Carla Zell dan Liam balik ke istana untuk kebumikan Deo. Setelah mereka tanam Deo. Liam dan Zell naik ke bilik mereka.
Carla yang baru sudah habis mandi. Cuba untuk menyapa mereka berdua. Carla pergi ke bilik Liam dan terlihat Liam sedang bersandar di kerusi.
"Liam? Awak oke? " -tanya Carla dengan suara sayup
Liam menarik tangan Carla dan memeluknya erat sekali.Carla hanya membiarkan saja sebab dia tahu Liam perlukan peneman di sisinga.
"Saya simpati atas Deo.. Maafkan saya Liam " -cakap Carla
"Saya... banyak buat salah dengan Deo. Sebagai abang saya gagal lindungi dia." -sebak Liam
Carla menepuk lembut bahu Liam untuk menenangkan dia. Selepas 2 jam memujuk Liam. Akhirnya Liam lena kepenatan dan Carla kembali ke biliknya.
"Ah! Zell! " -terkejut Carla dipeluk Zell
"Saya nak tidur dengan awak malam ni boleh? " -tanya Zell sedih
Carla hanya menuruti saja. Dia tak sampai hati nak menolak dengan keadaan Zell yang lagi sedih. Jam dah tengah malam. Carla yang masih terjaga melihat muka Zell.
"Maafkan saya.. Ni semua salah saya.. Sepatutnya saya turut apa yang Corner mahukan.. Dan Deo tak kan mati disebabkan ni.. " -bisik Carla dalam hati
*Pukul 8.45 pagi*
"Ugggh.. Morning Carla..Aikk mana pula dia pergi ni? Jangan cakap... " - Zell lari turun ke bawah untuk periksa sama ada Carla lari lagi atau tidak
"Hai Zell morning.. Awal awak ba... " -tegur Carla yang habis dari dapur lantas Zell peluknya tanpa habis percakapan
"Tolong jangan hilang kan diri..saya tak nak kehilangan awak.. " -peluk Zell
"Ishh saya tengah buat sarapan saja lah.. Saya tak tinggal awak.. Saya janji.. " -kata Carla
Liam yang baru bangun tidur turun pergi dapur. Dia tidak menegur mereka pun. Carla hanya diam saja dan mereka mula melahap makanan hingga kenyang.
"waktu petang*
Knock knock knock
"Carla? Boleh saya masuk? " -tanya Liam
"kejap..tunggu 5 minit jap.. " - jerit Carla
"Oke dah.. Awak boleh masuk.. " -kata Carla selepas 5 minit
"Hey saya nak cakap sesuatu dengan awak boleh.." -tanya Liam
"Boleh apa dia? " tanya Carla
"Se-sebenarnya sa-saya dah lama su..ka awak Carla.. Saya sayang awak.. " -cerita Liam
Carla terkejut bila Liam turut sukakannya tapi dia hanya ada perasaan pada Zell. Carla masih ingat lagi yang Zell menciumnya. Dia mendekati Liam dan peluknya.
"Liam.. Saya minta maaf.. Tapi saya ada perasaan pada Zell.. Saya hanya anggap awak sebagai kawan baik saya.. Tak lebih pun dari tu.. " -jujur Carla
Liam sedih mendengarnya dan dia menolak Carla peluknya. Dan keluar dari bilik. Carla tidak tahu apa yang dia harus lakukan seterusnya.
BERSAMBUNG
Share this novel