Bab 16

Vampire Completed 7353

"Puteri! Bangun! " -kejut Koci dengan sayapnya mengibas

"Haaa! Oh no! Saya dah janji nak ikut Liam bersama ke Garden Park. Koci kenapa tak kejut saya awal pagi. Tengok dah lewat.

"Aih.. Puteri saya dah kejut pagi lagi dekat 10 kali dah.. Puteri asyik cakap 10 minit.. " -Mengeluh koci

Carla bersiap-siap untuk ikut Liam. Dia berharap yang Liam tidak tinggalnya lagi. Sampai ke pintu dia terkejut melihat Liam depan matanya. Mata memandang mata.

"Dah siap?.. " -tanya Liam

"Ha? Haah.. Dah.. " -Carla

Liam dan Carla turun ke bawah dan berjalan ke kereta. Mereka berdua bergerak ke tempat yang diperkatakan semalam. Sesudah 1 jam memandu akhirnya mereka sampai.

"Wah!.. Cantiknya.. Hehe.. " -senyum Carla gembira

"Liam! Cantiknya.. Awak ke yang tanam semua nih? " -tanya Carla

"Haah.. Saya yang tanam.. " -jelas Liam

Liam tersenyum melihat kelakuan Carla yang tak henti-henti terpegun dengan suasana kawasan ini.

"Eh? Bunga apa nih Liam? " -tanya Carla

"Oh itu bunga saya panggil Bunga Cinta.." -jelas Liam

"Bunga Cinta? " -Carla

"Yea sebab bunga ini pernah dikatakan seorang Vampire jatuh hati pada seorang manusia.. Seorang manusia itu suka pada bunga ini dan dia sering beri bunga ini pada Vampire itu.. " -cerita Liam

"Manusia itu menamakan bunga ini bunga cinta.. Kerana dia pertama kali menanam bunga ini.. " -kata Liam

Carla mengangguk faham apa yang Liam cerita. Dia terpesona dengan ceritanya. Sambil bercerita bersama.Liam meminta Carla untuk menyiram bunga bersama.

Mereka menyiram semua bunga. Tak sengaja Liam terpercik air ke arah Carla. Carla membalas kembali kepada Liam.Mereka berkejaran dengan menyembur air ke satu sama lain.

Tidak sengaja tersadung pada wayar air. Liam terjatuh ke arah Carla. Dengan itu mata memandang mata bersama. Liam segera bangun dari Carla.

"Um.. A-awak tak apa-apa? " -tanya Liam malu

"Um.. Saya oke "-Carla

Carla seperti mahu tercabut jantungnya bila melihat muka Liam yang hensem itu dekat dengan mukanya. Mereka mencepatkan kerja mereka supaya mereka boleh pulang.

"Carla..dah jom kita balik. " -Liam

Mereka pulang ke rumah setelah siap membersihkan kawasan Garden Park. Carla yang kuat bekerja lena sejenap. Liam memandang ke bibir merah Carla.

Dia seakan mahu mendekatkan bibirnya ke bibir Carla. Tidak sengaja Koci datang pada mereka. Akhir sekali Liam mendukung Carla ke bilik tidur Carla.

Zell yang baru keluar dari biliknya melihat Liam mendukung Carla ke bilik. Dia segera masuk sekali ke bilik Carla.

"Baru balik ke?. " -tanya Zell

"haah..Carla sampai tertidur penat sangat. " -Liam

"Oke.. Kau boleh keluar.. Aku nak cakap sikit dengan Carla " -cakap Zell

Liam keluar dari bilik Carla. Zell mendekati sebelah Carla. Dia menyelak rambut Carla untuk melihat muka Carla yang cantik manis itu.

"Uh! Uh hek! (batuk) Awak d-dah sedar? " -terkejut Zell

"Saya tidur ke? " -tanya Carla

"Um.. Awak tidur.. Liam dukung awak ke bilik.. " -cakap Zell

Carla turun untuk salin baju. Tak sengaja kakinya tersadung pada kaki Zell. Dia terus terjatuh di dakapan Zell. Carla terkaku dengan wajah Zell.

Mereka tidak berganjak satu sama lain kerana terpaku dengan wajah masing²


BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience