Bab 5: Pintu Corus

Fantasy Series 2094

Askuvali memang durjana. Sentiasa mengacau rancangannya. Eskobar merengus marah. Aku sudah menunggu 16 tahun masa di bumi untuk mengambil kuasa Emblem. Masa yang kubazirkan begitu lama, pasti aku takkan sia-siakan.

Dia harus balik ke wilayah 33. Jalannya hanya melalui pintu Corus di bumi. Kuncinya ialah permata Emblem pada putera Harapan.

Ah. Aku harus fikirkan sesuatu. Matanya melirik ke atas dan ke bawah. Dia teringat pada Keluarga manusia Harapan. Harapan sangat sayang pada mereka.

Dia mendapat helah.

**

Di rumah Harapan.

Askuvali menceritakan segalanya. Selena dan Sarah mengangguk tanda menerima. Dia sudah tahu anak lelaki yang ditemuinya ini memang luar biasa. Dia bukan manusia biasa. Walaupun sedih, dia redha jika mereka berdua terpaksa berpisah dengan Hara.

"Kita harus pulang ke Matak segera. Pintu gerbang kuno sudah tidak dapat digunakan. Sudah empat tahun, kita menggunakannya untuk menarik tenaga sonar. Sonar simpanan kita hanya tinggal 10 peratus." Ujar Askuvali.

Mereka hanya mengangguk.

"Bagaimana kita mahu pulang?" Tanya Harapan.

Dia pernah mendengar tentang pintu gerbang Corus di bumi. Terletak di kepulauan terpencil di hutan Sumatra. Jika tidak salah, Batu permata air Avalena dapat menghidupkannya. Mereka memandang ke arah Harapan.

Mereka tiba di kepulauan Sumatra dua hari kemudian. Hanya Harapan dan Askuvali. Mereka meredah perkampungan tempatan hingga ke hutan belantara. Mencari gerbang Corus bukanlah mudah. Orang kampung juga membantu mencari gerbang itu.

Tapak pintu gerbang corus dipenuhi dengan pokok-pokok. Seperti sudah bertahun tidak digunakan. Corus tidak memerlukan bulan avtarbumi ke orbit. Ini kerana, bulan pada bumi mengelilingi bumi setiap hari. Jadi, mereka hanya perlu tunggu sehingga malam.

?Gerbang ini lah yang kita gunakan untuk salurkan sonar ke bumi.? Jelas Askuvali. Corus dibina beribu tahu dahulu oleh kaum Manasseh bumi untuk menjaga keseimbangan tenaga sonar dan solar di bumi. Sonar yang kita beri akan dibalas dengan tenaga solar bumi yang banyak.

Sonar yang kita beri akan disimpan di dalam lautan. Ia digunakan oleh kehidupan di laut untuk menganggar jarak. Kita pula perlukan solar untuk tenaga. Harapan mengangguk faham.

Kaum manusia sekarang menyebabkan solar terperangkap di dalam bumi. Solar yang tinggi ini menyebabkan bumi kepanasan. Kata Askuvali sambil mengibas bajunya. Cuaca di bumi memang agak panas.

Askuvali bukan sahaja dikenali kerana kehandalannya, tetapi juga ilmu yang tinggi. Ini kerana kuasa Abraknightnya dapat melihat nadi kehidupan dan proses keseimbangan alam.

Mereka berborak hinggalah hari malam.

**

Mereka ditemani bunyi cengkerik.

Tiba-tiba Harapan bersuara.

"Pakcik, bagaimana rupa ibubapa saya." Tanya Harapan memecah sunyi. Dia sudah 16 tahun tidak bertemu. Malah dia tidak dapat mengingati rupa mereka. Sampai hati Eskobar memisahkan mereka hanya kerana gilakan kuasa Emblem.

"Erm rupa ayahanda Isvfak seperti pakcik, tetapi Harapan ikut rupa bonda." Jawab Askuvali. Dia tahu anak buahnya merindui mereka.

"Nanti Harapan lihat lah sendiri. Peluk cium mereka."

Harapan tersenyum.

Malam menjelma.

Harapan mengeluarkan permata Emblem. Avalena diaktifkan. Cahaya biru memancar-mancar ke seluruh pelusuk pulau. Air lautan mula bergelora. Tindakbalas yang tidak ubah seperti lautan Avalena di Barat Matak.

Mereka tidak tahu mereka sedang diperhatikan oleh sepasang mata.

Eskobar menyorok di sebalik pokok-pokok. Dia melihat segalanya yang dilakukan oleh mereka. Dia memandang Selena dan Sarah yang diikat. Masanya sudah tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience