Suatu malam, 3.00 pagi..
Matanya khusyuk memandang tepat ke arah sejadah yang baru dihamparkan olehnya.
Terasa getar badannya, lemah tidak bersokong kuasa. Wuduknya sudahpun diambil dan kini, hanya penyaksian satu tragedi antara sang pendosa dengan 'penghubung' kepada Sang Pengampun.
Tangannya cuba diangkat, bertatih takbir untuk berdoa, memohon maaf kepada Sang ar-Rahim.
Sedang mencuba untuk melunaskan kesemua hutangnya setelah pergi menjauh dariNya sebagai seorang feminis.
Tapi, Husna tewas juga akhirnya . Dan tersungkur layu dia di atas sejadah itu. Bertemankan air mata di sisi.
***********
'Masa malam tu, aku puas cuba bangun. Tapi takleh jugak. Last-last, aku terlena atas sejadah.'
Terang Husna kepada Harris melalui aplikasi whatsapp.
'Huh. Aku faham dengan kau, Husna. Itulah benda yang memang kau akan dapat dalam usaha nak berubah. Sakit, memang akan ada. Lama-lama, kau akan nikmati sakit tu. Selagi tekad kau kuat, kau teruskan ja. Jangan risau, family kau mesti sokong. Aku, sentiasa akan cuba yang terbaik. Sebab kau masih kawan aku, Husna,' ujar Harris kepada Husna, terasa haru juga dia melihat kawan Hawanya itu sedang bertatih-tatih memasuki dunia hijrah.
Jangan pernah kita menyangka, sehina-hina insan yang mungkin sedang jauh tidak akan kembali ke jalannya semula. Andai Dia mahu tentukan kebaikan atas hambanya untuk berubah, dia pasti akan berubah. Sebagai perisa kasihNya, akan Dia menaburkan dugaan berduri untuk menguatkan iman dan memantapkan personaliti hambanya itu. Andainya Dia terus 'berdiam', mungkin tiada cara lagi untuk dia sedar dalam diri bahkan nikmat berinti istidraj juga akan dilimpah kepadanya. Sungguh, itu bahaya. Perosak iman dan penguat sang nafsu. Ingat temanku, gula dan garam rupanya sama isinya berbeza. Begitulah nikmat dan istidraj, manis ditatapnya tapi berbeza hakikatnya.
'Harris, thank you. Dan, maafkan aku atas khilaf aku sakitkan kau. Aku menyesal, Ris.' Syukur hati Husna sewaktu membalas katanya.
'Benda dah lama, Husna. Aku dah lupa dah pun. Aku memang dah lama harapkan kau akan berubah.' Luah Harris.
Sebenarnya, Harris selindungi dendam kebenciannya terhadap Husna dengan doa untuk mengharapkan agar Husna itu kembali ke fitrahnya sebagai seorang Hawa. Sungguh, itu lebih baik sebagai seorang SAHABAT. Sungguh, kita terlena dengan mimpi dunia yang membuat kita bodoh. Bodoh dengan anggapan mata fana.
Ketahuilah, wahai teman. Tanda sejatinya satu sahabat itu adalah dari doanya yang sembunyi dalam kebencian atau tidak. Dan juga ketika kita jatuh, dialah yang akan membuat kita bangun.
Andai kalian kekalkan, di'sana' kelak akan dapat syafaat. Bersama dalam FirdausiNya.
"Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)".
(Riwayat Muslim daripada Safwan bin Abdillah RA,)
***********
"Ibu, to.. tolong Aziah bu. A.. Aziah buntu..."
"Ke.. kenapa ni. Ha, anak ibu?"
Aziah dalam tangis, cuba berkeras diri untuk menceritakan semula tentang peristiwa hitam baginya yang membuatkan dia ditikam oleh seorang yang digelarnya 'kawan'.
Puan Zahra turut terkejut dengan penceritaan anaknya itu diisi geram dengan kawan khianatnya, Nazifah itu. Tidak disangka dia akan ditempias sebegitu dalam berkawan.
Selepas mendengar penceritaan anak kesayangannya itu, Puan Zahra berfikir sejenak.
Pendamnya cuba disimpan.
Selepas beberapa ketika... Puan Zahra mendengus.
"Aziah. Meh ibu nak bagitau sesuatu kat kamu. Dunia ni memang akan ada manusia yang hipokrit dengan orang yang dia mula kenal dalam hidupnya. Masa tu, kita akan tahu itu hanyalah kawan, rakan, teman, handai."
"Huh?"
"Hmm. Macam ni Aziah, kita punya kenangan dengan orang yang macam ni, memang akan rasa manis masa awal-awal kita kenal dia. Masa bersama kita dengan dia, sering diisi kegembiraan hingga kita terleka dengan realiti dirinya ketika kita senang, gembira."
"Tapi, bila kita jatuh, resah jiwa, lemah diri. Masa tu mungkin kita fikir, dia yang akan bantu kita. Mana mungkin, si dia akan bantu kita ketika itu. Sebenarnya, Masa ni la, kita baru tahu, istilah rakan semua tu hanyalah sia-sia dan menjadi rapuh dek nafsu yang sunyi menginginkan hiburan dan 'penyelesaian' hidup semata. Makna kata, kita hanyalah 'boneka hiburan' si dia sahaja."
Aziah mengangguk faham dengan keterangan ibunya. Dia juga tersedar akan maksud sebenar rakan yang kita sering menyamaratakan semua istilah yang sewaktu dengannya.
"Tapi, andai ada yang hulurkan tangan untuk bangunkan kita, sebenarnya itulah SAHABAT kita. Peneman sejati dalam hidup kita dunia akhirat dan masa tulah baru kita akan rasa kemuncak MANISNYA UKHUWAH. Sebab seorang sahabat itu, memang niatnya IKHLAS untuk bersama dengan kita. Takkan ada niat untuk pijak kita. Tapi jangan pula kita pijak kebajikan yang dia bagi. Orang kata, diberikan air dibalas tuba. Kalau kita buat, jangan jadi bodoh la ye."
Aziah tergeli hati seketika.
"Kamu ada perasan tak, Aziah? Nabi dulu, bukannya ada yang digelar kawan-kawan, rakan-rakan tapi sahabat-sahabat RA(Radiallahu anhu). Tengok, siap dipuji reda Allah terhadap mereka. Sebab apa sahabat? Satu, sebab diorang sentiasa bersama dengan Nabi. Kita semua tahu yang ni, kan? Satu lagi, sebab diorang setia dengan Nabi dan sentiasa bersama Nabi dalam berjihad mempertahankan agama bahkan jika Nabi sedih, sakit. Diorang sanggup berkorban untuk jaga Nabi sebaiknya sampailah Nabi wafat." Panjang Puan Zahra menerangkan realiti dunia sekarang, cuba membuka mata anaknya itu dengan mengaitkan dengan sirah Islam yang menjadi titik bukti betapa hebatnya istilah sahabat itu.
"Ibu, Aziah nak tanya sesuatu ni. Boleh tak?"
"Apadia Aziah? Tanya je. Ibu setia mendengar."
"Sebenarnya, apa lagi keistimewaan sahabat itu. Aziah nak tahu."
Puan Zahra tersenyum dengan pertanyaan anaknya itu, tenang juga hatinya apabila anaknya itu sudah tahu tentang realiti utuhnya ukhuwah itu berteraskan sahabat. Dia teringat juga hadis di mana Baginda SAW ada bersabda, 'Andainya Dia menghendaki suatu kepada hambaNya, Dia akan memberi kepadanya kefahaman dalam beragama.'
"Ada, Aziah. Dia boleh bagi syafaat kat kita kat akhirat nanti. Nabi ada kata, andai kata ada seseorang sedang berseronok dalam syurga, dia akan hairan dan tercari-cari dengan sahabat yang dia terasa sunyi dalam syurga tu. Sehingga dia jumpa dengan Allah, dia bertanya "Ya Allah, aku ada seorang sahabat. Tapi aku tidak bertemu dengannya di sini. Bolehkah aku masukkan dia ya Allah?"
Allah menjawab,
"Apa yang kalian pernah lakukan di dunia dulu?"
Dia menjawab pulak,
"Kami sering solat bersama-sama, berpuasa bersama, menunaikan haji bersama."
Lepas Allah dengar, Dia kata,
"Baiklah, kamu carilah sahabat kamu itu di sana dan tariklah dia masuk denganmu." Jawab Puan Zahra menyatakan hadis mengenai syafaat seorang sahabat.
Sahabat, definisi sebenar suatu ukhuwah. Rakan, kawan, taulan, hanya sekadar pemula ikatan.
"Thank you, bu. Aziah faham. Sebenarnnya, Aziah rindu dengan Suraya bu. Dialah sahabat sebenar Aziah. Tapi, Allah lagi sayang dia bu. Aziah sunyi. Yang temankan Aziah cuma kenangan dengan dia ja." Luah Aziah. Airmatanya jatuh semula setelah puas kering apabila dipujuk ibunya dengan keterangan definisi sahabat dan kawan.
"Ibu faham, Aziah. Sabar, je. Allah dah atur yang terbaik untuk kita sebab Dia sebaik-baik Perancang. Tapi kalau kamu nak tau, kamu sedang bersama saudara Suraya dan dia sekuliah dengan kamu. Mak rasa dia mungkin jadi ganti Suraya sebagai 'peneman' kamu."
"Hah? Peneman..."
"Ye, peneman."
"Siapa?"
***********
Di waktu rehat, semua pelajar sedang berjalan ke kantin untuk mengambil hidangan untuk menambahkan tenaga setelah habis fasa pertama pembelajaran. Anisah ketika itu masih dihempap kerisauan dan resah sewaktu melihat penampilan rakannya ketika dia sedang menjamah makanan bersamanya di kantin.
Teringat janjinya kepada Harris untuk menunjukkan sayang sebagai seorang sahabat. Dan kini, telah sampai waktunya.
Sebenarnya, dia sedih juga dengan dirinya seolah memungkir janjinya dengan Tuhan untuk memujuk sahabatnya.
Kini dan saat ini juga, dia bertekad untuk memujuk dirinya menjadi kuat. Cuba untuk tegur sahabatnya yang kini sedang berada dihadapannya. Semenjak peristiwa dia ditegur kasar oleh Harris, dia memikirkan seorang sahabatnya itu.
Terimbaunya akan satu ayat..,
"KALAU KAU MASIH SAYANGKAN DIORANG, AKU NAK DIORANG TU JADI MACAM KAU."
Dilihat wajah sahabatnya, masih malu ketakutan dihatinya. Tapi cuba ditenang dan dimegah tekadnya.
"Err.., Ainin.."
"Hm, kenapa?" Terkejut Ainin sewaktu disapa Anisah.
"Errr, saya sebenarnya..."
***********
Ma.. macam mana ibu tahu yang Saiful tu saudara Suraya?" Pelik Aziah sewaktu ketahui bahawa Saiful itu adalah yang dimaksudkan Puan Zahra.
"Ibu tahu semuanya, Ziah. Dan dia ada kata kat ibu yang dia nak nikah dengan kamu."
Aziah terjebul matanya setelah terdengar kata ibunya itu.
"Ibu! Ibu biar betul ni!!?"
"Kamu ingat ibu main-main ke?"
Aziah tersipu-sipu malu.
Sebenarnya, Saiful sendiri ada bagitau kepada Puan Zahra tentang Aziah dan memang dia adalah saudara Suraya dan ibunya memang mengenali keluarganya memandangkan keluarga Aziah dan Suraya adalah jiran handal.
"Ibu tahu, kamu memang suka dekat dia kan. Memang betul juga katanya andai kamu sukainya kerana agamanya, kamu akan bahagia dengannya atas rahmah Allah. Pesan ibu, kalau kamu masih ada rasa dekat dia, teruskan. Ibu dengan ayah reda ja. Nanti balik, kita bincang lain dengan keluarga dia. Nak percepatkan proses nikah korang. Memandangkan dia sendiri tak kisah, lagi bagus." Kata Puan Zahra.
"Baik, ibu. Kalau ibu izinkan... Aziah terima ja. Terima kasih sebab terima kami." Balas Aziah.
"Demi kebaikan anak ibu, ibu sanggup buat segalanya."
Aziah sekadar tersenyum bahagia, mendengar kata ibunya.
"Okaylah, Ziah. Ibu nak off ni. Kamu baik-baik je kan. Jadi, teruskan hidup dan sabar. Ingat Allah. Abaikan orang yang macam Nazifah tu. Okay. Assalamualaikum, ibu sayang kamu."
"Insha Allah bu, baik. Waalaikumsalam, sayang ibu juga." Balas Aziah seraya ibunya terus menamatkan panggilan.
***********
"Huh! Who are you?"
"Come with me. Just hold my hand."
"Aaaahhhh!!!!"
Share this novel