Bab 14

Vampire Completed 7353

Kedengaran suara burung yang sedang berkicau di pagi hari.

"Ah! ( mengeram sakit) " -Zell

Zell yang terjaga dari pengsannya semalam melihat lukanya telah dirawat oleh Carla. Dia melihat Carla di tepi bawah kanan sofanya lagi tidur menyandar di sofa. Zell bangun mendukung Carla dan membaringkan dia di sofa.

"Carla... Saya rindukan awak.. (sambil mengusap pipinya Carla) " -Zell

"Zell? Awak dah oke ke? Luka awak macam mana? Apa yang dah--" -Carla tersedar dari tidurnya

"Shush.. Saya oke... Thanks sebab rawat luka saya.. " kata Zell

"Apa shush³..awak ingat saya boleh tenang tengok awak dengan berlumuran darah semalam? Awak tahu tak bahaya kalau awak kehilangan banyak darah? Awak tahu tak yang--" -Carla

Zell menarik bahu Carla dan memeluk Carla. Dia menceritakan semua pada Carla apa yang berlaku di istana. Carla terkejut mendengar semua itu Tapi dia bersyukur yang Zell selamat.

Jam menunjukkan waktu hampir malam. Carla menyuruh Zell mandi dan selepas mandi turun ke bawah untuk sarapan. Carla yang lagi sibuk memasak melihat Zell masih belum turun.

Dia mematikan api dapurnya dan naik untuk periksa keadaan Zell. Dia tidak sempat lagi membuka pintu biliknya Zell dah muncul depan matanya.Zell cepat-cepat memegang pinggang Carla.

Zell kaku melihat kecantikan Carla. Carla cepat-cepat berdiri dan dia tergagap mengajak Zell untuk turun ke bawah.

"J-jom turun makan.. Saya dah siap masak.. " kata Carla dengan muka yang merah

Mereka duduk di meja dan mula makan nasi goreng ayam yang dimasak oleh Carla. Sementara itu TING TONG! loceng rumah Carla berbunyi. Carla bangun berjalan ke pintu rumahnya untuk lihat siapa yang datang.

"Hai Carla! " - Deo memeluk Carla dengan perasaan gembira dapat berjumpanya

"Ah? Hai.. " - Carla

"Eh? Macam mana korang tahu aku ada dekat sini?.. " tanya Zell

"Aku tahu pada malam sebelum kau nak lari tu.. Aku cuba nak masuk bilik kau tapi aku terdengar kau cuba untuk larikan diri nak datang ke sini... " -Liam

"Sebab itu lah aku tahu kau kat sini.. Tapi aku biarkan saja.. " kata Liam

"Ehh dah lah jom masuk.. Sejuk kat luar ni.. " kata Carla

"Carla! Awak semakin cantik kan sekarang? Saya rindu sangat-sangat dekat awak... Rindu!" kata Deo dengan manja yang memeluk lengan Carla

"Hehe. Saya pun rindu sangat-sangat dekat Deo.. Rindu!." kata Carla dengan membuat muka manja pada Deo

Liam dan Zell tercengang melihat adegan manja Deo dengan Carla. Liam dan Zell cuba membuka topik lain dari melihat aksi mereka.

"Carla awak tak nak kembali semula ke? " tanya Liam

"......." Carla senyap bila dipertanya untuk kembali semula ke istana kerana dia masih teringat masa lalu

Sesudah sahaja mereka makan. Jam menunjukkan sudah tengah malam. Deo, Liam dan Zell sudah tidur. Carla masih lagi tidak tidur dia duduk di kerusi bulat yang seperti bola. Dia memikirkan tentang kata-kata Liam tadi. 2

"Um.. Macam mana aku nak kembali kalau aku masih teringat tentang itu.." kata Carla

Knock! Knock! Knock! Ketukan pintu biliknya membuatkan Carla terkejut.

"Carla?..awak.. Dah tidur ke? " tanya Zell

"Be-belum masuk lah.. " pelawa Carla

Zell masuk setelah diizinkan oleh Carla.

"Ada apa Zell? Kenapa tak tidur? " tanya Carla

"Saya... Tak boleh tidur.. " kata Zell

"Saya ada sesuatu nak bicarakan pada awak.. " kata Zell sambil duduk di depan Carla

" apa yang awak nak cakap? " tanya Carla

Zell memberitahu tentang apa yang terjadi tahun lepas. Dia tidak sengaja untuk menghalau Carla begitu. Dia melakukan begitu kerana inginkan Carla selamat.

Dia bersalah sebab membuat keputusan yang bodoh sekali. Dia tidak sangka akan terjadi begitu. Zell memegang tangan Carla lantas dia meminta maaf soal itu.

"Maafkan saya.. Dan pulang lah kembali.. " kata Zell

"saya nak fikirkan dulu esok pagi saya beritahu.. " kata Carla bangun berjalan ke katilnya

Zell keluar sejurus mendengar kata-kata carla. Dia akan menunggu esok pagi apa jawapan yang diberi oleh Carla.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience