BUDI

Young Adult Completed 1953

"Assalamualaikum. Adakah ini waris kepada Muhammad Akram bin Abdul Jalil?" soal Encik Yasier setelah puas dia menelefon ahli keluarga arwah. Akhirnya, usaha menemui kejayaan dimana panggilannya mula dijawab.

"Waalaikumsalam. Ye, saya ibu Akram. Ni siapa, ya?" tanya Puan Rosilah, ibu kepada arwah Akram.

"Saya Encik Yasier, pensyarah di universiti Akram,"

"Oh, ye ke? Er... Kenapa Encik Yasier menelefon saya ni, ya? Apa tujuan encik dan boleh saya tahu mengapa?" soal Puan Rosilah lagi.

"Sebenarnya, saya ingin memberitahu kepada pihak puan dan keluarganya bahawa anak puan sudah pergi. Dia sudah pergi buat selama-lamanya. Dia dikhabarkan dah meninggal pada awal pagi tadi dekat kampus Mahallah, selepas dikejutkan seorang kawan yang sebilik dengan dia," jelas Encik Yasier.

Puan Rosilah terkejut. Terbeliak matanya setelah mendengar khabar tentang anaknnya itu.

"E... encik... encik biar betul?" Puan Rosilah seakan tidak percaya akan kata Encik Yasier. Sedih dengan khabar sebegitu apatah bagi seorang ibu, Pasti dia akan terasa kehilangan sebutir cahaya yang pernah menerangi hidupnya.

"Puan, maafkan saya. Saya tidak berniat untuk melukakan hati pihak puan dan suami," Encik Yasier masih cuba untuk tidak memburukkan keadaan.

"Sob sob... sob sob..."

"Baiklah. Sebelum saya tamatkan panggilan, Saya cuma inginkan jasa baik puan ataupun suami puan untuk datang ke hospital bagi membuat kebenaran untuk pihak hospital melakukan proses post-mortem untuk arwah," Encik Yasier cuba mengingatkan Puan Rosilah kerana dia tidak mahu berfikir panjang lagi lalu menamatkan panggilan dengan ucapan salam.

"Akramm..!!"

***********

Jam 10.30 pagi...

"Baiklah, encik. Kami akan mula menjalankan proses post-mortem terhadap jenazah pelajar encik. Sebelum tu, adakah waris arwah sudah mengetahui tentang hal ini?" tanya Doktor Hazwan.

"Sudah, doktor. Insya-Allah, kemungkinan mereka akan hadir untuk datang ke sini "

"Baiklah, terima kasih encik. Pihak kami akan sentiasa menunggu," Doktor Hazwan terus bersama Encik Yasier dan rakan-rakan arwah Akram di luar bilik forensik sementara menanti kehadiran waris arwah.

***********

Beberapa minit kemudian...

"Tap tap tap tap...!"

"Ha, sampai dah kot diorang," teka Saiful sewaktu mendengar bunyi hentakan kasut daripada ibu arwah Akram.

"Akram... Mana Akram? Encik, maaf bertanya. Ada tak seorang jenazah yang bernama Akram?" tanya Puan Rosilah kepada penjaga kaunter pertanyaan utama hospital.

"Ada puan. Dia berada di bilik..."

"Assalamualaikum. Ini waris si Akram ke?" tiba-tiba, Doktor Hazwan mencelah percakapan penjaga kaunter dalam dia sedang melangkah menuju Puan Rosilah dan suaminya, Encik Abdul Jalil.

"Waalaikumsalam. Ya, saya ayahnya. Dan ini ibunya. Boleh kami tahu, di mana anak kami sekarang?" tanya Encik Abdul Jalil.

"Oh, dia masih di dalam bilik forensik. Dan kami ingin meminta kebenaran encik dan puan, untuk mentandatangani surat kebenaran ini. Dan ini pennya," kata Doktor Hazwan sambil menyerahkan sehelai surat kebenaran kepada Encik Abdul Jalil untuk diletakkan tandatangannya.

Diambilnya surat itu, terus Encik Abdul Jalil mengambil pen daripada Doktor Hazwan.

Dia terus mentandatangani surat itu dan diberikan semula kepada Doktor Hazwan.

"Baiklah. Mari ikut saya," ajak Doktor Hazwan lalu berpaling dan melangkah pergi ke bilik forensik, diikuti oleh Encik Abdul Jalil dan Puan Rosilah

**************

"Baiklah encik, puan. Kita dah sampai," kata Doktor Hazwan kepada ibu bapa arwah Akram setelah mereka tiba di hadapan bilik forensik. Kelihatan, ramai rakan-rakan arwah berkumpul disitu termasuklah Encik Yasier.

"Doktor. Izinkan kami untuk melihat wajah anak kami," pinta Encik Abdul Jalil.

"Silakan."

"Terima kasih, doktor," kata Encik Abdul Jalil sambil bersalaman dengan Doktor Hazwan.

Doktor Hazwan hanya tersenyum.

"Jom, yang," ajak Encik Abdul Jalil lalu memegang tangan isterinya untuk masuk kedalam bilik forensik.

"Saya takut, bang,"

"Jangan risau. Abang ada," Encik Abdul Jalil cuba yakinkan Puan Rosilah.

Puan Rosilah hanya akur lalu ditarik tangan suaminya memasuki bilik forensik dan terus melangkah ke sepapan jasad yang berada diatas tilam mayat. Kelihatan jasad Akram sudah ditutupi dengan kain.

Puan Rosilah menutup mulutnya

Dibukanya kain yang menutupi Akram oleh pegawai forensik, kelihatan wajah Akram tersenyum. 

Seolah tiada yang berlaku terhadapnya. Bersih. Tiada kotoran langsung di wajahnya.

Ibunya tanpa lengah, terus mendekati jasad anaknya itu dan meraung kesedihan.

Pegawai forensik yang menyaksikan babak itu, hanya menunduk sedih.

Encik Abdul Jalil hanya berdiam. Didekatinya menghampiri jasad Akram.

"Akram. Mak dengan ayah sayangkan Akram. Kami doakan Akram tenang kat sana," pesan Encik Abdul Jalil. Tersimpan dihatinya, kesedihan yang tidak terkata sehingga berteriak duka.

Ayah. Insan yang kuat dilihat. Padahal, dia juga insan lemah dalam bab-bab tertentu. Apatah jika diterima berita sedih mahupun gembira. Dia hanya selindung tanpa rasa. Itulah dia, AYAH!!!

"Encik, izinkan kami untuk membuat proses seterusnya. Boleh ye?" tanya Doktor Hazwan sewaktu mendekati tubuh Encik Abdul Jalil.

"Baiklah. Yang, bangun. Kita tunggu kat luar," arah Encik Abdul Jalil.

Puan Rosilah memandang wajah suaminya, terus menunduk. Dan akhirnya, akur sahaja arahan suaminya. Dibenaknya, Dia tidak mahu membuatkan suaminya marah terhadapnya.

Encik Abdul Jalil tersenyum dan berterima kasih kepada Doktor Hazwan kerana membenarkan mereka melihat wajah arwah walaupun seketika.

***********

"Baiklah, cik. Kami sudah pun jalankan post-mortem forensik terhadap jenazah pelajar cik. Jadi berdasarkan pemerhatian kami, tiada sebarang masalah dalam badan arwah dan kami gelarkan kematian arwah sebagai mati mengejut. Dan, kami ingin mohon jasa baik daripada semua untuk mengizinkan kami memandikan jenazah," pinta Doktor Hazwan setelah menyatakan kondisi Akram setelah dibedah siasat.

Cik Abdul Jalil dan pelawat yang lain hanya akur sebagai tanda memberi keizinan kepada Doktor Hazwan untuk menguruskan jenazah arwah. Doktor Hazwan tersenyum dan masuk semula kedalam bilik forensik untuk proceed ke prosedur seterusnya sebelum menyerahkan kepada Encik Abdul Jalil.

Sesudah jenazah Akram dimandikan dan dikafankan oleh pihak hospital, Doktor Hazwan dan pegawai forensik yang lain menolak troli yang mengusung jenazah Akram untuk dibawa kedalam van jenazah diikuti oleh ibu bapa Akram dan kenalannya di universiti. Van jenazah itu kemudiannya dibawa ke rumah Akram untuk dibuat penghormatan yang terakhir sebelum disolatkan dan dikebumi di kawasan perkuburan yang berdekatan dengan masjid berhampiran dengan kawasan rumah Akram. 

Saiful dan rakannya turut mengikuti mereka dalam menuju ke rumah Akram dengan menaiki van jenazah yang disediakan pihak hospital. Encik Yasier, Encik Abdul Jalil dan Puan Rosilah hanya pergi dengan menaiki kereta.

Ketika sedang menyolatkan dan mengebumikan jenazah Akram, Saiful lakukan semuanya dengan reda mesti hibanya didukungi reda dan sabar.

Apatah, manakan seorang sahabat sejati yang KEHILANGAN peneman hidupnya tidak bersedih atas pemergiannya. Insan yang Tidak Pernah mengkhianati bahkan IKHLAS dalam mengukuhkan silaturahim antara mereka sebagai teman syurga.

SUNGGUH, ITULAH ERTI SEBENAR SAHABAT yang kita BURU-BURUKAN selama ini!

***********

Sementara di universiti. . .

"Assalamualaikum, Aziah," sapa Suraya dari belakang.

"Waalaikumsalam. Kenapa Su?" Aziah hairan dengan sapaan yang mengejut daripada Suraya.

"Wei, kau tau tak pasai Akram, kawan sekuliah dengan aku tu?"

"Ye, kenapa dengan dia?" Aziah masih mengenali teman sekuliah Suraya.

"Dia baru meninggal pagi tadi,"

"Innalillah... Kenapa dia meninggal.?" soal Aziah

"Doktor kata mungkin kematian mengejut,"

"Oo... But, macam mana kau tahu?" soal Aziah lagi kerana syak dengan apa yang diberitahu Suraya.

"Encik Yasier bagitau kami and pihak hospital yang sahkan. Sekarang ni, dalam proses pengebumian dah tak silap aku," terang Suraya bagi meyakinkan Aziah.

Aziah mengangguk faham

***********

Usai sahaja pengurusan mengafankan jenazah Akram, van jenazah milik hospital terus menghantar jenazah ke rumah untuk tatapan terakhir dan dibawa ke masjid yang berhampiran untuk disembahyangkan dan dikebumikan.

"Alhamdulillah... selesai dah proses kebumi jenazah arwah. Jadi diharapkan agar sesiapa yang terasa dengan arwah, mohon kemaafan. Andainya arwah berhutang, mohon dihalalkan sahaja. Moga dia selamat di dalam 'sana'," pesan Ustaz Azri selaku imam di Masjid berdekatan dengan rumah Akram.

Semua yang mengikuti dalam mengurus jenazah Akram angguk dan fahami apa yang dipesan oleh Ustaz Azri.

Ibu bapanya juga turut akur dan menerima pemergian anak mereka dengan reda.

Mereka bersalaman dan berpeluk sebelum melangkah pulang.Saiful masih terkaku.

"K, Kram. Aku pi dulu. Assalamualaikum. Kita jumpa kat syurga ya, wahai sahabatku," kata Saiful lalu melangkah keluar. Kelihatan Encik Yasier dan rakannya yang lain menantinya di pintu pagar kawasan perkuburan.

"Jom." Ajak Encik Yasier lalu mereka pulang ke universiti mereka.

**********

Setelah beberapa hari...

Semua siswa terus pulang bercuti semester. Perkara ini tidak juga perlu diisikan assignment yang diberikan oleh lecturer mereka.

Ketika Aziah sedang khusyuk menyiapkan assignment...

"Aziah, oohh Aziah!!" laung suara ibu Aziah dari dapur.

"Ye bu...!" Sahut Aziah dari biliknya.

"Datang sini kejap. Tolong ibu masak ni!" arah ibu Aziah, Puan Zahra.

"Kejap...!"

Aziah terus bangun dari baringnya dan terus meluru ke dapur untuk menolong ibunya memasak makanan untuk makan tengahari mereka sekeluarga.

Aziah bukanlah orang yang senang. Sederhana sahaja keluarganya. Tetapi dengan agama yang dididik sama rata dan mencukupi di samping kebahagiaan memberikan kekayaan yang bermakna dalam hidup mereka. Aziah turut bersyukur dengan apa yang dimilikinya. Kejayaan dia sewaktu di sekolah mampu membahagiakan lagi keluarganya diikuti adik-adiknya yang masih belajar. Sungguh, itulah kebahagiaan dan pasti Allah memberikan kekayaan hati seperti kata Baginda saw;

"Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu ialah kaya hati(jiwa)."
(HR Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Ibn. Majah, Ahmad).

Jika diceritakan dirinya ketika di universiti, dia seperti orang biasa. Dia sering memakai purdah dan menutup aurat seperti yang seorang solehah itu wajib lakukan. Pergaulannya juga dijaga baik, dan ramai yang memahami keadaan Aziah dan maksud setiap yang dilakukan.

Di rumah?
Dia hanya sering menolong ibu dan ayahnya melakukan kerja-kerja yang disuruh bahkan, dia sendiri ada menawarkan pertolongan untuk menjaga adik-adiknya ketika ketiadaan ibu dan ayahnya.

Maklumlah, anak sulong...

"Sorry bu. Tadi Ziah tengah siapkan sikit assignment yang lecturer Aziah bagi," Luah Aziah.

"Ooo... Ha, takpelah. Jom, siapkan makan tengahari. Kita buat lauk spesial sikit,"

"Apadia, bu?"

"Adelah... Dah kamu pon nak balik kampus dah..."

Aziah hairan dengan ibunya yang berahsia dengannya.

***********

Sang tangan terus ligat berscroll di laman Instagram. Dalam terus menscroll, kelihatan satu post yang menarik perhatian pemilik tangan itu.

"Hm... like!"

Dalam tak sedar...

"Huh...macam kenai je..?" usik hatinya mula membeli rasa tertanya-tanya di minda dicampuri syak terhadap pemuat naik post itu, terus tangannya menyentuh akaun pemilik post itu.

Matanya terjembul.

"Eh... takkanlah..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience