BAB 8

Spiritual Completed 887

“Maafkan saya, Syira. Saya bersalah!” Luah Hilman akhirnya.

“Saya boleh maafkan awak Hilman tapi dengan satu syarat.”

Hilman memandang wajah Inara Syuhada. Pandangan mata Hilman memberitahu apakah yang hendak diberitahu oleh Inara Syuhada sebenarnya.

“Nikahi kakak saya, Inara Syuhada.”

Aku mahukan kakakku berkahwin dengan lelaki yang setulus hati mencintainya. Aku mahu Hilman berkahwin wanita yang dicintainya.

“Kabulkan permintaan saya yang satu ini. Benarkan cinta awak mengecap bahagia bersama insan yang awak cintai.”

Hilman diam. Dia tidak mampu berkata-kata. Betapa mulianya ketulusan hati seorang gadis yang bernama Inara Syuhada.

Dia bagaikan malu sendiri. Hilman terlalu bersalah pada Inara Syuhada kerana telah memungkiri cinta yang terpatri dahulu. Entah kenapa cinta yang dirasakkannya kali ini lebih terisi apabila bertemu buat pertama kali dengan Inara Syuhada, kakak Inara Syuhada.

Noda yang terlalu membuak itu terasa amat sukar untuk Hilman menepis. Wajah Inara Syuhada kerap kali mengundang di perdu ingatannya sehinggakan Inara Syuhada pun dengan mudah dia melupa.

Sebagai tunang, Danniel sudah banyak kali berlaku tidak jujur kepada Inara Syuhada. Menjalin cinta dengan perempuan lain sedangkan dia sudah ada insan yang sentiasa mencintainya.

Pertemuan yang pertama itu membibitkan pertemuan yang seterusnya sehinggakan Hilman dengan mudah terlupa antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, pasti ada syaitan bersorak gembira ditengah-tengahnya seraya mendorong mereka untuk berbuat maksiat di muka bumi Allah ini.

Peristiwa tangkap basah telah menyedarkannya dari kelekaan godaan cinta yang terlalu menghanyut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience