Bab 4: Emblem 2

Fantasy Series 2094

Askuvali tiba ke bumi.

Pusingan avtarbumi mengambil masa yang panjang iaitu setiap empat tahun masa di Matak. Dia memandang kiri dan kanan. Bumi merupakan planet yang indah. Pujinya.

Di Matak langsung tiada pokok hijau. Rimbun seperti di bumi. Batu permata merupakan komponen utama di sana.

Mereka ada pokok. Pokok Oblivion tumbuh sendirian. Permata Satva menjadi teras pokok Oblivion.
Pokok itu berbentuk seperti chandelier. Buahnya adalah permata-permata satva yang tergantung di bawah. Setiap kali satva itu gugur jatuh, satu binatang bernama Evafly akan muncul terbang ke udara. Binatang ini membawa genetik Oblivion sebagai agen penyemaian di tempat lain.

Malah, 10 peratus sahaja air Avalena yang membentuk sumber kehidupan. Berbeza di bumi, lautan membentuk 70 peratus komponen bumi.

Bumi amat bertuah. Kesemua keperluan untuk kehidupan ada di sini. Udara, air, suhu yang tepat dan pemandangan yang mengasyikkan.

Matanya mengaktifkan abraknight. Melihat nadi kehidupan setiap makhluk di bumi. Manusia memerlukan air sama seperti orang Matak memerlukan air Avalena. Udara? Oksigen. Manusia memerlukan oksigen. Orang Matak tidak perlukan udara. Mereka menggunakan permata untuk proses pernafasan. Ia umpama paru-paru bagi manusia.

Itulah antara kelebihan abraknight. Batu permata itu dapat mengkaji kelebihan dan kelemahan sesuatu objek atau kehidupan sebelum menentukan taktik serangan.

Askuvali dapat mengesan tenaga sonar yang amat kuat malam tadi. Nampaknya Emblem dah melalui proses matang. Putera Harapan pasti masih hidup. Dia harus segera mencari Anak buahnya.

"Kedudukan Harapan di tepi pantai Cahaya." Dia menggunakan kuasa permata itu, telepathy satu hala.

Dia terus bergegas ke sana.

**

Eskobar sedang cuba mengambil permata Emblem. Askuvali melihat budak asing itu dalam ketakutan.

"Siapa kamu?!" Jerit budak itu kepada makhluk hijau dengan permata merah di dahi.

Sesekali dia melihat seorang gadis yang tercedera. Dia melihat darah.

Dia melihat budak itu semula.

Harapan sedih. Kenapa keluarganya. Mereka hanyalah manusia yang lemah. Mereka tidak pernah mengacau sesiapa.

"Argh!." Dia menjerit seperti hilang akal.

Dahinya mengeluarkan permata Emblem. Permata itu mempunyai dua warna. Di sebelah kirinya berwarna biru, dan sebelah kanan berwarna kuning.

Dia mengeluarkan aura Avileon berwarna kuning daripada tangannya untuk menyerang Eskobar. Avileon merupakan aura kuning yang digunakan untuk menyerang perisai lawan yang keras.

Eskobar menjadi kelam kabut terkena serangan Avileon. Cuma Eskobar bernasib baik kerana Harapan masih mentah untuk menggunakan permata Emblem. Jika tidak, pasti dia sudah dicederakan oleh Avileon.

Eskobar cuba mencari helah.

Askuvali dapat mengagak Kelicikan Eskobar. Dia harus melindungi anak buahnya.
Dia muncul di depan Eskobar.

"Kau? Mengapa kau di sini?!" Eskobar terkejut.

Dia teringat malam tadi merupakan hari avtarbumi di Matak. Ah rancangannya terganggu.

Dia terus menghilangkan diri. Askuvali tidak ingin mengejar Eskobar. Perhatiannya kini hanyalah kepada Harapan.

?Kamu tidak apa-apa?" Soal Askuvali.

Harapan terkejut dengan kehadiran Askuvali. Tetapi dia berasa selamat. Dia seperti kenal akan. Askuvali menunjukkan permata abraknight kepadanya. Harapan menjadi yakin mereka adalah bersaudara.

"Sentuhkan tanganmu pada gadis itu." arah Askuvali. Harapan hanya buat seperti yang disuruh. Dia seperti selesa dengan Askuvali.

Keluar cahaya biru Avalena menyembuhkan kecederaan Selena.

Batu air Avalena x kuasa menyembuh yang luar biasa. Selain menyembuhkan kecederaan tuannya, ia dapat menyembuhkan orang lain.

Askuvali menceritakan segalanya kepada Harapan.
Harapan memeluk Askuvali. Keluarganya di alam Matak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience