Bab 1

Vampire Completed 7353

...Di rumah...

"Letihnya pagi nih rasa... Nasib baik aku cuti hari nih.. "

"Asal ehh badan tak sedap semacam nih...baik aku makan ubat sebelum teruk pula jadi nye.. "

Carla bangun ke dapur mencari ubat tahan sakit. Dia membuka laci dan menjumpai ubat yang dia inginkan. Selepas makannya dia membaringkan badannya di sofa yang lembut.

Mata nya yang berwarna biru laut itu mula merasa berat. Dia mula menguap. Perlahan-lahan mata nya mula gelap. Dalam 5 minit kemudian dia mula bermimpi sesuatu.

Dahinya berkerut dan badannya mula berpeluh. Di dalam mimpinya itu dia bermimpi sesuatu yang sangat pelik

" Ehh aku kat mana nih!! Kenapa aku boleh berada di kawasan hutan nih. .. "

" Apa kah itu?... "

Kelibat badan seseorang mula datang ke arahnya. Lelaki itu datang dan menyentuh muka Carla dengan lembut sekali.

Carla terus terjaga setelah loceng rumahnya berbunyi.

Ting tong!

Carla bergegas bangun dengan mata yang letih dan muka yang pucat. Dia membuka pintunya dan dilihatnya tiada sesiapa di luar rumahnya.

Dia memandang ke bawah dan dilihat ada sebuah kotak bersama nota di atas kotak itu. Dia mengambilnya dan tertanya-tanya apa di dalam kotak ini dan siapa yang menghantar.

Dia membaca sehelai nota itu dan nota itu hanya bertulis satu perkataan iaitu "Open" Carla terus membukanya. Dia melihat kotak itu hanya terdapat satu bunga Ros dan nota lagi.

Tapi nota ini bertuliskan panjang dari yang tadi.

*" Dear Carla,

Awak dijemput untuk menghadiri ke majlis tarian kami di sebuah bandar iaitu Istana Zellarkon. Awak akan diambil dengan sebuah kereta pada jam 10 malam ini. Pastikan awak hadiri majlis ini

? sekian,

"Ehh! Majlis ape lak nih? "

"Aku dah lah tak sihat ada juga yang undang aku.. Tapi siapa yang mengundang aku nih? Nama penulis nota nih tak ada pula.. "

" Patut ke ehh aku pergi... Umm apa kata aku pergi lah mana tahu dapat jumpa jejaka idaman ke nanti hihihihi"

Carla masih ada 2 jam untuk bersiap ke majlis tari menari itu. Dia mula bersiap untuk ke majlis itu.


BERSAMBUNG

Share this novel

Mas Lan
2022-07-01 23:27:09 

best la ☺️

Mas Lan
2022-07-01 23:26:46 

ade tak lagi cerita yg awk buat?


NovelPlus Premium

The best ads free experience