Series
25206
Keesokkan paginya pihak polis menerima panggilan bahawa mayat seorang wanita ditemui di sebuah lorong gelap. Keadaan mayat tersebut sungguh mengerikan , kedua-dua biji bola matanya telah dicungkil dan disimpan oleh pembunuh. Hidungnya dipotong dan diletakkan diatas dada.
Mukanya dihiris-hiris hingga wajahnya tidak lagi boleh dikenal pasti. Mayat tersebut ditinggalkan tanpa pakaian , dipercayai pakaiannya juga disimpan oleh pembunuh. Seorang pejalan kaki menemui mayat tersebut ketika hendak pergi ketempat kerjanya ..
"Inspektor Azira , saya bagi awak kes ni sebab saya tau awak mampu selesaikannya. Saya harap awak boleh jalankan tugas dengan penuh dedikasi"Azira mendengar arahan yang diberikan oleh ketuanya.
Jam sudah menunjukkan jam 9 malam tetapi Azira masih lagi berada di pejabatnya. Dia mengkaji fail kes tersebut untuk mencari petunjuk.
Setakat ini identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti kerana wajahnya yang sudah hancur. Kemudian Azira teringat sesuatu , semalam dia ada menerima sepucuk surat yang mengandungi helaian rambut berwarna perang. Mangsa juga berambut perang. Azira segera pulang ke rumah untuk mengesahkan perkara tersebut
Share this novel