BAB 4

Romantic Comedy Series 25206

Tiada siapa yang mengetahui bahawa Azira mempunyai suatu kelebihan yang istimewa iaitu dengan hanya menyentuh sesuatu objek dia dapat mengimbas kembali perkara yang berlaku semasa objek tersebut disentuh oleh seseorang. Itulah yang membantu Azira menyelesaikan kes kes yang sukar selama ini.

Azira mencari jika terdapat objek objek yang mungkin telah disentuh pembunuh tersebut. Kemudian Azira terlihat sebatang rokok tidak jauh dari tempat kejadian, Azira kemudiannya menyentuh rokok tersebut ..

***
Seorang lelaki memakai kot hitam , berkaca mata dan menutup mukanya menggunakan mask. Dia mengeluarkan sebatang rokok sambil merenung tajam kearah sekujur tubuh yang berada dihadapannya. Dia kemudian menyalakan rokok tersebut dan memasukkan rokok yang menyala itu ke dalam mulut mangsanya , yang masih hidup dan sedar. Perempuan tersebut menjerit menahan kesakitan yang amat sangat. Lelaki tersebut gelak penuh kebencian dan puas hati. Dia mengeluarkan rokok tersebut kemudian meludah ke mulut perempuan yang sudah tidak bermaya itu.

***
Azira kemudian memasukkan bahan bukti tersebut kedalam bekas. Mudah mudahan bukti itu dapat membantu kes ini untuk maju kehadapan.

Ringringring....

Bunyi deringan telefon itu menghentikan lamunan Azira.

"Helo, ada apa apa perkembangan ke?"Tanya Azira yang agak terkejut dengan bunyi deringan tiba tiba tu. "Ins.Azira , kami dah faham ayat ayat dalam surat tu. Tolong balik ke pejabat segera ye"Nazafee berkata dengan penuh teruja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience