"Hello, Khai," sapa Harry.
"Hi, Harry. What's wrong?"
"Err... I think, I want to 'do' it now,"
"What is it... Saying the syahadah...?" Khai semakin hairan.
Harry mengangguk.
Khai cuba bertenang.
Nafas terus diambil panjang...
Harry tertunduk.
Ya, Dia sudah pun reda dengan apa yang akan berlaku. Dia sudah pun temui cahaya Islam seperti yang pernah berlaku terhadap sahabat Rasulullah saw. Perkara ini juga pernah Khai ceritakan terutama Mus'ab bin 'Umair, seorang sahabat yang terkaya di Mekah tetapi menetap bersama baginda setelah memeluk Islam akibat dihalau ibu bapanya meski diugut oleh mereka kerana khianati ajaran nenek moyangnya. Akhirnya, dia syahid ketika peristiwa Uhud akibat dibunuh oleh Ibn Kabi'ah yang melontar tombak terhadapnya hanyalah dengan sebab dia memiliki rupa seiras dengan baginda seperti yang dia laungkan kepada tenteranya,
"Aku telah membunuh Muhammad. Aku telah membunuh Muhammad!!!"
Dengan laungan inilah, tentera Islam menjadi lemah sehingga Ali mengatur ayat dari Kitabullah untuk menguatkan semangat mereka. Tetapi, dialah (Mus'ab) seorang sahabat yang diiringi tangisan Rasulullah ketika kematiannya.
Lalu, Khai bangun dan mengajak Harry untuk mengikutinya.
Harry sekadar akur.
Ya Allah, mudahkan hambamu.
***********
Dalam Saiful sedang keseorangan, menyiapkan tugasan yang diberikan oleh cikgunya.
Tiba-tiba...
"PANG!!!"
"Woi, budak alim. Kau apa khabar, ah!?" Zulaikha tiba-tiba menghentakkan tangannya ke atas meja dengan kuat dan menengking Saiful dengan kerasnya.
Saiful sekadar berdiam...
"Waalaikumsalam, kau nak apa...?" balas Saiful dengan 'sopan'.
"Oh... hohoho... Orang tak bagi salam, tapi dia pulak menjawab. Haha. Lagi syok aku kalau macam ni. Heh, aku datang sini sebenarnya sebab saja la nak usik-usik kau. Kenapa, tak boleh, ke?" perli Zulaikha.
"Kalau kau saja-saja nak datang sini semata nak kacau aku, baik kau balik kelas kau jelah," pesan Saiful yang seakan ingin naik marah.
"Oh, dah pandai mengarah orang, eh!" Zulaikha masih memerli Saiful.
"Hmm... Dah la, bosan aku dengan kau ni. Ciau lu, ye. Byee...!" Zulaikha terus meninggalkan Saiful dengan menggedik.
Dalam berapa ketika...
Tika Saiful menggenggam tangannya,
"PANG!!"
"WOI, JANTAN!!!" Saiful terbangkit dan melepaskan ammarahnya kepada Zulaikha.Zulaikha menoleh.
"Aku, aku jantan...? Ehhh...Woi, kau tu padia...? Beti-"
"KAU... DIAM!!!" Saiful pintas kata Zulaikha sambil menuding kearahnya.
"ZULAIKHA AZ-ZAHRAH ABDUL SOLIHIN!!!! KAU ADA MALU KE TAK, HAA!!! KAU NGAKU KAU TU PEREMPUAN TAPI KENAPA KAU BUAT LAGAK TOMBOI MACAM ANAK HAR*M LAGI HAA...! MALU KAU ADA KE TAK HAAA!!! DASAR MUKA BERTOPENG SYAITAN...! KAU NI... HUH, MALAS LA AKU NAK CAKAP BANYAK DENGAN KAU. AKU CUMA NAK KAU PEGANGLAH AYAT AKU NI. KALAU KAU RASA KAU TU DAH TAKDA MALU SANGAT DALAM DIRI KAU TU, KAU BUATLAH APA YANG KAU NAK. NAK BERCOUPLE KE, NAK BERZINA KE, NAK BERJUDI, KE. KAU BUAT LAH! BIAR SAMPAI KAU MATI PON, BUAT PI LA APA YANG KAU NAK BUAT. SIAPA AKU NAK HALANG KAU KAN DAH BUKANNYA HAL AKU NAK 'JAGA TEPI KAIN' KAU DAN AKU BUKAN ADA HAK NAK KACAU HIDUP KAU. DASAR TOMBOI! HEH, PANDAI-PANDAILAH KAU NAK HIDUP MACAM MANA. AKU DAH PENAT, PENAT DENGAN ANAK AKHIR ZAMAN MACAM KAU! JANGANKAN, BILA MUKA KAU DAH KENA MINYAK API YANG KAU PUKUL KAT DULANG TU, BARU KAU NAK MENANGIS DARAH CARI AKU!" puas Saiful menengking Zulaikha sambil menuding kepadanya.
Zulaikha terdiam seribu bahasa. Lidahnya terikat kelu dengan teguran berapi yang kian marak dan menusuk tajam dalam hatinya.
Ramai pelajar yang kebanyakan dalam kalangannya, sekelas dengam Saiful, menyaksikan peristiwa yang begitu 'sengit' itu...
"AKU, KAMI SEMUA AHLI BADAR, USTAZ, USTAZAH. SEJUJURNYA, SANGAT-SANGATLAH HORMAT DEKAT KORANG SEMUA. TAPI, KENAPA KORANG PIJAK KAMI MACAM NI, HAA!!. KORANG TAKDE RASA KE APA, HA!? KALAU KORANG RASA DENGAN GAYA KORANG YANG DAH PIJAK KAMI ATAS USAHA KAMI UNTUK 'BETULKAN' KORANG DENGAN DOSA YANG BERTIMBUN TU, KORANG SEBENARNYA DAH PIJAK APA YANG ALLAH DAN NABI BAHKAN AGAMA KORANG SENDIRI AJAR TAU TAK!! ALLAH DAN NABI DAH SIAP-SIAP BAGITAHU TENTANG KORANG TAPI... Ta.. taa..pii..."
"Uhuk uhuk... Ahhhh..."
"Hah, Saiful?" Khai dan Akram perasan akan Saiful yang seakan ingin rebah dan berpusu-pusu menangkap tubuh Saiful yang mula sayu.
Zulaikha terkejut dengan Saiful yang tiba-tiba rebah. Dia ketika itu masih digari bisu. Mukanya kian keruh akibat teguran Saiful yang seolah meluahkan segala apa yang dia pendamkan selama ini.
"Ta... T, ta... Tapi..."
"Ya Allah, Saiful..."
"Wei, tolonglah kami!!" laung Khai. Terasanya ketar di badan Saiful yang seolah mula 'gila' akibat marah diiringi peluh dan air mata. Di lidahnya tak berhenti-henti istighfar dan mengucapkan Allah berulang. Lalu hampir kesemua pelajar lelaki kelas Saiful meluru ke arah mereka untuk menolong mengangkat jasad Saiful. Kelihatan air mata mula menakung dan pecah menuruni pipi Saiful.
Zulaikha masih terkaku bisu. Dia melangkah undur beberapa langkah, lalu terus melangkah balik kelas dengan wajah yang 'diam'. Dalam fikirannya, seolah terputus seketika dek teguran penyambar Saiful itu atas barannya terhadap dirinya sendiri.
Kadang, kita tak sedar. Manusia yang sering menegur kita bahkan terasa 'lain' pabila melihat kita itu, hakikatnya masih ada iman dihatinya dan dengan iman itulah, dia masih mampu MENYAYANGI kita semata-mata untuk bersama-sama ke syurga Tuhan yang ABADI. Isunya, nafsu kita sendiri yang mengugut iman supaya BERDIAM dan arahkan 'tuannya' agar menjadikan mereka beraja di jasad kita. Percayalah teman, itu semua GODAAN sang Durjana semata.
Sebenarnya, bukan setakat Saiful seorang yang berdakwah kepada mereka yang seperti Zulaikha tetapi hampir semua cikgu dan ahli BADAR termasuklah para ustaz dan ustazah di sekolah melakukan perkara sebegitu.
Cuma, mereka kadang membalas semua dengan celaan kerana merasakan mereka 'dipaksa' untuk berbuat sedemikian.
Biasalah, pabila mereka itu menjadi semakin cemburu dengan apa yang dimiliki lelaki, mereka terus dengan senyap-senyap mengikuti dan akhirnya tercetuslah penyakit feminisme sebagai satu organisasi yang mempertahankan hak kebebasan mereka, sebagai WANITA, di mana ianya amatlah berkait rapat dengan Penyakit Wanita Akhir Zaman. malu yang asalnya terterap bagaikan ratu dalam diri wanita kini telah Dibunuh Sepi Oleh Nafsu Dan Ego.
Umum ketahui, pada asalnya mereka sangatlah pemalu dan luhur sifatnya. Bahkan dilabel MAHAL oleh masyarakat apatah dalam Islam sendiri, telah dikatakan bahawa merekalah kaum yang begitu istimewa atas beberapa hal. Seperti dalam satu hadis, pernah dijawab baginda bahawa perkara yang disukainya adalah wangian,wanita dan solat.
“Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.”
(Riwayat Abu Daud)
"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan."
(3:14)
"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah."?
[Riwayat Muslim (715)]
Tetapi, masa melenyapkan zaman itu. Gejala feminis dari Barat terus merebak dan melumpuhkan imej Islam terutamanya kaum wanita demi mencapai hasrat mereka untuk menjatuhkan Islam dengan slogan-slogan tertentu. Contoh, 5S(Sport,Sex,Screen,Smoke,Song) dan 3F(Fun,Fashion,Foods). Impaknya, mereka tidak lagi menjadi yang sepatutnya.
Malu TIDAK LAGI dipandang mereka. Yang mereka fikir, hanyalah kebebasan sebagai wanita untuk melakukan apa sahaja. Arak, judi, hiburan, segalanya mereka 'takluk' dengan serela-relanya, bagai sedang menjual diri mereka sendiri tanpa segan silu. Bahkan, ada juga yang bercouple tidak kira umur dari seawal-awal umur 5 tahun sehinggalah 18 mahupun lebih. WALAUPUN, telah berpuluh-puluh, beratus-ratus, beribu-ribu bahkan berjuta-juta kes lahirnya ANAK HARAM hasil dari hubungan 'bahagia' itu. Tetapi, lagi parah dan sedihnya, hubungan yang mereka lakukan itu DIREDAI oleh ibu bapa mereka sendiri. Sungguh, kebodohan dunia yang sekarang ini, telah memakan diri mereka sendiri. Nyatalah pesanan Baginda SAW melalui satu riwayat;
Daripada Usamah bin Zaid RA, bahawa Nabi SAW bersabda;
??? ???????? ??????? ???????? ??????? ????? ?????????? ???? ??????????
Maksudnya:
"Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita."
[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
?????????? ?????????? ?????????? ?????????? ??????? ??????? ???????? ????? ???????????? ??????? ??? ??????????
Maksudnya:
“Berhati-hatilah dengan dunia dan berhati-hatilah dengan (fitnah) wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang berlaku pada golongan Bani Israil adalah pada wanita.”
(Riwayat Muslim)
[Imam al-Nawawi Rahimahullah ketika mensyarahkan hadith ini ada berkata:
'Maknanya adalah;
“Jauhkanlah diri kamu dari terfitnah dengan dunia dan juga orang perempuan.’’]
Wahai teman yang bergelar Hawa, sedarilah kalian bahawa mawar berduri itu sungguh amatlah indah untuk dilihat tetapi gerun untuk didekati. Samalah seperti kalian, indah dipandang malah takut didekati ajnabi. Janganlah kalian menjadi seperti berlian, indah dilihat BAHKAN boleh disentuh dengan puasnya. Sepertimana isu kalian yang menjadi-jadi kini, sangat indah dilihat bahkan seronok untuk dipermainkan oleh 'mereka'. Sungguh, kalian sebenarnya tinggi martabatnya dan yang paling gah dalam menyempurnakan hidup sang Adam.
Dan, JANGANLAH kalian memandang remeh kepada mereka yang dikenali kalian sebagai Penyabar itu menjadi seorang yang Baran, yang dikenali Periang itu Menitiskan air mata pertamanya, dan yang dikenali Setia itu... Berdiam diri dengan KEKECEWAAN.
***********
'Pul... Aku.., aku... nak mintak maaf dekat kau. Aku betul-betul menyesal dengan perangai aku dulu. Sob sob,' bisik hati Zulaikha dengan iringan air mata. Menyesal atas kesilapannya kepada Saiful ketika di sekolah. Risau dihatinya memikirkan Saiful seolah masih tidak mahu membalas rasa kemaafannya atau benci untuk melihat wajahnya sejak peristiwa 'hitam' itu.
Sebenarnya Zulaikha adalah ketua kepada mereka yang sepertinya. Segala yang diarah, pasti 'konconya' akur dan buat apa yang diarah olehnya. Kadang, apa yang dilakukan Zulaikha agak melampau sehingga dapat dihidu dan dia juga seringkali didenda oleh guru disiplin, GPK HEM sekolah bahkan pengetua sendiri pernah menggantung sesi persekolahan akibat perlakuannya. Tetapi serik tetap mereka buang sejauh-jauhnya. Sehinggalah apabila terjadinya peristiwa itu, seolah Tuhan ingin menyedarkan dirinya kerana tidak dia menyangka akan ada yang berkata sebegitu terhadap dirinya.
Sejak itu juga, dia isytiharkan kepada mereka yang dia ingin berubah. Mereka melopong bahkan ada yang memperlekehkan keputusannya meski... Ada yang berada di pihaknya.
Dia kemudiannya menekan butang follow di laman Instagram Saiful.
Nafasnya ditariknya panjang...
Gementar denyutan dibiarkan.
Share this novel