azira ketawa kecil. Macamlah dia taktau perasaan Zafril selama ni. "Amboi!"Mirza dan Nazafee berkata serentak kemudian tergelak besar.

Selesai makan malam, Mirza pulang kerumahnya untuk mengambil barang barang keperluannya kemudian terus bergerak ke rumah Azira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience