BAB 13

Romantic Comedy Series 25206

Azira, Mirza, Nazafee dan Zafril tiba disebuah rumah lama. Mereka melihat seorang lelaki bertubuh gagah sedang menikam seseorang berkali kali. "Jangan bergerak. Buang senjata anda dan angkat tangan"Nazafee memberikan arahan kepada Daniel yang sedang menikam Qistina.

PAM!

Satu tembakan dilepaskan oleh Mirza keaarah Nazafee tepat di kepalanya. "Fee!"jerit Azira. Zafril terus melepaskan sedas tembakan kearah Mirza dan mengenai dadanya. Daniel yang melihat kakaknya terbunuh segera meluru kearah Zafril. Mereka bergelut, mujur Zafril sempat mencapai pistolnya dan menembak Daniel.

"Fee! Nazafee! Tolong jangan tinggalkan saya, tolong. Saya cintakan awak. Nazafee!"Azira menangis sambil meluahkan perasaannya yang disimpan selama ini. Zafril datang dan terus memeluk Azira. Azira menangis semahu mahunya didalam pelukan Zafril.

*flashback*

"Guys, tengok perempuan tu. Kacau dia nak"Qistina memberi cadangan jahat sambil menunjuk kearah Janna. Mereka menarik rambut Janna dan membawanya kedalam bilik stor di belakang sekolah. Mereka menampar, memukul, memijak Janna tanpa belas kasihan. Mereka cuba menanggalkan baju yang sedang dipakai oleh Janna namun Janna segera menampar muka Qistina. Dia berasa tercabar dan terus menghentak kepala Janna ke dinding. Janna tidak sedarkan diri. Mulut mereka terlopong.

"We..weh Qistina.. Ka.. Kau bunuh dia.."Azwin tergagap gagap. "Weh macam mana ni weh, kita akan masuk penjara!"kata Fiza separuh menjerit.

"Di..diam! Aku ada plan"mereka mengangkat mayat Janna dan meletakkannya didalam kelas mereka.

Kringkring

-kita dah tak boleh bersama, saya nak putus-

Mesej dari Janna membuatkan Daniel pelik, dia terus mencari Janna di sekolah dan menjumpainya terkujur kaku di kelas. Dia cuba menyelamatkan Janna tetapi sudah terlambat. "Aaaargggh"Qistina menjerit seolah olah melihat Daniel sedang mencederakan Janna.

Daniel dimasukkan ke penjara. Kemudian dipindahkan ke hospital sakit jiwa.

"Daniel, lepasni akak dah tak boleh lawat Daniel dah. Akak dah dapat tawaran kerja kat Jabatan Polis yang baru"Mirza cuba menahan air matanya dari jatuh.

"Mak mana? Dah lama mak tak lawat Niel. Niel rindu"kata Daniel sambil melilit jarinya menggunakan benang dengan kuat.

"Mak sihat. Mak rindu sangat dengan Niel. Lainkali akak bawak mak"air matanya tumpah jua. Mirza tidak sampai hati untuk memberitahu adiknya bahawa mak mereka sudah meninggal dunia.

"Eh, mana dia? Mana dia?"Daniel memandang sekeliling seolah olah sedang mencari seseorang.

"Siapa dik? Siapa yang adik cari?"tanya Mirza yang agak pelik.

"Siapa lagi. Jannalah. Janna Niel yang cantik"Niel berkata sambil tersenyum sambil matanya terbeliak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience