BAB 11

Romantic Comedy Series 25206

"Mereka semua merupakan saksi kepada satu kes pembunuhan seorang pelajar perempuan yang bernama Nur Janna Aisha"jelas Nazafee. "Nur Janna Aisha ditemui mati pada suatu pagi didalam kelasnya. Nur Shafiqa berkata bahawa dia ternampak Janna dan kekasihnya Daniel bergaduh sehari sebelum itu diluar sekolah."

*flashback*

"Saya nampak dia dengan boyfriend dia gaduh semalam dekat kelas"-Shafiqa

"Setau saya Janna ni memang senang sangat rapat dengan lelaki even dia tak kenal sangat"-Qistina

"Saya tak kenal dia sangat so saya tak tau"-Fiza

"Kalau saya jadi kekasih dia pun saya nak bunuh dia sebab rapat dengan lelaki lain"-Raihana

"Kekasih dia tu pernah digantung sekolah sebab masalah disiplin"-Azwin

"Kami tengah makan kat kedai depan sekolah, masa tu lah kami nampak dia dengan Daniel masuk sekolah"-Ashiqin&Intan

*end flashback*

"Menurut apa yang tertulis disini, teman lelaki Janna iaitu Daniel telah dimasukkan kedalam penjara selepas dibuktikan bersalah pada 3 Mac 2017"Nazafee menjelaskan kejadian yang berlaku pada 2 tahun yang lepas itu.

"Tapi 3 bulan selepas dimasukkan kedalam penjara dia dimasukkan pula ke hospital sakit jiwa kerana mengalami gangguan jiwa. Semasa disana dia selalu dilawat oleh maknya sehingga mak dia meninggal sebulan kemudian. Kemudian hanya kakak dia sahaja yang datang melawat. Ditulis jugak kat sini, kakak dia telah membawa dia lari dari rumah sakit jiwa itu dan terlibat dalam suatu kemalangan. Mayat mereka tidak dijumpai. And guess what, selama ni surat yang Azira dapat tu semua berkaitan dengan Nur Janna Aisha ni. Dia dijumpai mati pada pagi hari, dikelasnya di tingkat 3. Dia juga pelajar kelas 4 Sains Alpha, pelajar nombor 33"jelasnya lagi.

"Saya pasti mereka masih hidup. Zafril, Mirza! Saya nak awak berdua cari alamat rumah terakhir mereka kemudian kita terus bertolak kesana"arah Azira. Mirza dan Zafril segera mencari alamat tersebut, setelah mendapat alamat tersebut mereka segera bertolak kesana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience