Series
2094
"Harapan.."
"Harapan.."
Dia terdengar namanya dipanggil. Dia cuba untuk membuka mata tetapi terasa berat. Dia cuba juga menggunakan segala kekuatan untuk membuka matanya. Akhirnya, sedikit demi sedikit dia dapat melihat cahaya.
"Aku berada di mana?" Dia bingung.
Ruangnya luas. Putih. Ribuan Permata-permata terapung di atasnya. Dia melihat pula tepinya. Tiada penghujung kiri dan kanan. Dia rasa seperti berada di alam mimpi.
"Harapan." Namanya dipanggil.
Seorang pahlawan berbaju kuning. Dan satu lagi berbaju biru.
"Aku adalah Avalena."
"Dan aku adalah Leon. Kami berdua memanggilkan kau sejak dua hari lepas. Kau pengsan sejak letupan sonar nova di Sumatra, Bumi."
Dia keliru. Adakah dia sudah mati? Hatinya berdegup pantas. Dia masih muda untuk pergi. Dia masih tidak bertemu dengan bonda dan ayahanda. Dia baru sahaja dapat Emblem. Dia tak boleh mati.
"Jangan risau. Kamu masih hidup. Badanmu kini berada di alam Matak. Lohong sonar yang tidak stabil membawa kamu semua ke Matak. Setiap material pada radius 100m ditarik pulang ke sini termasuk flora dan fauna daripada Sumatra." Jelas Avalena.
Harapan menghembuskan nafas lega.
"Di sini agak mudah untuk berkomunikasi denganmu. Kami terpaksa. Jika tidak kami akan dimaterialisasi oleh Suvarna. Ia amat bahaya. Kerana kami adalah hibrid. Materialisasi adalah seperti hukuman bunuh bagi kami. Jika tersilap langkah, kami akan berpisah dan mati."
Dia merasa bersalah. Ini semua berlaku kerana kelemahan dirinya. Dia masih muda. Malah selama ini dia tinggal di bumi bersama manusia. Dia tidak ada pengalaman mengendali permata Matak ataupun Emblem.
"Jadi kamu berdua adalah Emblem?"
"Emblem juga adalah kami apabila bergabung. Sebenarnya, kamu harus belajar sendiri secara semulajadi. Proses itu mengambil masa bertahun-tahun. Tetapi, kami hampir dimaterialisasi oleh Suvarna kelmarin. Kami harus mengajar kamu untuk mempertahankan diri."
"Tetapi bagaimana? Aku harus belajar pencak silat? Kungfu? atau Muay Thai?" Dia memang minat bidang seni mempertahankan diri. Dia sering menontonnya di televisyen."
"Tidak perlu." Mereka mengerutkan dahi seperti tidak faham apa yang disampaikan oleh Harapan.
"Kami akan mengajar kamu terus ke Emblem yang paling berkuasa."
"Apakah Emblem yang paling berkuasa?" Harapan bingung.
"Ia hibrid penuh dipanggil Emblem Avleon."
Harapan meneruskan interaksi bersama mereka. Di situ, dia mengenali lebih mendalam maksud permata dan rahsia Emblem.
"Ah patutlah, Eskobar begitu gilakan kuasa Emblem." Dia bermonolog sendiri.
Teki-teki dalam mindanya selama ini selesai. Dia sudah tahu penyebab masalah ini.
Dirinya semakin bersemangat untuk menguasai Emblem. Dia sudah ada satu visi. Visi sebagai seorang Putera Matak.
Dia harus berusaha bersungguh-sungguh. Dia harus mempunyai kekuatan untuk mengubah Matak. Dia harus mengembalikan tenaga sonar untuk bandar Matak.
Terutama golongan atasan Matak..
Share this novel