"kurang ajar..! " kata Zoey
"ahhhh! "jerit Carla
Kejadian tak diinginkan membuatkan Carla tercedera. Zoey tidak tahu mahu lakukan apa tapi ianya buat hati nya malah senang melihat Carla jatuh.
"Hmgh.. Padam muka kau Carla.. Aku harap kau mati..haha jangan harap kau boleh dekat dengan Zell.. " ketawa jahat Zoey
Carla cuba untuk berenang naik ke permukaan tapi kakinya kejang dan membuatkannya susah untuk berenang. Apa akan terjadi pada Carla.
"Zoey..? Apa awak buat dekat sini? " tanya Liam
"Ehh.. Li-Liam.. Saya.. Cuma ambil udara segar saja kenapa?.. " tanya Zoey untuk hilangkan curiganya
"Oke.. Carla mana? Saya tak nampak dia di khemah tadi.. " tanya Liam
"Entah lah.. Mungkin dia ada kot pergi tengok-tengok kawasan hutan nih.. " tipu Zoey
Liam mengangguk sahaja. Dia kembali ke khemah setelah Zoey berkatakan begitu. Carla turut kembali ke khemahnya untuk menghilangkan rasa curiganya.
"Deo.. Zell mana? Kau sorang je ke?.. " tanya Liam
"Ha² ..Zell cakap dia nak pergi ambil angin kejap selepas bangun tidur tadi.. " kata Deo
Mereka bertiga tunggu Zell dan Carla kembali ke khemah. Kerana mereka harus pulang ke istana mereka kembali untuk buat kerja mereka sebagai putera.
"Putera Liam... " tegur Koci
"Ada apa Koci? " jawab Deo
"Putera Zell arahkan kamu semua pulang ke istana dulu sekarang.. Dia ada hal sikit nak buat.. Dia cakap dia akan pulang bersama Carla nanti.. " kata Koci yang diperintah oleh Zell
"Memangnya ada apa Koci?..bukan ke kita patut duduk sini 1 hari lagi? " tanya Zoey
Koci menggeleng kepalanya yang bulat gebu itu tidak tahu kenapa. Tanpa berlengah lagi. Liam menyuruh pengurusnya mengemas barang.
Mereka mengemas dan memasukkan alat dan barang mereka ke dalam bonet kereta. Mereka terus bergerak pulang ke istana. Tanpa Zell dan Carla
...Di hutan...
"Carla.! Awak di mana! Carla! " jerit Zell
"Tuan puteri?! Di mana awak! Jawab lah! " jerit Koci juga
"Koci betul ke apa yang awak katakan ini? Betul ke Carla ditolak jatuh ke dalam air terjun nih. " tanya Zell
"Betul putera saya sendiri yang nampak dengan mata saya.. " jujur Koci
...Sebelum kejadian...
"Apa! Puteri Zoey dengan puteri Carla bergaduh.. Nih tak boleh jadi aku harus beritahu pada putera Zell.. " kata Koci
"Puteri Carla! " jerit perlahan Koci melihat Carla ditolak oleh Zoey
Koci segera pergi ke khemah Zell untuk beritahu hal tersebut.
"Putera Zell! Bangun! Kita ada masalah.. " cakap Koci
"Ish apa Koci saya nak tidur lah.. " kata Zell
"Puteri Carla! Dia ditolak oleh Zoey jatuh dari tebing air terjun.. Kita kena selamatkan Carla.. " kata Koci
"Apa!? Betul ke apa awak kata nih Koci?! " tanya Zell terkejut
Koci mengangguk berkata benar. Zell menyuruh Koci untuk beritahu pada mereka suruh pulang dahulu segera. Dan dia akan pergi ke tepi air terjun untuk cari Carla.koci menurut perintahnya.
...Di kawasan air terjun sekarang...
"Baiklah Koci awak cari di sebelah sana.. Saya cari di sekitar tepi air terjun ini.. " kata Zell
Mereka usaha mencari Carla. Zell kelihatan cemas mendengar kejadian ini. Dia tidak tahu apa yang telah berlaku dengan Zoey dan dia.
Mereka teruskan mencari. Dalam masa 1 jam Zell melihat satu tubuh badan di seberang air terjun di kirinya. Dia segera berlari ke sana.
"Carla.! Carla! Bangun! Awak oke tak! " kata Zell
Zell melihat Carla yang basah kuyup dan badannya kesejukan dan semakin pucat. Dia tidak bernyawa. Zell cuba membuat pernafasan mulut kepada Carla.
Dia menekan dadanya Carla supaya air yang ditelan Carla keluar. Tapi tidak ada kesan pergerakan lagi dari Carla. Apa Carla masih selamat?
BERSAMBUNG
Share this novel