Bab 13

Vampire Completed 7353

*1 tahun kemudian*

"Carla tolong ambil order di meja 10" jerit seorang pelayan

"Baik" -Carla

Sudah setahun aku tidak melihat mereka lagi. Apa mereka sihat.?um Peduli apa aku fikirkan mereka lagi. Mereka juga mesti tidak memikirkan aku. Aku masih ingat kata-kata Zell.

Aku tidak faham apa yang telah menghasut Zell berubah begitu. Tapi kenapa ? Apa aku yang salah sebab muncul di dalam hidup mereka. Aku sangat berharap yang mereka sihat.

*Di istana*

Bukkkkk! ( pukulan ) terdengar suara yang menyakitkan dan jeritan kesakitan. Sekumpulan Vampire suruhan Lio datang ke istana untuk membunuh Liam bersama Zell.

Zell dan Liam melawan mereka sampai lelah. Dengan lagi peka melawa, Zell tidak perasan belakang dia ada yang ingin menikamnya. Dia berpaling ke belakang tapi tidak sempat menghalangi.

"Ahhgg...." - Zell

"Zell !! " jerit Liam

Liam melibas pedangnya ke Vampire itu hingga mati. Zell tumbang dengan berlumuran darah yang banyak. Dia ditikam di bahagian perut kanannya ketika dia berpaling ke belakang.

"Tolong! Deo! Zell bertahan kita akan rawat kau.. Yang lain tolong selesaikan mereka.. " jerit Liam

Liam mengarahkan pegawai mereka menyelesaikan. Mereka mengangkat Zell ke bilik rawatan. Zell semakin lemah kerana kehilangan banyak darah.

Liam menyuruh doktor mereka merawat Zell. Liam dan Deo kembali ke tempat peperangan mereka.

2 Jam telah berlalu. Peperangan itu sudh selesai. Zell yang cedera kelihatan sedang berehat di biliknya. Dia masih tidak bangun kerana kehilangan banyak darah.

*Di rumah Carla*

Pukul 9 malam sudah Carla yang baru pulang dari kerjanya duduk merehatkan badannya yang penat itu. Dia baring sebentar untuk melegakan sakit kepalanya kerana penat bekerja.

Matanya mula lelap. Dalam melelapkan matanya dia bermimpi sesuatu berlaku pada Zell. Dia melihat Zell berlumuran darah yang banyak.

"Ahhh.. M-Mimpi.. " -Carla

Carla tersedar dengan mimpi itu badannya berpeluh akibat terkejut. Dia melihat jam menunjukkan pukul 10 malam. Dia berasa tidak sedap hati dengan mimpinya itu.

Carla naik ke biliknya untuk mandi. Kemudian dia akan masuk tidur. Dia harap tiada apa yang berlaku pada Zell.

*Di istana*

" Zell kau oke tak? Syukurlah kau dah sedar.. " - Deo

Zell sudah buka matanya. Dia masih lagi rasa lemah dan muka yang pucat. Dia cuba untuk bangun nak duduk menyandar.

"Berapa lama aku tak sedar? " tanya Zell

"Kira-kira 5 jam lebih dah.. " jawab Deo

Zell merenung memikirkan Carla. Dia berasa sangat sunyi selepas menghalau Carla. Dia mengambil keputusan untuk keluar sebentar. Dia akan keluar pada tengah malam nanti.

Jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Zell mencapai baju hoodie dia berwarna putih bersama seluar hitam. Dia terjun dari tingkapnya dan berjalan untuk ke rumah Carla.

Selepas 1 jam berjalan dengan kesakitan di perutnya. Dia akhirnya sampai di rumah Carla. Dia berdiri di luar rumah Carla memandang ke arah jendela bilik Carla

"Ahh sejuk nya.. Umm aku nak buat apa 1 minggu nih.. Boring lah.. " Carla

Carla berjalan menghampiri tingkapnya sambil mengeringkan rambutnya yang panjang itu. Dia terhenti sebentar melihat seseorang di luar rumahnya.

"Zell? " - Carla

"Ca-Carla.. " -Zell

Zell pengsan akibat kesakitan di lukanya itu. Carla terkejut melihat Zell pengsan di luar. Dia segera lari turun keluar untuk lihat Zell.

"Zell ! Awak oke tak.. Da-darah? Zell ! Kenapa nih! " jerit Carla

Carla cuba untuk mengangkat Zell masuk ke dalam rumah untuk mencuci darah di perut Zell. Carla melihat Zell yang lagi luka membuatkan dia mahu menangis. Dia tidak tahu apa yang terjadi pada Zell sebenarnya.


BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience