BAB 12

Romantic Comedy Series 25206

Qistina dan Intan telah membunuh dua rakan mereka. Ashiqin dan Fiza.. Setelah mendapatkan kunci yang ketiga itu mereka terus membuka kunci dipintu dan berlari keluar dari bilik itu. Hanya ada satu pintu sahaja, mereka terus berlari kearah pintu tersebut dan mendapati diri mereka hanya berada di sebuah lagi bilik. Terdapat satu soket yang telah dirosakkan dibilik itu. Kabelnya terkeluar dan menampakkan arus elektrik masih mengalir. Tiba tiba air mula memenuhi ruangan bilik itu

~tittt

"Tahniah, kamu semua masih lagi selamat. Sekarang kamu semua tengok atas siling tu. Terdapat satu pintu kecil, kamu boleh lalu disana untuk selamatkan diri dari terkena renjatan elektrik. Kuncinya ialah, siapa diatas dan siapa dibawah. Hahahahahahaha"ketawa itu mengakhiri ucapan tersebut. Mereka panik dengan air yang semakin menghampiri kabel elektrik itu.

"Biar aku kat atas! Nanti bila aku dah naik aku tarik kau"Qistina berkata dalam keadaan cemas.

"Kenapa kau? Aku sepatutnya kat atas. Kau tu cuma pentingkan diri sendiri je! Kau takkan ingat aku bila kau dah sampai atas"Intan tidak mahu menjadi tangga Qistina kerana dia tau Qistina akan meninggalkannya.

"Tak! Aku takkan tinggalkan kau! Cepatlah weh, kau tengok air ni dah semakin tinggi"Qistina cemas. Dia takut mereka takkan sempat melalui pintu itu. Akhirnya Intan bersetuju dan membiarkan Qistina memijak badannya untuk naik. Setelah Qistina berjaya sampai keatas, dia menghulurkan tangannya kepada Intan namun tidak sampai. Intan melompat sedaya upaya namun air itu telah pun mengenai kabel tersebut.

Qistina melihat Intan menggeletar akibat renjatan elektrik yang sangat kuat itu. Dia mati dengan mata yang terbeliak. Qistina menangis ketakutan, namun dia terus mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience