RINDU

Young Adult Completed 1953

"Aku rasa macam nak berdakwah balik la, Kram. Macam yang aku pernah buat kat sekolah dulu," luah Saiful dengan jujur tentang apa yang pernah dia pendam semenjak menjadi siswa di universiti.

Akram menunduk, mendengus lalu membalas,

"Pul, actually kau sendiri dok tengah berdakwah jugak sekarang ni. Ye, mungkin kau sendiri tak perasan, Pul. Kau tengok la sendiri, kau suka dok tegur sana tegur sini. Buat benda tu benda ni. Aku selalu je tengok gaya kau. Sebenarnya,Pul. Dengan jawatan yang kau pegang sekarang ni, pun. Sebenarnya, kau dah boleh proceed dh keja kau tu. Buat jela macam mana kau buat masa jadi BADAR dekat sekolah dulu." respond Akram, cuba mengatakan hikmah apa yang sedang dilakukan Saiful ketika di universiti.

Saiful hanya cuba memahami bait kata Akram.

"Kau kena tahu, Pul. Konsep Islam ni luas. Kau sendiri pun tau. Dalam dakwah ni, Pul. Sebenarnya macam-macam bentuk boleh wujud. Sama macam hidayah dan iman. Kalau kau nak buat benda tu atas tujuan yang betul contohnya, ikut konsep amar ma'ruf nahi mungkar la kan, tu pun dah ikut cara dakwah yang betul dah. Allah sendiri sebenarnya, dah kata dalam kalam termulia kita, Dia berfirman,

'Berdakwahlah dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik (16:125)," terang Akram.

Saiful terangguk faham. Cuba dia hadami akan kata-kata Akram itu.

Kadang kita sangka, berdakwah itu hanyalah ceramah dan tazkirah semata. Padahal, setakat bertegur dan semudah doa pun dikira berdakwah dengan cara yang paling ringan asalkan ianya bermotifkan misi amar ma'ruf nahi mungkar.

"...dan itulah(mengubah dengan hati) selemah-lemah iman."
(HR Muslim dari Abu Said al-Khudri r.a.).

Sungguh, Islam itu luas, lebih luas daripada 7 lautan dunia...

"Katakanlah (wahai Muhammad) Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan"
(18:109).

"Driing...! Driing...!"

"Ha, datang dah penyelamat kita!" kata Akram setelah terdengar deringan telefon Saiful.

Saiful terus mengambil lalu menjawab panggilan Khai.

"Hello, assalamualaikum Khai. Kenapa?"

"Waalaikumsalam, Saiful... Aku call kau ni bukan sebab apa. Just nak mintak tolong something dari kau," balas Khai.

"Apadia Khai.?"

"Aku sebenarnya ada kawan, Harry nama dia. Tadi, dia tanya aku pasai Islam. Aku just mampu beritahu seberapa ja. Sebab tu aku nak mintak tolong kau tolong terangkan lebih lanjut tentang Islam. Boleh tak, Pul?" terang Khai.

Saiful berfikir sejenak.

"Err... Khai. Kau boleh tak bagi aku masa?" pinta Saiful.

"Hmm... Kejap. Ha, boleh."

Lama Saiful terfikir dan dy cuba ceritakan dekat Khai setakat yang dia tahu dan selebihnya, dia hanya mengatakan tidak tahu. Dia ada selitkan cadangan kepada Khai, agar cuba menonton beberapa video tentang Islam supaya dia lebih mudah untuk mencari isi buat Harry.

Khai mengangguk faham dan berterima kasih dengan Saiful.

"Apadia... Ermmm... Khai. Sebenarnya, aku nak mintak tolong kau jugak ni..," sempat Saiful mengeluarkan niat asalnya untuk diberitahu kepada Khai sebelum dia ingin menamatkan panggilan Khai, yang memang kebetulan baginya dalam menelefon Saiful.

"Hah, apadia tu Pul?"

"Aku sebenarnya..."

**************

"Oh, macam tu. Kalau aku la, aku okay je. Takpa, saranan aku kau cuba sikit-sikit lu. Nanti kau boleh la buat macam kat sekolah dulu...," saran Khai setelah meberikan tips kepada Saiful untuk memulakan usaha dalam berdakwah. Khai juga ketahui bahawa Akram pun sudah terangkan konsep sebenar dakwah.

"Hmm... Baik Khai, kau memang kawan sesyurga aku..Hehe, jazakallah, bro. Thanks," balas Saiful dengan senang hati.

"Afwan bro. K la, aku off lu. Assalamualaikum," Khai meminta untuk menamatkan panggilan.

"Baik, Khai. Waalaikumsalamwarahmatullah,"

Panggilan ditamatkan.

"Ha, kenapa Pul.? Apa kata Khai?" tanya Akram.

"Dia kata dia okay ja kalau aku nak berdakwah balik. Dia kata aku kena la cuba slow-slow, nanti boleh la macam nak berdakwah kat sekolah dulu,"

Akram menunjukkan thumbs up tanda bagus.

"Actually, Kram..,"

"Apadia?"

"Aku bingung, Kram," Saiful mencebik

"Bingung kenapa pulak?" hairan Akram

"Khai ada kawan, dia nak masuk Islam tapi Khai mampu bagitahu dia seberapa ja," terang Saiful. Dia kadang terfikir juga bahawa ini adalah ujian pertama dakwahnya.

Akram terfikir juga begitu. Dia menepuk bahu Saiful dan tersenyum.

"Kau tengok, kau dah terniat dah, Allah pulak yang tolong kau dengan ni, ujian pertama kau," kata Akram.

Saiful tersenyum, seperti mengagak tanggapannya itu benar.

"Allahuakbarullahuakbar..,
Allahuakbar Allahuakbar..."

"Huh, dah masuk dah ke...?" soal Saiful

"Dah pukul 7 lebih dah,"

"Allah! Jap aku lupa..!" kata Saiful lalu mengambil makanan yang dibeli Akram lalu terus berbuka.

Akram tergelak sambil menggeleng sewaktu melihat gelagat Saiful.

"Pul, aku nak pergi mandi dulu," kata Akram.

"Okay," jawab Saiful sambil mengangkat tangan membuat tanda okay.

Kadang kita tak terfikir langsung tentang apa yang pernah terlintas di firasat, akan menjadi nyata pada satu ketika. Hakikatnya, Dialah yang berbuat demikian kerana itu juga dari perancanganNya yang sudahpun tertulis di QalamNya.

Kadang, segala yang Dia berikan itu kadang menyakitkan, kadang menenangkan, kadang menggembirakan seolah tidak terfikir dek akal. Hal ini kerana, Dia ingin melihat betapa jauhnya seorang hambaNya itu bersabar terutamanya dalam berdakwah. Ingatlah akan janjinya di Syurga Illahi yang diburu semua umat dunia ini.

"...Sesungguhnya Allah itu bersama dengan orang-orang yang Sabar."
(8:46)

***********

"HAH!!!"

"Aduh....Aduh....hah, dah pukul berapa ni? Ya Allah apa yang aku mimpikan tadi? Mohon jauhkan dari jerat musuh syaitanMu, ya Allah," kata Aziah setelah terjaga dari tidur akibat mimpi ngeri yang menghantuinya.

"3.30 baru...haduh. Tahajjud dulu lah,"

Dalam keadaan mamai, Aziah terus turun dari katilnya dan berjalan ke arah bilik air. Kelihatan Suraya masih terbuai dengan nyenyaknya.

Kepala paip dibuka Aziah, tangannya dihulur.

"Bismillah..."

***********

"Assalamualaikumwarahmatullah..," Tahajjud Aziah sudah pun selesai dengan ucapan salam.

Dia terus menggapai telefonnya dan membuka aplikasi al-Quran untuk membaca beberapa suhuf sementara menanti Subuh.

Dimulakan dengan al-Fatihah dan 6 ayat permulaan dari surah Taha.

Dan kemudiannya, lantunan al-Fajr terus dibacakan.

??? ?????? ?????? ??????
?????????? (?)
????????? ??????(?)
????????? ??????????(?)...

***************

"Allahuakbarullahuakbar...
Allahuakbarullahuakbar..."

"Asyhadu alla ilahailallah...
Asyhadu alla ilahailallah..."

"Allah! Aku tertidur pulak ke? Dah Subuh dah ni," Aziah terjaga lalu mengusap matanya.

Aziah bangkit untuk mengejutkan Suraya untuk bersamanya, menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di universiti mereka.

"Su...Su...bangun oi. Subuh dah ni!"

"Hmm... Yelah, kejap," Suraya cuba terjaga lalu bangkitkan belakangnya daripada terlentang di atas katil.

"Jom pi bersiap, aku tunggu," ajak Aziah.

"Baik..," Suraya akur lalu pergi mempersiapkan diri.

"Okay, jom!" kata Suraya setelah siap bertelekung. Mereka terus berjalan sambil bersembang menuju Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.

***************

"Oleh itu, ingin saya peringatkan tuan-tuan dan puan-puan agar marilah kita bersama-sama mengamalkan sunat Tahajjud. Allah ada peringati dekat kita dalam surah al-Isra',

"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."
(74:31).

Nabi Muhammad saw juga ada pesan dalam riwayat Tirmidzi, al-Hakim dan Baihaqi,

"Hendaklah kalian melaksanakan solat malam kerana solat malam itu kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, ibadah yang mendekatkan diri kepada Tuhan kalian, serta penutup kesalahan dan penghapus dosa."

puas Ustaz Zahirul memberikan pencerahan di kuliah Subuh setelah menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.

Kuliahnya itu disambut dengan perhatian para siswa dan pensyarah yang menghadiri kuliah itu. Setelah itu, dia menutupkan majlis kuliah dengan tasbih kaffarah dan surah al-'Asr.

Selepas bacaan itu, semua siswa bersalaman bersama Ustaz Zahirul dan pensyarah-pensyarah lelaki yang lain. Siswi pula bersalaman dengan pensyarah-pensyarah perempuan lalu terus beransur pulang menuju ke bilik mereka masing-masing.

***********

"Assalamualaikum," ucap Aziah dan Suraya seraya memasuki bilik mereka.

Setelah diletakkan beg sejadah mereka dan tanpa berfikir panjang, mereka terus pergi menyucikan diri dan bersiap untuk ke kelas pagi bersama pensyarah mereka,Tuan Haji Ahmad Zainal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience