Bab 2: Pintu ke bumi

Fantasy Series 2094

Hari ini Avtarbumi akan berada di orbit Matak. Dalam beberapa jam lagi, ia akan singgah ke barat Matak. Ketika itulah pintu gerbang kuno akan diaktifkan dan dibuka. Sonar akan diserap dan dibahagikan kepada bumi dan bandar Matak menggunakan permata raja Isvfak iaitu Abraleon. Itulah tugas Abraleon, iaitu sebagai hub memindahkan sonar bunyi ke serata pelusuk galaksi.

Permaisuri Lionvel memakai gaun biru dan mahkota yang amat besar. Dia berjalan ke arah pintu gerbang kuno itu. Disusuli dengan dayang diraja yang memangku putera Harapan. Raja Isvfak sudah lama menantinya di situ. Eskobar dan Jeneral Askuvali berdiri di sebelah raja Isvfak.

Gerbang kuno itu terdiri daripada beberapa tiang besar Batu turquoise. Setiap satunya ditatah dengan permata zamrud bersaiz besar. Kedua-dua jenis batu permata itu merupakan Batu tertua di seluruh galaksi.

Masanya hampir tiba. Beberapa minit lagi gerbang kuno itu akan dihidupkan. Permaisuri Lionvel mendiamkan diri. Dalam suasana sunyi, permata Avalena berwarna biru timbul di dahinya. Kedengaran bunyi ombak lautan Avalena bergelora akibat tindakbalas terhadap kemunculan graviti bulan avtarbumi.

Cahaya berwarna biru yang sangat cantik menyinari kawasan itu menemani ombak lautan yang sedang bergelora.

Beberapa saat lagi avtarbumi akan tiba di orbit Matak.

Zassssss. Bulan biru yang amat besar terpacak betul-betul di atas gerbang kuno. Avtarbumi tiba.

Gerbang kuno segera dihidupkan. Tiga tiang besar batu turquoise menjadi satu. Bercahaya dan mengeluarkan bunyi sonar yang sangat kuat.

Tenaga Sonar diserap oleh batu itu dan terus diisi ke dalam satu gegelung yang diperbuat daripada aurum hitam. Aurum hitam itu dapat memerangkap sonar daripada hilang ke udara.

Abraleon pula diaktifkan. Beberapa minit kemudian, pintu sebesar sepuluh kaki terbuka. Planet bumi kelihatan daripada pintu itu.

Mereka berpandangan kegembiraan. Ia berhasil.

Tanpa membuang masa, Raja Isvfak mengeluarkan permata Abraleon berwarna kuning yang sangat terang. Abraleon menjadi secerah bintang. Malam seperti bertukar siang.

Maka lengkaplah litar untuk menyalurkan sonar ke bumi. Bintang Asfvahari sebagai sumber sonar, gerbang Corus di bumi sebagai penerima sonar dan Abraleon menjadi transmiter. Sebagai ganti, gerbang Corus menimbal balik dengan tenaga solar bumi ke Matak.

Galaksi bimasakti khususnya di bumi mempunyai tenaga solar yang berlebihan terutama di garisan khatulistiwa. Jika tenaga solar dibiarkan berlebihan di dalam bumi akan menyebabkan kepanasan yang tidak terperi. Gerbang Corus bumi itu dibina dengan tujuan memindahkan tenaga solar ke galaksi lain. Tenaga sonar yang diterima oleh Corus pula disimpan di dalam lautan bumi.

Proses ini juga tidak boleh diganggu. Sebarang kecacatan pada salah satu gerbang akan menyebabkan letupan sonar.

Askuvali leka menyaksikan proses itu. Eskobar pula hanya tersenyum lalu menghilangkan diri.

Mata Askuvali melilau mencari Eskobar. Hatinya risau. Dia tidak percayakan Eskobar sejak di istana kelmarin. Di mana Eskobar pergi. Bisik hatinya.

Matanya singgah ke arah dayang diraja. Askuvali melihat sesuatu yang amat jahat. Eskobar sedang cuba menculik putera Harapan. Dayang diraja ditolaknya dan putera Harapan dirampas.

Jeneral Askuvali mengetip gigi. Kemarahannya disusuli dengan permata hitam Abraknight. Dia melompat tinggi ke arah Eskobar.

"Durjana kau Eskobar!" Askuvali mengejar Eskobar. Dia tidak berani menyerang secara membuta-tuli kerana takut akan mencederakan anak buahnya.

Raja Isvfak dan permaisuri Leonvel hanya dapat melihat kerana melepaskan kuala sonar sebarangan daripada bintang asvfahari akan menyebabkan tempat itu meletup. Kelihatan air mata permaisuri mula bercucuran.

Berlaku pertempuran yang agak besar antara Askuvali dan Eskobar. Jika bukan kerana putera Harapan, pasti Kemenangan milik Askuvali.

Askuvali adalah jaguh dalam perlawanan. Permatanya Abraknight dapat memecahkan tembok besar lawan. Setiap perisai pasti retak melawan abraknight. Dia adalah jeneral perang yang tiada tolok bandingnya.

Setiap kali dia menyerang, pasti Eskobar akan menggunakan putera Harapan sebagai perisai. Jadi, Askuvali terpaksa mengurangkan momentum abraknight.

Sehinggalah dia ternampak peluang. Perut Eskobar berjaya ditembusinya.

Eskobar tercedera teruk. Mulutnya memuntahkan darah biru. Darah Avalena. Eskobar tahu dia tidak akan dapat melepaskan diri lagi. Fikirannya mencari helah.

"Kau tidak dapat lari lagi. Ajal kau akan berakhir di sini jika kau tak kembalikan putera Harapan padaku." Ujar Askuvali.

"Hahahaha, ambillah dia jika kau berani. Kuasaku sudah ku pusatkan ke arah tanganku."

Permata di dahi Eskobar bersinar-sinar. Mukanya bersungguh-sungguh. Dia seperti nekad untuk mencederakan putera Harapan. Askuvali terpaksa berundur setapak.

"Apa yang kau nak Eskobar? Aku akan beri segalanya. Lepaskan anakku!" Jerit raja Isvfak.

"Aku hanya mahu kan kuasa putera Harapan. Kamu semua masih tidak tahu!"

Mereka tidak faham akan permintaan Eskobar. Eskobar perlahan-lahan membawa putera Harapan ke arah permaisuri. Darah biru nya membasahi lantai gerbang kuno.

"Kamu tahu, wilayah barat Matak ini semakin teruk. Walaupun kami dipenuhi lautan Avalena, tetapi kami sebenarnya tandus. Wilayah 33 sering dianaktiri oleh kamu semua. Kami terdesak!"

Hanya beberapa saat lagi tinggal sebelum avtarbumi meninggalkan orbit Matak. Selepas itu, raja isvfak akan mendapat kembali kuasanya. Dia yakin dapat merampas semula anaknya daripada Eskobar.

"Kamu hanya mementingkan diri!" Jerit Eskobar.

Dia tahu Raja Isvfak akan mendapat kuasanya semula. Jika itu berlaku peluangnya akan hancur. Dia harus mendapatkan kuasa putera Harapan. Di sini ataupun di bumi.

Eskobar perlahan-lahan melangkah ke arah permaisuri. Kemudian, dia melompat masuk ke pintu bumi membawa putera Harapan bersama-samanya.

"Tidak, anakku!" Jerit permaisuri Lionvel.Putera Harapan hilang daripada pandangannya. Permaisuri jatuh pengsan kerana terkejut. Dayang-Dayana turut menangis.

Proses menyerap sonar berakhir.

Pintu ke bumi terus tertutup. Tetapi raja Isvfak tidak dapat lagi menyambutnya dengan gembira.

"Aku sudah kehilangan anak kesayanganku kerana sonar!" Teriak raja Isvfak. Dia melutut hiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience