Bab 6

Vampire Completed 7353

Vampire itu membuka mulutnya dan taringnya keluar untuk meminum darah Carla.

"Zell.. Tolong..! " kata Carla dalam hatinya dengan takut

"Berhenti!!.. " jerit suara Zell dari belakang

Bukkkk!

Liam memberi satu pukulan pada perut Vampire itu.

"Carla.. Awak oke tak..? " tanya Zell dengan cemas

"umn saya oke... Siapa lelaki itu? " tanya Carla

"Dia... Keturunan Vampire yang inginkan darah manusia... Lebih-lebih lagi kamu.. " kata Zell

Carla bingung apa yang dikatakan oleh Zell. Dia cuba berdiri untuk bangun. Kelihatan kakinya sedikit seliuh.

"Wah.. Zell.. Deo.. Liam.. Lama tak jumpa? Macam mana korang sekarang? Hemgh.. Nampaknya korang yang sempat dapatkan dia ehh.. " kata vampire itu

"Diam lah kau Lio kau tak berhak bercakap dengan aku begitu... Kau patut hormat pada putera.. Jangan ingat kau selepas dilepaskan oleh ayh kami.. Kau boleh lakukan apa-apa sahaja... " jelas Liam

"hemgh.. Mesti si cantik ini dah tahu apa yang dia bakal lakukan kan? Kenapa dia istimewa kan? " kata Lio

"Tunggu... Apa maksud dia? Zell? Liam?.. Deo.. Apa yang kamu bertiga belum beritahu pada saya? " tanya Carla dengan perasaan ingin tahu

"Sedih.. Nampaknya korang tak beritahu lagi... Ck ck ck.. Tak patut.. " kata Lio

"Atau aku patut katakan?... Si cantik mesti rela kan untuk korbankan jiwa kamu ke salah satu dari mereka yang kamu akan cintakan?.. " kata Lio

"Korban? Jiwa? Cinta? Apa maksud kamu? " tanya Carla

"Hemgh.. mereka bertiga adalah Putera yang mencari seorang puteri yang mempunyai jiwa yang suci.... ramai yang telah memburu awak Carla.. mereka ingin menjadikan awak isteri kepada mereka untuk meminum darah awak yang suci..."kata Lio

" apa..! Isteri? Darah?... Tapi untuk apa!? " tanya Carla dengan marah

" Mereka ingin menjadi seorang raja untuk memerintah seluruh kaum vampire yang ada di sini... Hemgh.. Tapi kalau aku juga rasa nak darah kau.." kata Lio main-main

Carla sedih mendengar kata-kata yang diperkatakan oleh Lio. Dia tidak sangka Zell Deo dan Liam membohongi Carla. Dia sepatutnya beritahu dengan terperinci. Bukan dengan menipu.

"Saya... Nak balik... " kata Carla dengan sayu

"Carla.. Saya.. " jawab Zell

"Jangan! Saya cakap.. Saya nak balik.. Faham.. " terjah Carla

Carla jalan dengan kakinya yang sakit. Dalam berjalan matanya mula berair. Dia menahan untuk seketika.

Zell senyap melihat keadaan ini. Dia tidak sangka ini yang terjadi. Dia bukan tidak mahu memberitahu cuma ingin melindungi Carla. Bila waktu yang tepat dia akan beritahu segalanya.

Akhirnya selepas 1 jam berjalan dengan kaki yang sakit. Carla selamat sampai di rumahnya. Dia masuk ke rumahnya. dan membuka almari di dapur untuk ambil kotak kecemasan.

Dia duduk di sofa ruang tamu dan menyapu minyak pada kakinya dan dibalut untuk seketikanya. Beberapa minit kemudian Carla terlelap di sofanya itu.

Dia merasa ada seseorang yang mengusap pipinya dengan lembut. Bila matanya terbuka rupanya hanya mimpi sahaja tapi dia merasakan seakan benar.

"Mimpi? Um.. Kenapa rasa seperti benda itu baru berlaku. " tanya Carla dengan muka yang letih


BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience