Bab 6: Abraknight vs Ebera 1

Fantasy Series 2094

Perasaannya berbelah bahagi. Dia harus menyelamatkan ibu dan Kakaknya. Dia harus beri apa yang Eskobar mahukan. Permata Emblem.

"Baiklah, aku bersetuju." Balas Harapan dengan terburu-buru.

Askuvali terkejut. Nyawa kaum Matak bergantung kepada permata itu. Harapan sanggup mengorbankan bandar Matak kerana dua orang manusia. Dia tidak boleh membiarkan saja Harapan setuju dengan permintaan Eskobar. Dia harus memujuk Harapan.

"Bagaimana dengan kaum Matak? Mereka semua akan mati jika permata emblem jatuh ke tangan Makhluk durjana ni!" Jarinya menunjuk ke arah Eskobar.

Eskobar hanya tersenyum licik. Harapan tidak akan berubah fikiran. Kedua-dua manusia ini amat disayangi Harapan. Sepertinya dia mengenali Harapan lebih daripada Askuvali. Gelaknya di dalam hati .

"Kau tidak sayangkan mereka?" Ugutnya sambil memandang kedua-dua manusia itu yang tidak sedarkan diri di lantai tanah.

Fikiran Harapan menjadi tidak keruan. Hatinya ingin menyelamatkan keluarganya, otaknya memikirkan kehidupan penduduk Matak yang bakal hancur akibat kelemahannya. Dia tidak pernah dapat mengenali mereka sebelum ini tetapi ia tidak bermaksud dia boleh membuat keputusan sesuka hati. Mereka semua tidak bersalah.

Askuvali memandang Harapan. Dia tahu sikap bertimbang rasa dan tanggungjawab jawab ada pada anak buahnya. Sama seperti raja Isvfak yang adil dan berani. Harapan adalah putera kepada kaum Matak. Soal hidup dan mati kaum Matak juga adalah merupakan tanggungjawab Harapan.

Askuvali mengerti dia harus berbuat sesuatu. Harapan masih baru untuk menggunakan kuasa emblem.

Dia mengaktifkan abraknight secara senyap. Hutan ini dipenuhi dengan binatang buas. Dia mengesan harimau bintang, harimau belang dan phyton batik yang sedang menjalar di atas pokok.

Abraknight cuba mengawal ketiga-tiga binatang buas ini. Ia bukanlah kerja yang mudah kerana Askuvali tidak berapa mengenali binatang di bumi. Lainlah binatang ganas di Matak. Beri sahaja Naga Sumatriptan, Evaleopard atau Kobe Kumara. Malah, bunga Merah Alveolar juga dapat dijinakkannya dengan mudah. Abraknightnya boleh menjinakkan tiga binatang pada satu-satu masa.

Proses penjinakan selesai.

Dia memanggil ketiga-tiga binatang itu ke pintu Corus.

Mari lihat jika kau masih boleh tersenyum selepas ini Eskobar. Bisiknya dalam hati.

Phyton batik melingkar senyap di atas pokok. Betul-betul di atas Eskobar. Kelihatan kulit phyton dengan corak batik berwarna coklat merah yang amat cantik. Harapan menyedarinya. Dia terkejut dan memandang Askuvali. Askuvali memberi isyarat padanya supaya bersiap sedia.

Kedua-dua binatang lagi sedang berjalan daripada arah belakang Eskobar.

Harimau bintang berwarna hitam itu amat sukar dikesan pada waktu malam. Mujur dengan cahaya biru Avalena, pengerakan harimau itu menjadi sedikit mudah dikesan oleh Askuvali.

Lain pula harimau belang Malaya. Saiznya amat besar. Nyaris mengeluarkan bunyi yang dapat menyedarkan Eskobar. Dia mengarahkan binatang itu supaya lebih berhati-hati. Perlahan-lahan binatang itu mendekati Eskobar.

"Bagaimana?" Eskobar memberi kata putus.

Dia tidak ingin menunggu lagi. Kesabaran sudah dikemuncak. Dia mahu permata Emblem itu sekarang. Kuasanya sudah ditumpu ke tangan.

Keadaan menjadi genting dan dia masih tidak menyedari musuhnya daripada hutan Sumatra itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience