"Uishh... dah tak lama dah."
"Kenapa, Su?"
"Ala, macam la kau tak tahu. Esok, kan?"
"Apa, puasa?" Aziah cuba meneka.
"Ye le... Apa lagi."
Suraya girang kegembiraan.
Apakan tidaknya, pasti semua umat Islam ternanti-nantikan kehadiran bulan yang paling mulia dan begitu banyak keistimewaan yang terkandung di dalamnya.
Ya, bulan Ramadan. Bulan bermulanya perang pertama dalam sejarah dunia Islam misalnya selain terhimpunnya seribu satu kebaikan dan terusirya kemungkaran.
Aziah sekadar tersenyum menggeleng.
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
(2:183)
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda;
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan keredhaan Allah) akan diampunkan dosanya yang terdahulu."
(Muttafaqun 'Alayhi, hadith riwayat al-Bukhari, Muslim)
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda;
"Sesiapa yang membelanjakan dua dari sesuatu hartanya pada jalan Allah, akan diseru daripada pintu-pintu syurga: "Wahai hamba Allah, ini adalah satu kebaikan, maka sesiapa yang terdiri daripada kalangan ahli solat, akan diseru daripada pintu solat, sesiapa yang terdiri daripada kalangan ahli jihad, akan diseru dari pintu jihad, sesiapa yang terdiri daripada kalangan ahli puasa, akan diseru daripada pintu al-Rayyan, sesiapa yang terdiri daripada kalangan ahli sedekah, akan diseru daripada pintu sedekah." Maka Abu Bakar RA berkata: "Demi bapa dan ibuku (bertujuan untuk memuliakan Baginda SAW), engkau wahai Rasulullah! Tiadalah ke atas orang yang diseru daripada pintu-pintu itu ditimpa daripada sebarang kemudharatan dan kerugian, maka adakah terdapat orang yang akan diseru daripada semua pintu itu? Baginda menjawab: "Ya, aku berharap bahawa engkau adalah daripada kalangan mereka.
(Muttafaqun 'Alayhi, hadith riwayat al-Bukhari, Muslim)
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah dia berbuka kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur."
(2:185)
***********
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah pada pagi itu meriah dengan majlis ilmu mengenai detik kedatangan Ramadan berdasarkan sirah Nabi SAW dan sahabat-sahabat RA yang disampaikan oleh Ustaz Zahirul.
Pencerahan yang diberikan oleh Ustaz Zahirul mendapat sambutan yang baik daripada para hadirin masjid.
Apakan pula, dengan cara penyampaiannya yang sempoi dan berisikan jenaka, membuatkan jemaah terhibur dengan penyampaiannya.
Bak kata Ustaz Zahirul, 'Biar santai janji sampai'.
Selain kisah-kisah yang berkait dengan bulan Ramadan dan keistimewaan beramal dengan Ramadan, Ustaz Zahirul turut menerangkan tentang Hari Syak. Iaitu hari yang diharamkan berpuasa sunat. Mengapa sedemikian?
***********
"Hey, Harry."
"Yes, what's wrong. Khai?"
"I just want to ask you, didn't you know about the fasting month will be coming tomorrow?"
"Is it. Oh, so this is the first time I do the fasting as a muslim."
"What, you have fasting before?" Khai Hairan.
"Yes, Khai. I've do it with my other muslim friends. It's such fascinating, Khai," luah Harry.
Khai terangguk akur.
Sungguh, ketakjuban Islam itu menarikkan. Ketahuilah, Islam itu bersifat medikal yang holis dan menyeluruh.
Seperti kebanyakan artis Barat contohnya Vin Diesel dan Dwayne (The Rock) Johnson, mereka sendiri mengakui akan kelebihan berpuasa itu bahkan mereka amatlah memuji kepada mereka yang berpuasa dibulan kemuliaan(Ramadan).
***********
"Aziah..."
"Ye, Su. Kenapa?"
"Tak sabarnya aku nak puasa esok."
"Haha, aku pun gitu. Su,"
"Hm,"
"Esok, kalau aku bangun awal. Aku kejut kau sahur."
"Insha allah, Ziah. Dah lama aku tak sahur dengan kau."
"Hm..," Mereka sempat berpelukan sebelum mereka mula tertidur.
"Assalamualaikum, Su. Sayang kau."
"Waalaikumsalam, Ziah. Sayang kau jugak."
***********
"Dzzzz....Dzzzzz"
"Ergh, allahuakbar... Dah pukul berapa?"
Geliat Aziah sewaktu terjaga dek deringan telefonnya.
"4 pagi... tahajjud dulu lah."
Aziah cuba bangunkan belakangnya.
Sempat dia melihat Suraya yang masih dibuai mimpi.
"Su... bangun, tahajjud."
Kejut Aziah.Tiada respons.
"Hm, takpelah. Nanti kejut lain," katanya lalu pergi ke arah bilik air untuk mengambil wuduk.
Usai sahaja berwuduk, kelihatan Suraya masih terbaring di atas katil.
Tanpa berfikir panjang, Aziah terus menghamparkan sejadah lalu menunaikan tahajjud.
"Allahuakbar..."
***********
"Assalamualaikumwarahmatullah..,"
"assalamualaikumwarahmatullah..."
Setelah memberi salam yang kedua, Aziah terus menoleh ke arah Suraya.
Masih berada di posisi yang sama sepertimana Aziah keluar dari biliknya.
Dia melihat waktu di telefonnya, kelihatan telefonnya menunjukkan jam 4.55 pagi.
"Boleh dah ni rasanya," kata Aziah lalu pergi menuju ke arah Suraya untuk mengejutnya bersahur.
'Esok, kalau aku bangun awal. Aku kejut kau sahur,' terimbau di minda Aziah akan janjinya terhadap Suraya malam tadi.
"Su... Su, bangun sahur."
Tiada gerakan.
"Su, sahur."
Sunyi
'Su ni dah kenapa?' hairan Aziah dalam hatinya.
Tangannya cuba diletakkan di hujung hidung Suraya.
Tiada sebarang hembusan.
Teralih pula di lehernya untuk memeriksa nadi.
Tiada denyutan.
'Tak, takkanlah...'
Aziah terbeliak. Dia terus menggapai telefonnya dan
***********
"Deett....Deett.,"
"Siapa pula yang dok call aku nih?" hairan Ustazah Aini.
Tangannya terus menggapai telefonnya untuk menjawab panggilan di telefon.
"Aziah..," Dia terus menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum, ni Aziah ke. Kenapa ni. Kenapa call ustazah?"
"Wa... waalaikumsalam, ustazah. Su... su, Ustazah. Suraya, dia... dia..."
Ustazah Aini hairan dengan suara Aziah yang tersedu-sedu seakan menangis.
"Kenapa ni, Aziah?"
"Suraya, dia... dia dah takde ustazah. Dia dah takde!"
Ustazah Aini terbeliak.
"Tak, takkan."
"Us.. ustazah boleh datang kat bilik saya."
"Baiklah, saya datang sekarang."
"Hm," Aziah menamatkan panggilan.
Ustazah Aini terus bersiap lalu keluar menuju ke kampus untuk melihat keadaan Suraya.
Sempat dia membawa bungkusan untuk diberikan kepada Aziah sebagai hidangan bersahur dan memberitahu berita itu kepada Ustaz Zahirul.
***********
Suasana kuliah di pagi itu tidaklah seperti biasa.
Hanya suram mengelilingi diam.
Sewaktu Encik Aiman melihat suasana suram itu, terasa di hatinya akan kesian terhadap pelajarnya.
"Baiklah, atas berita kesedihan sahabat kamu itu. Saya batalkan sahaja kelas pada pagi ini. Jadi, kamu pergilah menziarahi sahabat kamu semua. Takpe, saya izinkan," kata Encik Aiman.
Apabila semua pelajar terdengar kata Encik Aiman, mereka tersenyum dan bingkas bangun.
"Terima kasih, Encik Aiman!!" Laung mereka lalu mengemas barang lalu meninggalkan bilik kuliah.
Aiman hanya tersenyum.
Bayangkanlah, di pagi 1 Ramadan, telah Dia menguji dua orang insan yang bergelar sahabat itu dengan pemergian salah satu dari mereka. Pastinya dihimpitnya rasa sedih dan hiba.
Kadang, itulah tanda sayangNya terhadap hambanya itu. Bahkan pemergiannya itu fitrah, mulia rohnya dijemput tanpa dosa.
***********
"Alhamdulillah, selesai sudah ibadah kita untuk seharian Ramadan," ucap Ustaz Zahirul kepada pelajar siswanya setelah mereka bersama-sama menunaikan iftar pada hari pertama Ramadan di perkarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.
Semua pelajar terangguk turut gembira.
"Baiklah, jom kita. Masjid," ajak Zakwan sambil membuat tanda sembahyang.
"JOM!" Semua sahut ajakan Zakwan lalu bingkas bangun dan menggerakkan diri mereka ke arah masjid untuk menunaikan solat Maghrib,Isyak dan seterusnya Terawih.
***********
...??(1)"
...???????? ??????(2)
"... ???????? ????????(3)
Sendu hiba bacaan Aziah sewaktu bersendiriaan di biliknya.
Masih terkesan dihatinya tentang pemergian Suraya yang dikatakan secara mengejut.
'Su, tunggu aku,' ucap hatinya mengungkap janji untuk menjadi sahabat syurga.
Dalam sendu bacaannya, air mata terus membanjiri pipinya dan akhirnya, tewas bertelungkup lena di atas sejadah.
'Aku rindu kau, Su. Aku rindu sangat dekat kau...'
Share this novel