Pukul 10 tepat Carla terus turun ke bawah dengan bergaun purple gelap. Rambut nya dilepaskan. Memakai kasut high heels white.
Dia membuka pintu rumahnya dan dilihatnya kereta Vellfire berwarna hitam berada di jalan depan rumah nya. Dia berasa terkejut dengan kereta mewah itu.
Ada seorang pemandu yang berdiri di pintu kereta. Carla menghampiri dan pegawai itu membuka pintunya. Dengan sopan Carla telah masuk ke dalam kereta.
Kereta vellfire mula bergerak untuk ke destinasi. Jantung Carla berdebar kerana takut dia tidak pernah rasa setakut ini untuk ke majlis itu.
Sebab apa sebab dia tidak pernah dapat undangan begini. Kawan pun tak ada saudara pun tak ada apa lagi jiran dekat pun tak ada.
Sementara menunggu Carla melihat di luar tingkap. Tempatnya gelap dan banyak pokok besar di sisi jalan. Carla terlihat sebuah istana yang menyala dengan lampu-lampu.
Istana itu cantik bila malam tapi bila tengah hari mungkin akan kelihatan menakutkan. Dia berhenti di depan pintu istana.
Pemandu itu membuka pintu kereta Carla keluar dari keretanya. Dia berdebar. Sementara itu dia tidak sedar ada yang melihatnya dari jauh.
...Di dalam bilik istana seseorang...
" Nampaknya kita ada tetamu yang istimewa datang ke istana kita.. " jawab seorang jejaka
" Betul kah? Dia orang yang kita tunggu selama 5 tahun ini?.. " jawab lagi seorang lelaki kedua
" tunggu apa lagi jom kita layan tetamu kita dengan baik.. " jawab lelaki ketiga dengan senyum
...Di ruangan istana...
"ish macam mana nih.. Aku tak biasa lah seorang diri.. Menyesal pula aku datang.. " carla menghentak kaki kanannya dengan perlahan
Dia melihat kawasan istana itu. Dia tidak sangka rupanya ramai tetamu yang datang tetapi siapa mereka semua ini. Cara mereka berpakaian sangat cantik.
Muka mereka putih sangat dan mata mereka lain dari yang lain. Carla mula berasa takut. Tanpa melengahkan masa dia mengambil keputusan untuk pulang segera.
Carla berjalan untuk keluar dari sini tetapi tangannya ditarik oleh seseorang dan dia ditarik hingga rapat di dada seorang lelaki itu.
Carla melihat wajah lelaki itu. Matanya berwarna merah dan mukanya putih. Tangannya sejuk seperti mayat. Mukanya sangat hensem dengan hidung yang mancung.
Carla tersedar dan dia menepis lelaki tadi.
"Si.. Siapa awak? "
" Hai Carla.. Gembira jumpa awak.. " jawab lelaki itu
" Macam mana awak tahu nama saya?..siapa awak? " tanya Carla
"Maafkan saya yang lupa nak kenalkan diri... Kenalkan saya Zell.. Putera ke-1.. "
*"Putera?... "* katanya Carla dalam hati
" Jadi awak ke yang jemput saya datang sini? Tapi apa kaitannya saya dengan kerabat diraja awak ini?.. " tanya Carla
"Awak sangat istimewa bagi kami bertiga.. " jawab lelaki lain
" Hai Carla kenalkan saya Deo putera ke-3 .. Umm wanginya bau awak.. Awak pakai perfume bunga ros ke.. "
" Kenalkan saya Liam.. Putera ke-2.. " sambil mengucup tangannya Carla
"Se.. Selamat berkenalan.. Tapi saya masih tak faham apa maksud semua ini? " tanya Carla
Ketiga-tiga putera ini pandang antara satu sama lain dengan senyuman yang aneh. Carla tidak berasa sedap hati dengan mereka. Carla mengambil keputusan untuk segera pulang.
"Um.. Saya nak pulang dahulu.. Saya ada hal.. Maafkan saya.. " kata Carla dengan gugup.
Pintu di belakang Carla terus tertutup dan terkunci. Carla cuba membukanya tapi tidak boleh. Dia mula menggigil ketakutan dengan mereka.
Salah seorang dari mereka menarik tangan Carla iaitu Liam. Dia membawa Carla ke bilik tidur di tingkat 2. Carla dimasukkan ke sana.
Carla tidak tahu apa yang berlaku. Dia ingin larikan diri tapi tidak boleh. Dia mencari sesuatu di dalam bilik itu. Kemudian ada satu suara yang bercakap dengannya.
" Apa yang kamu carikan itu wahai gadis cantik? "
"Si.. Siapa yang bercakap itu..? "
"pandang belakang awak kalau awak berani tengok saya.. "
Carla memusingkan badannya dan lantas dia melihat seekor burung hantu bercakap denga Carla. Lantas Carla menjerit terkejut dan pengsan.
" Oh no!! .. Apa yang aku dah buat.. Kalau putera tahu mati lah aku... " kata burung hantu
"Apa berlaku nih? " tanya Zell
"Putera Zell.. Maafkan saya.. Saya hanya menegurnya sahaja.. Tapi tidak tahu pula dia akan pengsan.. " kata burung hantu
Putera Zell mengangkat Carla dan diletakkan dia ke atas katil yang empuk dan besar. Carla dibiarkan rehat hingga dia sedar.
BERSAMBUNG
Share this novel