"Assalamualaikum, Saiful. Parent aku bagitau yang diorang pun nak balik beraya kat rumah paklong dengan maklong. Jadi, kita pergi terus la kalau kelas kita dismissed macam kau kata tadi," mesej Aziah melalui aplikasi whatsapp.
"Takpelah kalau macam tu," balas Saiful.
Aziah hanya membalas emoji thumbs up.
Saiful kemudiannya terus bersiap untuk ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah untuk menunaikan Solat Subuh berjemaah begitu juga dengan Aziah.
*********
Usai solat berjemaah, pihak kerohanian universiti mula melakukan aktiviti ilmiah yang dimulai dengan bacaan al-Quran dan seterusnya kuliah Subuh ringkas yang akan disampaikan oleh Saiful sendiri.
*********
"Jadinya, kita kenalah menggolongkan diri kita dalam golongan yang beruntung. Macam mana tu? Ingat balik dekat hadis tadi,
'Barangsiapa yang menjadikan esok harinya lebih baik dari semalam, maka dia dalam golongan yang untung. Jika dia menjadikan esok harinya sama dengan semalam, maka dia dalam golongan yang rugi. Dan jika dia menjadikan esok harinya lebih teruk dari hari ini, maka dia dalam golongan yang dicelakakan oleh Allah azzawajalla.'
(HR Bukhari Muslim).
Selain itu kena juga saya peringatkan untuk kita semua agar perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik kerana sesiapa yang sedemikian, dia adalah yang terbaik," terang Saiful dalam membuat kesimpulannya untuk kuliah Subuh ringkas seraya menutupkan tazkirahnya dengan salam dan majlis ditutup dengan bacaan tasbih kiffarah dan surah al-'Asr.
Kemudiannya, semua siswazah beransur pulang ke bilik mereka.
"Fuh, hebat cara kamu bagi tazkirah, ye. Tak sangka pula ustaz yang ada juga orang yang suka bagi benda-benda ilmiah yang macam ni apatah orang yang semuda macam kamu," puji Encik Hasrul ketika menyapa Saiful sewaktu dia melangkah keluar dari masjid selepas membantu ahli biro masjid jabatan kerohanian membersihkan masjid.
"Alhamdulillah, Encik. Dah memang jadi minat saya di samping dalam usaha menunaikan amanah sebagai seorang dai dan pengerusi jabatan kerohanian universiti. Sebenarnya, sewaktu saya kat sekolah dulu pun, saya pernah pegang jawatan ni cuma nama organisasi tu ialah BADAR. Saya pernah juga buat benda yang macam ni kat sekolah. Kalau tuan nak tau lah," kata Saiful dalam tersipu sewaktu dipuji sebegitu oleh pensyarah universitinya itu.
"Baguslah kalau macam tu. Teruskan saja usaha kamu tu, demi memelihara kualiti Islam. Okay?" pesan Encik Hasrul sambil menunjukkan thumbs up kepada Saiful.
"Insha Allah, Encik Hasrul. Saya akan cuba yang terbaik," janji Saiful kepada Encik Hasrul.
"Ini yang kita mau. Mai cenggini sikit," Encik Hasrul menghulurkan tangannya seolah ingin Saiful berlaga ibu jari dengannya.
"Ha, cam ni la. Haha. Okay la, saya balik dulu ye," pinta Encik Hasrul untuk beredar.
"Baik, Encik. Assalamualaikum," kata Saiful sambil bersalaman dengan Encik Hasrul.
"Waalaikumsalam."
Amanah, itulah kewajipan yang perlu ditanggung oleh semua insan yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah sebagai 'syarat sah' seseorang Muslim itu. Ya, DAKWAH. Dan setiap insan yang dijadikan sebagai seorang Muslim mahupun Mukmin itu digelarkan sebagai DAI atau pendakwah dan perkara pertama yang diserukan adalah untuk menegakkan istilah amar makruf nahi munkar. Tidak kiralah siapapun dia itu, meskipun hanya orang biasa ataupun berpangkat. Dakwah TETAP juga perlu dia laksanakan.
Dakwah, beribu cabangnya dan banyak bentuknya. Sama seperti jihad, meski dari sebesar-besar berperang hinggalah sekecil-kecil doa demi kebaikan. Yang penting semua itu bersandarkan istilah amar makruf wa nahi munkar. Kata baginda SAW;
"Aku pernah mendengar Rasûlullâh SAW bersabda, 'Barangsiapa di antara kalian melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaannya); jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (menasihatinya); dan jika ia tidak mampu juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman."
(Muslim, Ahmad, Abu Dâwud, An-Nasâ'i, At-Tirmidzi, Ibnu Mâjah dari Abu Sa'îd al-Khudri RA)
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
(3:104)
*********
"Baiklah, kita akan dismiss kelas kita dengan tasbih kaffarah dan surah al-'Asr," kata Miss Jannah selaku pensyarah kepada Saiful dan Aziah.
"Baiklah, sebelum bersurai. Saya ingin ucapkan selamat hari raya buat semua dan selamat pulang ke kampung korang. Jangan lupa sampaikan salam saya kepada ibu bapa kalian," pesan Miss Jannah kepada semua siswazahnya.
Mereka akur dan mengucap terima kasih sebelum beredar.
"Saiful, kau nak pergi tu pukul berapa?" tanya Aziah.
"Dalam pukul 2 macam tu."
"Okay. Nanti tunggu aku," beringat Aziah.
"Seperti yang aku janjikan, Aziah."
"Hm..."
Mereka kemudiannya beredar dan menuju ke bilik untuk bersiap sebelum pulang.
Dari jauh, kelihatan ada seseorang liat memerhati 'drama' Saiful dan Aziah.
"Huh!!" Dia kemudiannya pergi menghilang tanpa kesan.
*********
"Kreekk..."
Huh, Aziah... Aziah. Kau memang takkan terlepas dari aku. Hahahaha," tawa Hazman keseorangan seraya melihat terpamparnya gambar-gambar Aziah di dinding yang bertentang dengan meja belajarnya.
Tiba-tiba...
"Hai, abang. Assalamualaikum," sapa Nazifah dari belakang sewaktu memasuki bilik.
"Eh, waalaikumsalam. Kenapa ni, baby?" soal Hazman kepada Nazifah.
"Saje, just nak jumpa awak? Rindu la dengan awak," kata Nazifah, menggedik.
"Oh, yeke. Hihi," Hazman tertawa kecil setelah mendengar respond daripada girlfriendnya itu.
"Awak, apa yang awak buat tu?" soal Nazifah tu apabila dia melihat koleksi gambar Aziah di dinding bertentang dengan mereka. Padahal, dia tahu bahawa Hazman memang menyukai Aziah.
"Alah, macam la tak tau. Jadi, macam mana planning kita?" soal Hazman tentang kemenjadian perancangan mereka untuk membuat si Aziah akan menyukainya.
"Macam tu la. Mungkin lepas habis cuti raya ni baru boleh start," kata Nazifah.
Hazman terangguk faham.
"Okaylah, bang. Saya nak balik bilik dulu. Nak balik kampung dah ni," pinta Nazifah.
"Baik, bi. Pergi la. Have a safe journey, ya."
Nazifah membuat tanda okay lalu beredar pergi ke biliknya.
Hazman mengusap tangannya, masih mengharapkan Aziah agar menjadi miliknya.
"Kau tunggu, Aziah. Kau tunggu."
*********
"Allahuakbar Allahuakbarullahuakbar.., Lailahailallahuwallahuakbar.., Allahuakbar Walillahilhamd...."
Kini, Aidilfitri sudahpun menjelang setelah semua umat Islam beribadah puasa dalam bulan Ramadan. Semua ahli keluarga dan sanak saudara Aziah sudah berkumpul di rumah paklong dan maklong untuk memeriahkan suasana adat orang Melayu dalam menyambut Aidilfitri di kampung halaman.
Sambutan di pagi itu meriah benar dengan cara yang sederhana dimulai dengan amalan sunat seperti bermandi sunat, berpakaian baharu dan menjamah hidangan sebelum mereka ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.
*********
Usai khatib selesai menyempurnakan dua khutbah Aidilfitri, semua jemaah pulang ke rumah masing-masing dan bersedia dengan kehadiran jiran-jiran dan kenalan handai.
Saiful hanya berluang masa bersama paklong, bermesra dengan tetamu jiran yang hadir di rumah paklong. Aziah hanya menolong ibunya dan maklong dalam membuat kerja dapur.
Sempat juga dia bersembang dengan sahabat sebangku dengannya.
Dalam Saiful bermesra dengan kenalan-kenalan paklong...,
"Er, paklong. Saya nak keluar sekejap, boleh tak?"
Paklong tertoleh dan hairan.
"Kamu nak pergi mana, Pul?" tanya paklong.
"Ada hal kejap. Nanti saya balik, insha Allah paklong," janji Saiful.
"Hm, takpelah. Paklong tak halang," Paklong mengalukan Saiful untuk beredar.
Saiful tersenyum dan meminta izin kepada para tetamu untuk keluar sebentar.
Tidak sempat Saiful hendak keluar dari rumahnya,
"Saiful!"
Saiful tertoleh pula kepada Aziah.
Aziah sekadar mengangkat kepala, bersoal kepada Saiful ke mana dia hendak pergi.
Saiful hanya menunjuk kepada telefon yang dipegangnya tanda dia akan menghantar mesej kepada Aziah.
Aziah sekadar mengangguk.
Saiful sekadar tersenyum lalu terus mengambil kunci keretanya lalu melangkah keluar menuju ke kereta Honda Civic berwarna zamrud miliknya.
Enjin dihidupkan lalu Saiful terus memecutkan keretanya, meninggalkan rumah paklong.
'Haih..., dia ni. Nak pergi mana pulak pagi raya ni? Kalau nak balik 'u', lama lagi. Hadu...' Gusar Aziah dalam hati.
*********
"Ketip-tip!!"
'Eh, siapa yang mesej aku ni?' hairan Aziah apabila terasa getaran telefonnya. Dia menggapai telefonnya di kocek baju kurungnya dan terlihat bahawa Saiful sendiri yang menghantar mesej kepadanya.
'Dia nak pi kubur Akram... Okay, then,' katanya dalam hati. Sedikit tenang hatinya setelah dia ketahui tujuan Saiful keluar tadi.
*********
"Skreett..!!"
Setelah kereta Civic zamrud tiba di kawasan perkuburan Akram, dia terus keluar dari keretanya dan memberi salam kepada ahli-ahli kubur.
Lantas dia mengambil senaskhah Yasin dalam poket tempat penumpang keretanya dan melangkah masuk menembusi kawasan perkuburan itu.
Dia cuba mengingat semula tempat Akram dikebumi dan terus mencari nisan yang bertuliskan nama Akram
Dalam beberapa minit...
'Muhamad Akram bin Abdul Jalil.., ha dia lah. Tarikh dia pun sama,' bangga Akram setelah terjumpa pusara arwah Akram. Lalu dia duduk dan memberi salam kepada Akram.
Dia mengambil tempat di sebelah pusara Akram, dan mula membuka naskhah Yasin yang dibawanya.
Dia mulakan bacaannya dengan bacaan al-Fatihah, beberapa selawat dan terus membaca surah Yasin dengan niat agar roh arwah diberkati dan dirahmati oleh Yang Maha Esa.
***********
Kawan... golongan permulaan wujudnya 'keluarga' baharu dalam hidup. Hadirnya dia ada bawaannya. Dan setiap bawaan itu ada racunnya, ada penawarnya. Andai racunnya yang kau pilih, maka terbinasalah dikau dengan racun itu. Jika penawarnya yang engkau pilih, maka berbahagialah diri kau dengan penawar itu.
Itulah Kawan, Teman, Rakan dan Handai untuk kau peradakan.
Tetapi tidak setandingnya gelaran ini dengan SAHABAT....
Sahabat... Hadirnya dia kadang seolah tanpa dipinta. Khianat yang dia adakan, tidak sesekali renap di mata kerana dialah penawar sejati dalam hidup kau. Dialah bakal penolongmu untuk dimasukkan bersama di Jannah. Dengan sayangnya yang tidak putus, dia pasti akan sentiasa berusaha memperbetulkanmu dalam mencapai redaNya. Sungguh, amat-amatlah ruginya kau andai tiadanya dia, dan beruntungnya kau jika memilikinya.
Temanku, ingatlah. Beribu teman boleh kau hadapkan.
Tetapi sahabat yang satu, amat sukar didakapan. Jika kau bermilik, manfaatkan dan pegang tali kalian sekuatnya. Moga redaNya membawa kita ke kayanganNya.
Usai sahaja Saiful mengaminkan doanya dan mengucup naskhah Yasin, dia mengusap batu nisan Akram. Sempat dia mengingatkan kembali tentang kenangannya bersama Akram meskipun mereka tidaklah serapat sewaktu di sekolah. Tetapi atas takdir, mereka sebilik di kampus. Ukhuwah menjalinkan lagi persahabatan mereka dan akhirnya hanya berteman rindu di jiwa Saiful.
"Akram. Aku balik dulu. Moga kau tenang kat sana. Assalamualaikum. Sungguh, aku rindu sangat dekat kau Kram," pinta Akram sambil meluahkan rindunya terhadap sahabatnya itu. Kemudian, dia beransur pergi meninggalkan kawasan perkuburan. Dia semmpat mengusap air mata yang bertakung di matanya.
Setelah dia masuk ke dalam keretanya, sempat dia melihat kawasan perkuburan.
"Assalamualaikum, ya ahlil qubur," kata Saiful seraya meninggalkan kawasan perkuburan itu menuju ke rumah paklong. Kelihatan waktu di radio keretanya terpapar jam 12.30 petang. Jarak kawasan perkuburan dengan rumah paklong tidaklah sejauh mana. Hanya mengambil tempoh kira-kira hampir 30 minit atau lebih sahaja.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
"Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa."
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).
Daripada Ibn Asakir, Rasulullah bersabda;
"Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya."
Baginda bersabda lagi;
"Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya."
(Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).
***********
"Kreekk..."
"Hah!!!" Matanya terbeliak sewaktu melihat sesuatu yang menyakitkan hatinya.
Apa... yang.... kau dah buat..."
Share this novel