Series
25206
Sampai je di rumah Azira, Mirza ternampak sepucuk surat diletakkan diaatas rak kasut Azira. Mirza mengambil surat itu dan membawanya masuk ke rumah. Mirza menunjukkan surat itu kepada Azira. Mereka sama sama duduk dan membuka surat itu. 'HAHSIA HANAHIAR' disertai dengan kuku manusia yang masih berdarah. Mereka terkejut. Itu bermakna.....
"Azi kalau kita terbalikkan, bacaan dia 'AISHAH RAIHANA'. Kita kena cari tau siapa dia dan selamatkan dia!"Mirza risau kemungkinan keesokan hari akan ada mangsa baru.
"Kalau betul ada mangsa baru, dah tak sempat. Orang gila ni mesti dah kidnap dia awal awal. Kalau tak mana datangnya kuku manusia ni pulak. Berdarah lagi means baru lagi. Tadi awak datang ada nampak sesiapa yang mencurigakan tak ?" Azira berasa kecewa. Dia kecewa kerana esok mungkin mereka akan menjumpai mangsa baru pula.
"Betul jugak apa awak kata tu. Tak saya sampai je memang takde sape kat luar rumah awak"Mirza hampir hampir menangis melihat kuku tersebut. Sedangkan kalau potong kuku luka sikit pun sakit, inikan pula keseluruhan kuku dicabut. Mereka segera membawa kuku-kuku tersebut ke makmal forensik.
Malam itu mereka tidak tidur memikirkan apa sebenarnya motif pembunuh itu melakukan semua ini. Dendam ? Gila ? Saja ? Apa pun motifnya, orang gila itu harus ditangkap dengan segera.
"Mirza, esok tolong cari kalau ada sesiapa yang buat report polis kehilangan anak perempuan yang bernama Aishah Raihanah"Azira merasakan seperti kedua dua mangsa ini mempunyai kaitan antara satu sama lain. Dia hanya perlu mencari apakah kaitan itu.
***
"Aaaarrgghhh"Raihana menjerit kesakitan. Kulit kakinya dilapah kemudian garam ditaburkan diatas kakinya. Giginya dicabut satu persatu menggunakan playar. Kemudian pencungkil gigi dicucuk kedalam gusinya. Buah dadanya dipotong dan diletakkan di celah kaki. Raihana mati dalam keadaan mulutnya terlopong dan matanya terbeliak menandakan dia mati dalam keadaan yang sangat menyakitkan.
Share this novel