Beberapa hari kemudian...
"Wei, Saiful. Kau dah sedia ke nak nikah ni?" tanya Aziah sewaktu mereka sedang dalam perjalanan ke kampung seusai habis kuliah akhir di pagi itu.
Saiful yang sedang memandu ketika itu berdiam saja.
"Orang tanya ni. Kau betul ke nak..-"
"Ya, Aziah. Aku masih tetap berpegang dengan janji aku hari tu. Lagipun, Ustaz Zahirul yang nak aku segerakan." Saiful mula bersuara.
Aziah terkejut dan berdiam sendu.
Keadaan menjadi sunyi...
"Aziah, aku minta maaf..."
***********
Matanya melihat susuk tubuh yang berdiri membelakangi dia dan ibunya.
Dilihat pula ibunya dan mengangguk untuk bertanyakan persediaannya, berjumpa dengan gerangan tuan susuk yang berada dihadapan mereka.
Ibunya mengangguk tersenyum sahaja. Rela dihatinya menggari resah.
Harry membalas senyuman manis Puan Emily. Lalu, mereka memulakan langkah untuk mendekati tuan susuk itu.
Disentuh bahunya...
"Huh!!!"
"Khai...?"
"Harry...?"
"Oh my God, it's you. How're you my friend. Seems to be long I've not find you," luah Khai sambil memeluk sahabat lamanya itu.
Rindu dihatinya setelah berhari bahkan berminggu tidak berjumpa dengannya semenjak mereka berpisah akibat tekanan yang dihadapi Harry daripada keluarganya.
"Hello, Khai. Assalamualaikum. How're you. I miss you too, Khai," balas Harry dengan menyapa Khai.
Kelihatan airmata membasahi bahu mereka kerana rindu yang tersimpan lama dan kini, sudah terlunas jua.
Puan Emily hanya tersenyum melihat dua insan yang pernah digelar sahabat itu dan turut menangis dengan perbualan mereka.
Sungguh, hati mana yang tidak pernah merindui sahabat yang pernah bersama mereka meski dalam jatuh bangun mereka, senang susah mereka. Pasti, SAHABATLAH yang berbuat demikian disamping ibu bapa dan Tuhan itu sendiri. Sungguh, Dia menyayangi hambaNya dengan turunnya insan yang mampu mendampingi mereka sehingga ke 'sana'.
"So, Khai. Let me introduce you to my mother. Mother, this is my friend Khai." Harry memperkenalkan Khai kepada ibunya selepas mereka melepaskan pelukan.
"Oh, Assalamualaikum."
"Wa... waalaikumsalam...," balas Puan Emily yang masih belajar untuk menjawab salam.
Khai sekadar tersenyum. Dia memahami bahawa Harry pernah begitu ketika pertama kalinya menjadi muallaf.
"Hey, Khai. My mom said that she wants you to live in our house. Don't worry because she has given the permission for that," kata Harry. Khai seolah terkejut.
"Are you serious, Harry!?"
"Yes, Khai. I give you to live in our house because we wanna learn about Islam with you," celah Puan Emily. Cuba menjelaskan tujuannya membenarkan Khai menetap dirumah mereka.
"But, if I had to return to Malaysia. How would you have learned the Islam more?" tanya Khai. Risau dengan keadaan rumah mereka seandainya dia sudah pulang ke tanah airnya.
"Don't worry Khai. Imam Aaron also can help us at the mosque. Anytime as we want," jawab Harry.
Khai terangguk.
Dia akhirnya membuat keputusan untuk terima sahaja tawaran Puan Emily itu. Bak kata orang,
'Maut jangan dicari, rezeki jangan ditolak.'
Kadang betul juga, andainya sesuatu itu berhalakan maaruf, maka tiada yang menjadi salah. Dan jika pula ia berhalakan munkar, maka tiada yang menjadi benar.
Itulah menjadi di ingatan Khai.
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."
(2:42)
***********
"Aziah. Kau nak tahu sesuatu tak?" tanya Saiful tiba-tiba.
"Apadia?"
"Sebenarnya, sewaktu Ustaz Zahirul nak jumpa aku... Dia ada tanya aku tentang kau. Dan dia nak aku segerakan hubungan kita. Demi kebaikan kau sebab dia takmau ada musibah yang kau akan hadapi macam sebelum ni. Jadi, tu jelah yang aku mampu jelaskan. Harap kau faham," puas Saiful menerangkan Aziah tentang hal yang sebenarnya mengenai hubungan mereka itu.
Asalnya, mereka sudahpun merancang untuk bertunang terlebih dahulu. Tetapi, apakan daya kini mereka hanya perlu bersegera untuk bernikah.
"Takpe. Aku faham, Saiful. Aku faham," kata Aziah seraya mengangguk.
Saiful tersenyum apabila mendapat jawapan sebegitu dari Aziah.
***********
Sewaktu kuliah Maghrib di Musolla al-Itqaan..,
Begitu bising suasana di malam itu sehinggakan para ahli BADAR ingin memberi ilmu, tidak jelas kedengaran. Sudah puas mereka berusaha untuk mendiamkan, tetapi masih tiada kesannya.
Dikatakan, inilah yang menjadi norma mereka semenjak sekian lamanya.
Harris yang masih berdiam, akhirnya membuat keputusan untuk naik ke atas pentas tazkirah.
"Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...," sapa Harris dengan tenang.
Kedengaran segelintir sahaja yang menjawab salam Harris.
"Baik, sebelum saya masukkan topik. Saya ingin semua tolong diam sebentar," arah Harris. Hanya sedikit yang menyahut arahan Harris.
Melihatkan keadaan sebegitu, Harris hanya berdengus.
"Baiklah, sekarang saya nak bertanya. Apakah hadis yang dibacakan oleh ahli BADAR sebentar tadi...?"
"Wei, apanih... Dok tanya kami hadis-hadis pulak nih? Memang kami nak ingat pun, woi!" celah Fakhri.
Semua jemaah memerhatinya yang sedang duduk bersama kawan-kawannya yang lain di suatu sudut di musolla itu.
Harris cuba mendiam diri. Menahan api marah yang sedang mula menyala di dalam hatinya.
"Saya ulang. Siapa yang ingat hadis yang disebutkan tadi...?" ulangnya sewaktu mencuba untuk mengendahkan perlian Kelihatan suasana bising terus merancak menyelubungi musolla itu.
Senyap masih mengelilingi disambut suara-suara mereka yang 'ingkar'.
"Huh, takpe. Saya terus ke topik yang saya nak cakapkan hari ini. Topik yang saya maksudkan ialah Dakwah..."
***********
Setibanya Saiful dan Aziah di rumah paklong, mereka terus mengambil barang di bonet belakang kereta lalu melangkah ke pintu hadapan rumah paklong.
"Assalamualaikum...," laung Saiful dari luar pintu.
"Waalaikumsalam, kejap," kedengaran suara maklong menyahut salam mereka.
Dalam berapa ketika, pintu dibuka.
"Ha, Saiful. Masuk-masuk," jemput maklong sewaktu membuka pintu rumahnya.
"Terima kasih, maklong."
"Alah, esok kan kamu dah nak nikah dah. Hehe," usik maklong.
"Haish, maklong nih..."
Malu pula Aziah mendengar usikan maklong.
"Ha, panjang umur kamu. Saiful, Aziah. Tidur awal, esok kita nak pergi masjid untuk majlis akad kamu berdua," pesan paklong sewaktu melalui berhadapan mereka.
"Er.. mana ibu dengan ayah Aziah..?"
"Diorang ada ja dekat bilik. Dah dah, pergi tidur. Maklong dah seterika dah baju korang. Mesti korang penat kan," arah maklong.
"Baiklah, maklong. Paklong, kami masuk bilik dulu ye," kata Aziah dan Saiful meminta izin untuk masuk ke bilik yang disediakan untuk mereka.
Sempat juga mereka membersihkan diri seketika sebelum tidur.
***********
Dalam Harris menyampaikan tazkirah, hanya suara yang membingit menyelubungi musolla itu.
"WOI!!!!"
Sunyi menjawab pekikan Harris.
"Korang nak aku buat macam mana lagi, ha!!! Korang memang tak serik lagi. Aku dah cuba. Bukan setakat aku, ahli-ahli BADAR yang lain semua dah buat!! Tak cukup lagi, ustaz-ustazah. PK HEM, pengetua. Korang tak kesian ke dekat diorang, ha!!!"
Semua terdiam sewaktu mendengar teguran panas Harris. Hanya segelintir mengomel dendam.
"Kau semua dengar ni. Aku kalau tak, bukannya nak pegang sangat pun jawatan ni!! Tapi sebab agama ISLAM!!! Aku sanggup berdakwah meski korang tikam aku. Korang tak rasa lagi apa yang aku tengah rasa!!! Kau semua dengar ni, kalau korang sayangkan Allah dan Nabi. Cubalah jadi baik, jangan bodohkan diri dengan nafsu dunia. Aku bukan apa, sebab takmau korang masuk neraka sebab benda ni!!"
Kelihatan ada segelintir jemaah menunduk malu. Seolah tersedar dari teguran hangat dari Harris.
"Dan, satu lagi. Kalaulah aku ni seorang Dai yang terakhir, siapa lagi yang nak pertahankan...
***********
"... agama Islam kat dunia ni!! Takpon, korang semua nak ke konco-konco Jahiliah yang tengah mendiam tu bangun balik. Rampas semula legasi Islam, biar semua jadi BODOH!!! Sebodoh pengikut halus diorang tu," cerkah Saiful dalam suatu malam di Musolla al-Itqaan. Dia ketika itu sangat baran dengan suasana pengang bak berbatu runtuh. Ketika itu, baru semua jemaah terus mati mengantap dari bersuara.
"Saiful, sabar Saiful. Dah, duduk duduk. Tenangkan diri kau," pesan Hazmi kepada Saiful.
Saiful menoleh menghadap Hazmi dan menunduk. Ditoleh pula ke arah jemaah dalam keadaan naik turun dadanya. Perlahan-lahan dia merendahkan diri untuk duduk di atas kerusi.
Suasana Saiful pada malam itu hampir sama seperti malam yang sedang Harris alami.
Bezanya...
***********
"Harris..."
"Apadia!!?"
"Sabar Harris, sabar. Bertenang. Ni, dah masuk waktu dah ni. Bak sini mic, aku nak tutup majlis," pesan Halmi kepada Harris. Harris cuba bersabar dengan istighfar dan selawat. Cuba memadamkan semula api Ammarahnya itu.
Dalam berapa ketika, dia meminta maaf kepada jemaah atas khilafnya dan menutup tazkirahnya dan menangguhkan majlis ilmu pada malam itu dengan tasbih kiffarah dan surah al-'Asr.
Seperti biasa, jemaah yang terbatal wuduknya akan pergi ke tempat berwuduk bagi memperbaharui wuduk mereka.
Ya, posisi mereka ketika sedang mencerkah. Sungguh. Islam itu bukanlah untuk dijadikan permainan semata seperti yang diingatkan olehNya dalam...
"Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, karena perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa'at selain daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusanpun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang" yang dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu."
(6:70)
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."
(2:120)
***********
Keesokan harinya...
Harinya sudahpun tiba. Ibu bapa Aziah sudah bersedia untuk memberikan hak mereka terhadap anaknya kepada Saiful. Sewaktu mereka melihat penampilan kedua mempelai itu, sungguh indah dengan pakaian serba hijau kebiruan. Mereka membalas pandangan dengan senyuman.
"Aziah dah sedia, ke?" tanya Puan Zahra.
"Dah, bu," jawab Aziah dengan gembira. Dia juga reda dengan takdir untuk menjadi hak milik Saiful meskipun mereka sudah merangka lebih awal.
Tetapi demi kebaikan dan saranan Ustaz Zahirul, dia hanya turuti dan memikirkan kebaikan disebalik hikmah itu.
"Jom," ajak Encik Azhar, ayah kepada Aziah.
Mereka akur lalu mengikut langkah ibu dan ayah Aziah untuk ke kereta mereka. Paklong dan maklong juga tidak ketinggalan untuk mengikut mereka ke masjid untuk majlis akad nikah Saiful dan Aziah.
***********
"Skreett...!!!" setibanya mereka dihadapan masjid yang akan menjadi saksi halalnya satu ikatan itu.
Saiful dan Aziah terus keluar dari kereta lalu mengatur langkah menuju ke masjid ditemani Puan Zahra dan Encik Azhar. Mereka hanya tersenyum melihat pasangan pengantin yang serba indah untuk dilihat itu.
Kelihatan ramai jemputan mengerumuni masjid itu. Seolah menunggu kehadiran Saiful dan Aziah. Ustaz Iman selaku kadi untuk mengijab kabulkan mereka tersenyum sahaja
Saiful tanpa berfikir panjang, terus duduk bersila berhadapan dengan Ustaz Iman.
"Dah sedia, Saiful?" tanya Ustaz Iman.
Saiful mengangguk. Cuba ditahan rasa gentar di hatinya
"Mari tangan kamu..."
Saiful menghulurkan tangannya dan tergenggam tangan mereka.
"Bismillahirrahmanirrahim. Dengan ini, aku nikahkan dikau, Muhammad Saiful Asad bin Saiful Mahmud dengan Nur Aziah al-Marwah binti Azhar dengan mas kahwin senaskhah al-Quran tunai...," Ustaz Iman mula mengucap ijab kepada Saiful
Saiful cuba bertenang...
"Aku terima nikahnya, Nur Aziah al-Marwah dengan mas kahwin senaskhah al-Quran tunai," senafas Saiful menjawab kabul daripada ijab Ustaz Iman. Mendengarkan kabul daripada Saiful itu, Aziah menangis terharu kerana bersyukur dapat menjadi isteri kepada Saiful.
Kini, dia akui bahawa akan ada bebannya dalam menjadi isteri kepada insan yang pernah diminatinya dahulu. Dia harapkan agar Saiful menjaganya dengan agama sebaiknya dan mereka akan menjadi keluarga yang berdasarkan Mawaddah wa Sakinah. Bahkan, dia cuba berjanji untuk menjadi isteri yang terbaik bagi Saiful sebagaimana isteri-isteri Rasulullah SAW.
Sungguh. Indahnya persaksian ini.
Share this novel