Series
25206
Mayat kesemua mangsa telah selamat dikuburkan. Akhirnya misteri pembunuh misteri itu berjaya diselesaikan. Polis polis yang terlibat dalam pemalsuan bukti semasa kes Nur Janna Aisha juga telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman.
"Azira, saya yakin apa yang dah jadi ada hikmahnya. Sabarlah ye. Awak kena tau yang awak sentiasa ada saya"pujuk Zafril. Azira hanya tersenyum paksa kemudian mengajaknya makan di kedai makan berhampiran.
"Zafril, awak nak kahwin dengan saya?"soalan Azira itu telah membuat Zafril tersedak dan terbatuk batuk. Dia seakan tak percaya dengan apa yang baru dikatakan oleh Azira.
"Hmm kalau saya kata nak?"Zafril tersengih sengih macam kerang busuk.
"Kalau awak nak, bawaklah keluarga awak jumpa keluarga saya"sengihan Zafril makin menjadi jadi. Penat pipi dia dari tadi asyik tersengih je.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan , tapi yakinlah bahawa perancangan Allah itu sangat indah ..
Patah tumbuh , hilang berganti..
Share this novel