TIKAM

Young Adult Completed 1953

Hari ini merupakan hari berlangsungnya ujian percubaan SPM bagi Harris.

Ujian ini bertempoh panjang seperti peperiksaan sebenar Sijil Pelajaran Malaysia iaitu 3 minggu lebih. Harris dan kawan-kawan setingkatan dengannya puas berbanting tulang pada malamnya kerana mereka akan menghadapi ujian yang agak 'rumit' bagi mereka iaitu subjek Matematik Tambahan dan Fizik.

Ketika Harris sedang melangkah ke dataran sekolah sesudah dia mengambil sedikit barang yang tertinggal di kelasnya, seseorang hadir menegurnya seraya menghulurkan sehelai kertas kepadanyaa

"Siapa yang bagi ni?" tanya Harris.

"Nanti kau taulah. Yang aku tau dia kawan setingkatan dengan kita and..," belum sempat menghabiskan katanya, Amirah pergi meninggalkan Harris dan masuk ke kelas untuk mengambil barangnya sebelum bergerak ke dataran sekolah.

Harris terjongket kening. Amirah hanya menjongket bahu tanda dia juga tidak tahu gerangan siapa yang memberikan kertas itu kepadanya untuk diberikan kepada Harris.

Harris menggeleng lalu terus menyambung langkahnya ke dataran sekolah sementara menanti bacaan Yasin yang akan dipimpin olehnya dan rakan-rakan yang sejawat dengannya.

"Nanti-nantilah aku baca," kata Harris sewaktu membelek-belek kertas itu.

Anisah yang ketika itu hanya memerhati Harris dari jauh, berdiam menunduk dan masih berkumat maaf dimulutnya kepada Harris. 

Dia tahu, dia bukanlah sahabat yang diperkatakan Harris awal tahun yang lalu...

"KAU DENGAR NI, ANISAH HUMAIRA!!! KALAU KAU BETUL SAYANGKAN KAWAN KAU, KENAPA AKU NAMPAK DIORANG TU TAK MACAM KAU!!? TAKKANLA KAU NAK MASUK SYURGA SORANG-SORANG,KAN!!! SO, KALAU KAU MASIH SAYANGKAN DIORANG, AKU NAK DIORANG TU JADI MACAM KAU!!!"

***********

Sesudah sahaja selesai kuliah, Aziah terus ke bilik untuk bersihkan dirinya. Sewaktu dia mula memasuki biliknya, kelihatan Nazifah sedang khusyuk membuat assignmentnya.

"Eh, Ifah. Awalnya balik," sapa Aziah.

"Lecturer aku lepas awal tadi. Sebab tu aku balik awal ni ha."

"Oh, begitu..." Angguk Aziah seraya meletakkan beg galasnya dan mengambil tualanya untuk bersedia ke bilik air. Sewaktu dia ingin memulakan langkah.

"Eh, kejap. Wei, Ifah. Semalam kan aku sampai u dari kampung aku waktu malam. Aku pergi la bilik kita. Aku ketuk punya ketuk pintu sampai panggil nama kau, takda respond pun. Tolak tombol, tak kunci. Masuk-masuk gelap je bilik. Kau pergi mana, ha Ifah? Hari ni baru aku nampak kau." soal Aziah tentang keberadaan Nazifah yang tiada di bilik merekaa semenjak malam semalam.

"Aku tumpang bilik kawan aku. Ye la, malas nak memanjang ja lonely. Pi la bilik kawan aku si Zulfa tu," balas Nazifah.

"Ha, Ziah. Aku lupa nak bagitau kau. Tu, ada something dekat atas meja study kau."

"Siapa yang bagi?"

"Entah," balas Nazifah sambil menjongket bahu.

"Hm, takpelah. Aku nak pi mandi jap."

"Okay."

Lalu, Aziah terus mengatur langkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

***********

'Awak, dia tau dah ke?' soal Hazman kepada Nazifah melalui whatsapp.

'Belum. Saya cover je, kata saya tumpang bilik kawan saya.' kata Nazifah.

'Oh, nasib. Bagus la awak ni, macam ni la saya sayang,' puji Hazman sambil menunjuk emoji thumbs up.

'Tengokla ni siapa dia? Ni Nazifah okay,' nazifah menunjuk tabiat syok sendirinya.

'Hm, yelah. Anyway, pasal 'hadiah' tu. Dia tau tak?'

'Dia pergi mandi, bang. Dia tau je yang saya ada letak hadiah tu atas meja study dia.'

'Oh, takpelah kalau macam tu. K, la. Love you,' kata Hazman dan menamatkan perbualannya bersama Nazifah.

***********

"Alhamdulillah, dapat jugak jawab paper tadi. Not bad la soalan dia. Kau macam mana pulak, Syafiq?" tanya Harris kepada teman-temannya ketika mereka sedang berehat di surau seusai habis menjawab kertas soalan yang dianggap 'rumit' bagi mereka dan menunggu waktu makan tengahari.

"Fuh, agak la. Tak sia-sia jugak kita struggle malam tadi. Anyway, thanks bro. Tolong kejut kitorang pagi tadi. Awal gak eh kau bangun. Haha," balas Syafiq sambil memuji Harris

Yang lain turut akui dengan katanya dan mereka bergelak-ketawa bersama seolah terlepas sudah bebanan yang begitu berat untuk digalas mereka. Mereka turut mengakui, kadang apa yang dilihat rumit akan menjadi senang di akhirnya. Apatah untuk percubaan sebegini. Mana mungkin, mereka akan bertemu dengan soalan yang paling mudah untuk dijawab ketika peperiksaan sebenar tidak lama lagi.

"Eh," tiba-tiba Harris teringat akan kertas yang diberikan Amirah pagi tadi.

"Er, korang. Aku nak keluar kejap. Boleh tak?" pinta Harris.

"Eh, apa pulak tak boleh. Pi la, kami tak halang," alu Haziq.

Harris tersenyum lalu bingkas bangun dan melangkah keluar surau untuk melihat isi kertas yang diberikan kepadanya.

'Kepada Harris Akmar bin Muhamad Hafiz..."

***********

Sesudah Aziah berpakaian baharu seusai mengelap badannya, dia terus ke meja belajarnya untuk melihat 'hadiah' yang diletakkan Nazifah sebentar tadi.

Nazifah ketika itu tertidur di atas meja belajarnya.

'Moga hadiah ini menggembirakan awak.'
-Pencuri hatimu-

"Siapa pulak yang tulis ni?" hairan Aziah. Dia cuba membuka bungkusan hadiah itu,

"Coklat..?" Aziah semakin pelik.

Nazifah cuba membuka matanya sedikit, melihat apa yang akan dilakukan Aziah sambil tersenyum sinis.

Dibaunya coklat itu, sedap sahaja. Pabila dia merasa, enak. Dan kemudiannya dimasukkan terus sahaja coklat itu. Keenakannya yang tidak terhingga dan akhirnya...

"Ke, kenapa aku rasa mengantuk je ni?" hairan Aziah sewaktu dia seakan berkhayal dalam beberapa minit selepas memakan hampir kesemua coklat itu.
Dia cuba berdiri, tidak begitu seimbang dirasakannya. Dan akhirnya,

"Allah..," Aziah tertewas juga.

***********

"Hmm... ni je ke. Aku faham dengan kau, Nisah. Cuma aku harapkan je yang kau mesti cuba buatkan kawan kau tu jadi macam kau. Tu pun kalau kau sayang dengan diorang. Tu je yang aku nak. Aku tak kisah pun kalau kau benci sangat dekat aku. Nak benci tu benci jelah, pandai-pandai kau. Dah cara kau, bukan aku dan aku tak tau nak kata apa," monolog Harris keseorangan setelah habis dia membaca kertas yang diberikan oleh dan ketahui bahawa kertas itu adalah dari Anisah. Dia menggeleng sendu.

"Haih, Harris. Jom, DM (Dewan Makan)," ajak Syafiq dan teman-teman Harris yang lain setelah berasakan waktu makan tengahari sudah tiba.

"Oh, takpe. Korang pergi la dulu. Nanti aku menyusul korang, K," alu Harris.

"Hm, okay. Kami pergi dulu," Syafiq hanya menerima pengaluan Harris untuk pergi ke dewan makan. Sempat dia menepuk bahu Harris apabila dia perasan wajah rakannya yang mula keruh. Harris hanya tersenyum.

Benar, bukannya hak kita sendiri untuk memuaskan hati manusia yang 'Setaraf' dengan kita, sebagai hamba yang juga hina seperti kita.
Tapi tidaklah bermakna, kita punyai hak untuk menentukan hidup untuk membenci atau tidak. Ketahuilah, itu semua hanyalah Tuhan yang berhak.

Islam sendiri menggaris, berpadalah untuk kita suka dan benci seseorang itu. Jangan sampai kita 'Rosakkan' diri sendiri dek membenci atau menyukai.

Teman, berhati-hatilah.

***********

"Eh!!! Ha... Aku, kat mana?" Aziah yang terjaga mula kesilauan akibat lampu biliknya yang menembus masuk matanya itu. Dilihat sekeliling, kelihatan Nazifah tiada di bilik.

"Nazifah..," cuba dipanggilnya tetapi tiada sahutan.

"Eh, ada surat?"

"Aku keluar kejap."
-NAZIFAH-

"Keluar... pergi mana pulak budak ni?" hairan Aziah sewaktu melihat surat yang ditinggalkan Nazifah diatas meja belajarnya..

Cuba dia melangkah keluar dari bilik. Terang sahaja bercahaya. Dilihat di dinding tingkap, gelap malam menyelubungi.

Cuba diatur langkahnya...

"Hah. Macam kenal suara ni?" pelik Aziah apabila seolah terdengar suara yang seolah-olah milik Nazifah.

***********

"Ayang, awak tak tau nak buat apa ke?" tanya Nazifah dengan suara halusnya.

"I tak tau nak buat apa la. Just nakkan Aziah, tu je," kata Hazman.

"Alah, dia kan tengah tertidur. Jangan risau la, lepas ni mungkin dia dah suka dekat awak," kata Nazifah dengan jaminan untuk menenangkan Hazman.

Hazman tersenyum riang apabila mendengar 'jaminan' yang dijanjikan Nazifah.

Sebenarnya, mereka sudah pun lama bersubahat untuk menjejak langkah jalan kehidupan Aziah sejak dari awal lagi sewaktu Hazman bertentang dengannya sehinggalah sekarang. Mengikut setiap rancangannya, hanya berjalan lancar tanpa masalah yang merosakkan. Tetapi, akibat caranya itu ditolak Aziah mentah-mentah, dia akhirnya mengambil jalan untuk mem'bunuh' Aziah.

Dalam mereka tersenyum riang.

"Tok tok tok"

"Hah!!? Siapa pulak yang datang ni?" tanya Hazman.

"Entah?"

"Krreekk..."

"Hah!!"

"Oh, Aziah. Aziah al-Marwah. Panjang umur kau. Aku ingat dah mati dah," usik Nazifah.

"Kau..? Hazman..?"

"Ye, kenapa dengan kami? Cemburu tengok kami berduaan?" pintas Nazifah.

Mata Aziah mula menakung air mata.

"Huh, dasar lemah. Kau ingat aku nak sangat ke kawan dengan kau, ha? Huh, takde makna! Naik lali hidup aku. Aku ingat, kau dah 'melayang' dah waktu makan coklat tu," terang luahan Nazifah itu yang membuat Aziah tersentak.

"Maknanya... Kau.."

"Huh, pandai-pandai kau la nak tafsir aku macam mana," pesan Nazifah..

Aziah tanpa berfikir banyak menghempap pintu lalu melangkah pulang ke bilik dengan duka.

Tangannya ada menghempap dinding, raung jiwanya dilepaskan dengan rasa geram.

'Huh, baru kau kenal siapa aku ha? Huh, budak lemah. Ceh! Pandai-pandai la kau hidup. Aku dah penat dengan kau. Penat tolong Hazman untuk cari jalan semata-mata nak dapatkan kau.' 

Geram hati Nazifah sambil melihat pintu. Benci dengan perangai Aziah yang diperbodohkan oleh dia sendiri dan Hazman.

Hazman hanya tersenyum tawa dengan drama yang dia saksikan tadi.

"Kalau tak dapat dia. Awak pun boleh je, yang. Awak pun perfect untuk saya," kata Hazman.

Nazifah menoleh ke arahnya dan tersenyum.

"So sweet la abang ni. Malu I tau..," sipu Nazifah dipuji sebegitu.

***********

"A.. ass, assalamualaikum, ibu."

"Waalaikumsalam. Kenapa ni, Aziah?" hairan ibu Aziah, Puan Zahra

"Aziah...Ziah...,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience