Bab 11: Golongan pembesar

Fantasy Series 2094

Mereka berpelukan.

Mata Permaisuri Lionvel bergelinangan air mata.

?Oh Anakandaku, sayang.?

Permaisuri dan Raja Isvfak memeluk erat puteranya. Kerinduan mereka selama ini terubat. Sesekali raja itu memandang Askuvali. Dia seperti ingin berterima kasih pada adindanya kerana membawa Harapan pulang ke Matak. Matanya pejam bersyukur dengan kepulangan anakandanya.

Askuvali tersenyum seperti memahami. Seorang jeneral tidak boleh mengalirkan air mata di khalayak pembesar istana. Dia punya ego dan air muka sebagai Jeneral Besar.

Pembesar-pembesar istana turut gembira dengan kepulangan putera Harapan.

?Alangkah beruntungnya bandaraya Matak, kini pasti kita dapat membuka semula gerbang Matak yang sudah lama tutup.? Seorang pembesar kanan mula berucap.

?Permata Emblem itu sudah pulang ke pangkuan kita.? Pembesar di sebelah pula membuka suara.

?Kami semua berkongsi kegembiraan ini bersama-sama yang Mulia.? Satu kumpulan pembesar itu bersorak. Mereka menunjukkan rasa gembira. Hanya gembira kerana mereka dapat menguasai semula sumber sonar.

?Kita patut meraikan secara besar-besaran kedatangan Emblem untuk gerbang Matak.? Pembesar kewangan pula bersuara.

Askuvali hanya memandang mereka. Riak wajah pembesar-pembesar itu tidak ikhlas. Ada udang di sebalik batu. Mereka pasti memuji untuk mendapatkan sesuatu. Sesuatu yang amat berharga kepada mereka. Sonar membuat banyak keuntungan untuk mereka. Dia memberi senyuman sinis.

Sayangnya, kekanda Isvfak begitu percayakan mereka. Setiap projek pembangunan Matak akan diberi kepada kroni mereka. Selama empat tahun ini, dia dapati pembangunan Matak tidak sama rata. Dia mengetip giginya menahan marah.

Dia harus mendapatkan bukti yang cukup. Cukup untuk memecah tembelang mereka nanti. Dia sudah mengarahkan pasukan elit di bawahnya untuk menyiasat kehilangan permata Suvarnabumi dan gerbang Matak. Mereka pantas mendapat maklumat. Mungkin esok lusa dia sudah dapat maklumat.

Askuvali mengalihkan pandangannya ke arah anak buahnya. Harapan juga harus dilindungi. Mungkin mereka akan memaksa proses materialisasi permata Emblem kelak.

Suasana menjadi hangat. Raja Isvfak mengangkat tangan isyarat untuk mendapatkan perhatian seisi dewan.

?Inilah putera Harapan, keturunan diraja Matak.? Raja Isvfak terus bertitah. Anakandanya harus diperkenalkan secara formal kepada pembesar istana secepat mungkin. Satu majlis keramaian akan diadakan untuk mengumumkan kepulangan putera Harapan.

?Aku akan mengumumkan kepulangan Harapan kepada rakyat dua hari kemudian.? Sambungnya lagi.

?Bernas idea yang Mulia, kami menjunjung titah.? Balas seorang pembesar mewakili kumpulan itu.

?Patik cadangkan supaya Harapan juga ditabalkan menjadi putera mahkota pada majlis itu.? Seorang lagi pembesar dalam kumpulan yang sama memberi cadangan.

Raja Isvfak memandang mereka sambil mengangguk setuju. Dia berjalan ke hadapan sedikit.

?Baiklah, mungkin kita boleh melakukan majlis penabalan serentak.?

Tiba-tiba seorang pembesar berlutut.

?Mengapa dengan kamu wahai bendahara diraja.? Tanya Raja Isvfak kehairanan.

Dia hanya mendiamkan diri sejenak sebelum mula bersuara.

?Maafkan patik. Pada pendapat patik, putera Harapan juga harus menjalani saringan untuk membuktikan keputeraannya.? Bendahara itu mengutarakan pendapat. Dia melutut dahulu andai soalan itu akan menguris hati Raja Isvfak.

Mereka saling berpandangan. Askuvali sudah dapat mengagak soalan itu. Raja Isvfak pula agak terkejut. Sudah pasti Harapan adalah anak kandungnya. Dia cuba menyembunyikan perasaannya. Dia memberi isyarat supaya bendahara berdiri.

?Jadi, bagaimana pendapat bendahara??

Bendahara memandang ke arah putera Harapan. Dia enggan berdiri.

?Kita adakan sekali pembukaan gerbang Matak menggunakan permata Emblem. Pasti rakyat akan lebih yakin Harapan merupakan putera yang sebenar.? Balasnya sambil cuba mendapatkan sokongan pembesar yang lain.

Seisi dewan bersorak tanda bersetuju.

Raja Isvfak hanya mengangguk. Jeneral Askuvali memandang kekandanya. Askuvali tahu pembesar itu hanya mementingkan permata Emblem lebih daripada putera Harapan. Namun, Dia tidak nampak bahayanya Harapan menggunakan Emblem untuk mengaktifkan semula gerbang Matak. Lebih cepat lebih baik. Dia akur.

?Baiklah. Jikalau begitu, kita adakan majlis pertabalan serentak dengan pembukaan gerbang Matak.? Titah Raja Isvfak.

Askuvali memandang Harapan.

Harapan hanya tersenyum dengan titah ayahandanya.

....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience